KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Sunday, June 5, 2011

Amah.

Macam biasala. Pagi-pagi, pekerjaan anak rumah tangga bermula. Mandi, ah! Lepas beres semua kerja nanti. Normal lah kan. Tiba-tiba.....

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam. Ye makcik." (sambil melemparkan senyuman manis)

"Umi ada?"

"Umi takda. Pergi berurut. Nak pesan apa ye?" (bagi lagi senyuman manis)

"Takpelah. Petang nanti, datang semula."

"Oh. Ok-ok. Nanti beritahu dia." (senyum lagi)

Petang itu, memang makcik itu datang semula. Takda hal. Buat macam biasa. Tetamu kan. Si budak senyum tadi pun, hidangkan air teh bersama pisang goreng yang dibeli di kedai hujung. Starting soalan makcik tu....

"Mana amah pagi tadi?"

"Amah? Haha. Mana ada amah. Anak saya ni je yang ada kat rumah."

ZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz.....

What? Amah? Mentang-mentang pakai sarung je tudung umi. Dan mentang-mentang, petang tu dah siap mandi semua. Boleh pula tak kenal si budak senyum yang manis itu. Hohoho.

Pengajaran: Selepas ini, kena sediakan topeng ultraman untuk dipakai bila ada tetamu datang pagi-pagi. Sekian.

5 org berkongsi rasa:

nabilah_2908 [REPLY]said...

hahahaha...selamba je makcik tu panggil Amah...

sabar jer la... ;)

Unknown [REPLY]said...

heheh....klako....

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah...hihi. nak buat guane. Muka saya tak sesuai pakai tudung sarung tuh. haha. plus, terlebih comot kot pagi tuh. kikiki. :)

nunama [REPLY]said...

Azana... haha. itule. :) isyh3. malu betul. haha.

::Hanyll:: [REPLY]said...

hahaha adeke patut~ amah dia panggil..sabar jela..punye la manis senyum.kih3 neway xpela, len kali mekap tebal + bulu mate palsu kat umah ye.hik3!