Salam Kawan-kawan!! :)
Selasa dan Rabu ritu, tempat praktikal aku ni, diaudit untuk dapatkan ISO 17025:2005. Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM). Aku, takdelah involve fully. Tapi, still menolong mana yang mampu. Nak tolong lebih pun, tak berapa tahu lagi.
Sebab ini jugalah, minggu lepas, memang busy. Hehe.
Ntah macammana, tiba-tiba, hari Rabu (20 April 2011) itu, MPIB kena hantar wakil untuk pergi Seminar Kepenggunaan Halal di Pusat Islam Iskandar Johor. Memandangkan bahagian PPH tidak boleh pergi sebab audit, makanya, kami ini dihantar ke situ. Woaaah!! Hati? Tentulah seronok.
Speaker yang terlibat dari JAIJ, MOH-Johor, Jabatan Standard Malaysia dan KPDNKK.
Jom kita usyar beberapa perkara yg dibentangkan.
#1 Isu Kopi Kluang Station.
Ok. Kopi ini memang buatan mereka sendiri. Kopi yang original dicampur dengan beberapa ingredients yang lain bagi menambahkan keenakan rasa kopi tersebut. Bahan-bahan yang dicampur ialah, butter Golden Churn (cap kerusi), gula dan garam.
Hasil siasatan Jabatan Kimia mendapati, di dalam butter Golden Churn itu yang menyebabkan kopi itu tidak halal bagi Muslim kerana terdapat DNA babi.
At first, memang tak percaya. Bayangkanlah! Selama lebih 70 tahun rasanya jenama butter tersebut digunapakai dan dikatakan TERBAIK!! untuk pembuatan kek, roti, biskut, aiskrim dan lain-lain. Tiba-tiba, ada DNA babi. Perghh!! Macam mana dengan darah daging kita?
Mungkin ramai yang tak percaya lagi. Sebab butter ini dijual sewenang-wenangnya bersebelahan dengan barang yang halal. Dan ramai lagi yang tak tahu. Tapi, ini telah disahkan sendiri oleh JAKIM.
Tanda cop halal juga bukan dari JAKIM. Kalau kita seorang yang teliti dan suka baca nutritional label, cop halal dari Australia. ICCV, Islamic Co-ordinating Council of Victoria. Padahal, ini merupakan antara satu logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM. Haisyh.
Terkejut? Hehe. So, masih nak gunakan? Kalau ada stock kat rumah/kedai, sanggup nak buang? Dengar, butter ini antara yang termahal dan terBEST kan? Sanggup rugi?
Mungkin, hal ini tak disebarkan kepada umum. Mungkin. Kalau dihebahkan, alhamdulillah.
#2 Produk-produk bertanda Halal
Ada seorang peserta ini sangat tak berpuas hati apabila salah seorang speaker beritahu berkenaan dengan laman web JAKIM yang hanya menghebahkan jenama makanan yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Bagaimana pula dengan yang tidak halal?? Macam mana nak memilih barang makanan yang halal?
Ini jawapannya dan aku setuju dengan jawapan yang diberi.
Makcik Timah yang jual goreng pisang, ada cop halal?
Pak Tam nasi Campur, ada cop halal?
Pak Talib pembuat keropok, ada cop halal?
Bro Mahmud penjual burger, ada sijil halal?
Takda kan.
Tapi, kita masih lagi membeli dan memakannya tanpa ragu dan was-was. Sebab , kononnya, mereka itu penjual Islam.
Kalaulah, pihak JAKIM nak buat senarai tentang makanan yang tiada cop halal, bukankah lagi complicated?
Bukankah, Makcik Timah, Pak Tam, Pak Talib dan Bro Mahmud itu juga termasuk dalam list?
Dan boleh kirakah berapa banyak penjual pisang goreng, keropok, dan burger di Malaysia?
Fikir-fikir. Jangan hanya ingin menuding jari. Ko salahla. Ko tak beritahula. Ko tak itula. Ko tak inila.
Sebab itulah PENGGUNA perlu memainkan peranan yang penting. Sama-sama berusaha untuk mendapatkan makanan yang halal dan suci. :)
Ok. Itu antara perkara-perkara yang agak hot la.
Hal lain, lebih kepada pensijilan halal, logo halal, keselamatan dan kebersihan makanan dan lain-lain.
Papepun, memang best pergi sini. Oh ye! Kat Perak pun, akan adakan Seminar Halal pada 30/4/2011. Venue, tak sure. Nanti saya confirmkan dengan member.
MAKANAN YANG BAIK MEMBENTUK AKHLAK YANG BAIK.
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan. Kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu"
(Surah Al Baqarah 2: 168)
p/s: Membuatkan aku bersemangat mendalami bidang yang sedang aku pelajari. Rupanya, banyak tanggungjawabku kepada agama. ya Allah. Terangkan hati-hati kami dalam mempelajari ilmuMu dan bantulah kami menjaga AgamaMu. Amiin. (n_n)
4 org berkongsi rasa:
kita sering berhadapan dgn
pelbagai cabaran, antaranya perkara yang melibatkan pemakanan dan
pekerjaan yang halal...harap2 kite xlari dr ajaran agama Islam..
betul2. :)
zaman sekarang ni, byk sangat anasir luar. Semoga terus istiqamah melaksanakan tuntutan kepadaNya.
rezeki Nur dapat attend seminar ni...;)
bagus la..lepas tu kongsi dgn pembaca kat sini lak..lagi berkembanglah ilmu Nur nanti... :)
bab kopitiam ni...dari dulu akk tak yakin dgn status halalnya...pasti ada yg tersembunyi....
nah...terbukti juga....
macam mana eh reaksi peserta yg tanya soalan tu...lepas dia mendapat jawapan..? hehehe...
aah. alhamdulillah. hehe. :)
peserta itu, kita x nmpk reaksi dia. sebab lane dia jauh sgt. hihi.
tapi, semoga, peserta itu puas hati la dgn jwpn yg diberi.
Post a Comment