KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, March 22, 2011

Tak Mengenali, Tidak Semestinya Tak Memahami

Salam Bahagia kepada Semua!! :)

Alhamdulillah. Terasa ingin mencoretkan sesuatu di sini hari ini. Banyak peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini membuatkan pemikiran semakin terbuka. Rasanyalah. Hehe.

Maaf juga pada Kak Nabilah (pengunjung dan pengomen tegar blog ini. hehe). Huhu. Takda story la kak. Plus, takda masa nak menaip. Papepun, terima kasih kak! (n_n) Entry ini pun terhasil sebab akak dan ilham dariNya. hehe.

Emmm ok. Jom story mory sikit.

Ada kawan yang kata memahami kita, tetapi, dia hanya mendengar luahan hati kita. Ada juga yang hanya mendengar dan membaca cerita kita melalui telefon atau jalur wayar tanpa lebar, tetapi, menyelami hati kita. Banyak orang. Banyak juga ragamnya. Pening ke? Jangan pening-pening. Normal lah tu.

Tapi, ini bukan untuk mencari siapa salah, siapa betul, siapa faham, siapa tidak.

Orang disekeliling kamu ialah apa yang kamu fikirkan walaupun kamu hanya dapat menatap namanya sahaja.

Aku rasa ini. Orang yang mengenali kita, kadang-kadang tak betul-betul memahami kita. Sama ada kita yang tak memahamkan mereka atau mereka yang cuba nak faham kita tapi tak membuka minda secara jelas dan terang. Jadi, tak dapatlah nak faham kita.

Oleh kerana itu, bersederhanalah dalam membenci seseorang. Mungkin, orang yang anda tak kenali itu, memahami anda lebih daripada orang yang mengenali anda.

p/s: saya seorang yang ganas dan tak romantik. Percaya? haha.

2 org berkongsi rasa:

nabilah_2908 [REPLY]said...

hehe...tkpe la Nur..sj jer akak singgah sini...even tkde n3..

sekurang2nya dapat tmbh traffic.. :)

suka tau dgn setiap n3 yg Nur hasilkan...walaupun santai..tapi ada pengajaran dalam setiap cerita.. :)

betul la....membenci & menyukai seseorang itu..biar lah bersederhana...

bak kata Nur...mengenali tak semestinya memahami.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
PENDRIVE

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
hehe. *blushing*

Arigato gozaimas~~ (n_n)

tapi kdg2 tu sebagai manusia biasa, mesti ada terlebih mencintai dan membenci kan? kita didik hati kita bersama k. hehe. :)