KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Monday, February 7, 2011

Kenapa Tak Letak Gambar

Salam Ceria! :)

Hari ini sahaja nak bercerita kenapa aku dah tak letak gambar aku kat FB, blog ini dan mana2 tempat lain. Dulu, bukan aku tak pernah letak gambar, pernah aje. Bukan sikit. Banyak pula tu. Tapi, selepas beberapa kejadian yang akan aku ceritakan jap lagi, aku terus macam malas nak letak gambar.

#1 Semua Gambar Yang Comel Sahaja
Iyelah kan. Mestilah aku akan pilih dan publish gambar-gambar aku yang comel je untuk 'tatapan' korang semua. Takkanla gambar aku tengah korek hidung (contoh), aku publish. Tak munasabah tu. Melainkan memang aku suka orang kutuk dan keji aku. Kan?

Plus, aku bukanlah seorang fotogenik. So, gambar tak mencerminkan aku. Dalam gambar, mungkinlah nampak, comel (part gaya), cantik (sebab baju), ayu (sebab perempuan), putih (flash camera padahal) dan sebagainya. In real life, aku manis, kulit lak sawo matang (maklumlah, ada darah jawa sikit), dan gigi senget. Tak seperti yang terdapat dalam gambar.

Tak ke haru, apabila, korang TERjumpa aku kat pasar tani dalam keadaan aku yang biasa-biasa. Menyesal pula kalau ada kaum adam yang tergoda dengan gambar aku tuh. Haha. Kalau ada ye. Kalau. Haip! Baca betul-betul.

#2 Tuntutan Agama
Aku pernah ulas pasal hal ini dulu dalam entry aku yang lepas-lepas. Malas lah aku nak cari dan link semula. Kalau yang ada terbaca tu, tahu lah kan. Untuk apa aku nak tayang muka aku nih? Untuk mendapat pujian atau kerana agama? Aeh? Gilo ape untuk agama. Sah-sah merepek!

Aku pun tak reti nak ulas panjang-panjang. Kalau dah di suruh menjaga diri dan batas-batas itu, jaga sudahlah. Diam-diam.

#3 Blog Perempuan Comel
Hal ini pun aku dah cerita dulu. Sangat bahaya ooo letak gambar kat dalam internet. Ada pihak yang menyalahgunakannya. Mereka telah memanipulasi gambar perempuan untuk naikkan trafik blog dorang. Menakutkan.

Haha. Even, aku tak comel, tapi aku takut juga. ;p

#4 Taknak Bakal Suami Aku (kalau ada) Cemburu
Lelaki, kalau dia nak seorang perempuan itu, mestilah dia seorang sahaja yang tengok perempuan itu. Tak mau kongsi-kongsi. (Tapi, kalau dia 'cuci mata' takpe pulak ek?) Itupun, kalau dia mahu menjaga perempuan itu la kan. Aku memang respectlah kalau ada lelaki yang sanggup cakap macam ni kat kaum hawa.

"Boleh tak awak delete semua gambar awak dalam FB?"

"Kan best kalau gambar awak itu, awak simpan untuk suami nanti."

Ini teguran berlapis. Takpun, teguran makan hati ayam macam ni.

"Buang lah gambar ko tu. Bukan cantik mana pun."
(padahal, dia jealous ada orang puji perempuan ini)

Haha. Korang ada tak jumpa lelaki-lelaki yang cakap macam ini? Kalau ada, kirim salam kat dia eh. Aeh? Terlari tajuk pula. Huahaha. =D

Kadang-kadang itu, bila tengok gambar perempuan yang lawa-lawa, cun-cun, comel-comel, cantik-cantik upload gambar diorang, timbul jealous juga di hati ini. Weiyh! Aku nak upload juga gambar aku yang comel ni. Gambar aku pakai selendang (aeh? Ada ke?). Gambar aku posing comel. Gambar aku pergi beriadah. Gambar aku yang tengah happy. Gambar candid yang menarik dan tertarik. Aku nak dipuji.

Tapi................................

Perlu ke? Huhuhu. Aku nak pujian dari Dia. Aku nak jadi bidadari di Sana. Tetapi, layakkah aku?

p/s: Ya Allah. Aku nak lelaki yang ditakdirkan untuk aku, (itupun kalau ada) bersifat yang sederhana. Yang dapat menerima baik buruknya aku.

6 org berkongsi rasa:

tot tot kecik [REPLY]said...

salam..


kalau susah sgt, deactivate je fb..hihi..mcm tot wt, tot da xde fb skang ni...tp de org offer suh share fb ngan die.. :)


p/s: nunama...!!!
ooo tot xpasan ni blog nunama upenye..ade je sggh tp xtggl jejak..keh keh keh.. :p



OH RINDU....!

nunama [REPLY]said...

Cik Tot:
haha. FB itu tempat saya bermain dan berbalas mesej dengan kawan.
Ada juga hal2 penting di situ.

p/s: heeehe Cik Tot ingt blog sape td? ;)

MIss U too! (n_n)

nabilah_2908 [REPLY]said...

org sekarang mcm2..hnya dgn sekeping gambar..mcm2 dieorg boleh buat..

lebih kurang mcm akk la...tak bape minat nk tunjuk muka...kalau ada pun..bergambar ramai2... ;)


jom ke APA KATA HATI pulak,
WHERE RAINBOWS END

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
tau takpe. menakutkan kan? eeeiiii. minta jauh. huhe.

jom gambar beramai-ramai! hehe(n_n)

azana [REPLY]said...

btol jgk ape kamu cakap 2.. sya penah terpikir keperluan letak gambar ni..perlu ke?

entah la.. tapi letak jgk..hehe

nunama [REPLY]said...

Azana:
hehe. xpe. kadang2 kita kalah dengan perasaan kita sendiri. huhehu. :'(