KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, February 10, 2011

Bila Hati Rasa Tak Besh.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Hati ini sumber kekuatan aku. Kalau bahagia, terpancar di muka. Kalau derita, nampak jua riaknya. Kalau sakit, badan terasa tak mampu menanggungnya.

Ah hati! Bak kata kawan aku dulu,

"Hati ialah raja. Dan akal merupakan bendaharanya."

Iya. Memang betul. Aku tak nafikannya. Jika hati kita memikirkan yang indah-indah, pastinya terlahir di fikiran kita perkara yang indah-indah. Muka pun bertambah manisnya. Perlakuan pun ternampak kesopanannya. tetapi, jika fikiran pun tak seindah biasa, perkara sebaliknya yang akan berlaku.

Malangnya lagi, bila hati mula membisikkan perkara yang tidak elok, tidak besh, tidak baik, tingkahlaku juga menjadi sumbang. Tidak seperti yang biasa. Oh! Sungguh bahaya. Tersangat bahaya.

Aikkk?? Nape tingkahlaku juga turut terlibat? Pelik?

Sebenarnya, tak pelik mana. Iyalah. Kalau dah akal itu bendahara kepada hati, tingkahlaku itu panglimanya. Sebab itulah, kerajaan yang hebat, bergantung kepada panglimanya yang hebat juga. Aeh? Tetibe teringat pada kisah Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq:
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Munasabah tak tingkah laku juga akan menjadi burukkalau hati tak cantik dan akal tak sihat? Hehe.

Makanya, kenalah selalu meng'cantik'kan hati ini. Barulah akal mampu menjalankan fungsi dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Kan?

Oleh itu, kawan-kawan sekalian, marilah kita bersama-sama membahagiakan dan menceriakan hati supaya hidup kita sentiasa diredhai dan dirahmati oleh Allah SWT.

Renung-renungkan dan selamat beramal. (n_n)

5 org berkongsi rasa:

tot tot kecik [REPLY]said...

salam..


iye mmg btol bila kita bicarakan tntg hati, tiada siapa dapat menipu apabila hati sudah berkata2..cume hanya boleh diselindungkan dengan sedikit perbicaraan..hati boleh mengawal segala2 nye..itulah yg ada dikatakan hati busuk, hati hitam bak kata pepatah "rambut sama hitam hati lain2"



okey tot da ngarut..chow.. :p

nunama [REPLY]said...

Cik Tot:
Wassalam. hehe.
emm hati ini memang perlu dijaga dengan baik. kalau tak, jadi benda lain pula nanti. (n_n)

haha. mana ada mengarut. ok la tu. haaaa..hati2 jalan tuh. :P

azana [REPLY]said...

jaga la hati... sekali setitik hitam menyelinap masuk maka titik2 seterusnya akan merebak menutupi keseluruhan hati itu...
bersih kan hati untuk melahirkan insan yang cantik dalaman dan luaran.

nabilah_2908 [REPLY]said...

kecantikkan juga dtg dari hati kan..?

mahu cantik...? hati pun kena cantik juga...(^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
TERAPI MINDA

nunama [REPLY]said...

Azana:
absolutely correct! hehe. :)
hati kena bersih, bari pemikiran juga bersih. weeee~~

kak Nabilah:
yup2! cantikkan hati dulu, baru terlahir kecantikan yg diidamkan. hehe. :)