KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, December 30, 2010

Journal Peribadi

Salam Semua!! :)

Oh. Makin lama aku menaip, makin berkisar pasal diri. Macam dah jadi Journal Peribadi pula kan? Isy3. Yang baik kita kongsi bersama, yang tak baik, korang jangan nak ikut pula ye. Jadikan ia sebagai tauladan. Macam itulah namanya manusia.

Semalam aku pergi menjelajahi tempat praktikal yang akan aku pelajari selama 4 bulan nanti. Adoiyaiii. Jauh kot. Aku ditemani anak sedara aku. M.Z.Z. Beliau baru je nak masuk Tahun 3 2011 nanti.

Nasib baik tak jadi pape. Alhamdulillah. Aku tak masuk lagi bangunan itu. Cuma kitorang pusing-pusing kat situ je. Tengok jalan. Selain itu, nak budget masa nanti. Pukul berapa kena keluar dari rumah semua. Aisyhh.

Bila aku tengok diri aku ni, mampukah ye? Perangai pun macam budak-budak lagi. Fikiran je matang sikit. Sudah ramai orang cakap macam tu. Huhu. Obvious sangat ke ek? Emm ntahla.

Sudah 2 hari aku takda appetite. Dahla kurus, bertambah kurus nanti. Sedih tahu. Isy tak tahulah kenapa mood aku macam down sahaja. Kalau ada masa terluang, aku termenung dan berfikir. Apa yang akan aku jadi nanti. Ya Allah. Sabarkanlah hati ini. Macam banyak sangat dalam kepala otak aku ni fikir. Macam-macam.

Masa cuti ini, bertambah perangai kebudak-budakan aku. Maklumlah, dikelilingi anak-anak sedara tersayang.  Dorang pula, ada yang masih kecil lagi. Segala permainan, mereka akan bawa ke rumah Puan Ummi untuk aku bermain bersama. Ada seorang ini, sanggup cari gali dalam bilik dia suatu permainan untuk dimain bersama. Permainan itu, jigsaw puzzle. Seronok!

Ok. Itujelah sedikit sebanyak pasal aku.

Apa yang aku nak highlightkan pada entry ini, dan nak minta pendapat korang.
Journal Peribadi harus diberi baca atau tidak? Sama tidak macam diari? Hanya nak tahu pendapat korang. Tolong ye bagi pandangan. Aku mohon sangat.


Bingkisan Hati:
Papepun, aku nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Teman Alam Maya ku. Angka belasan, tak pernah aku bayangkan langsung. Apatah lagi, angka puluhan sebegini. Terima kasih banyak-banyak ye. Kepada yang melawat dan meninggalkan komen di blog ini, terima kasih juga aku ucapkan. Jasamu ku kenang. InsyaAllah. Ukhwah fillah. :)

6 org berkongsi rasa:

Amintopiopio [REPLY]said...

bagus dikongsi..
kalau tulis serius2 je, kondem jgk otak..
oh ye, byk masuk kontes..menang tak jugak..hahahaa..

IMANSHAH [REPLY]said...

salam, sayalah pengunjung dan pengomen tetap Bingkisan Hati..terima kasih untuk saya..hehe

nunama [REPLY]said...

Amintopiopio:
yeke? abes la. pasni, byk la kisah hidup. eceh! itupun, kalo rajin.
hahaha~~ kurang asem di situ ye. :P
alaa contest tu, bukan guna duit pun. layan je lah. tolong kawan blogger. up kan trafik dorang. :)

nunama [REPLY]said...

Cikgu Imanshah:
wassalam. tau xpa. Antara pengomen tegar ni. hehe yezza. Ucapan terima kasih itu untuk Cikgu.
Terima kasih daun keladi, kunjung dan komen lagi kalau sudi. :)
(p/s: pantun untuk Cikgu)

nabilah_2908 [REPLY]said...

Hye Nur...

rasa mcm dh lama tak singgah sini... :)

bg akk...ok jer..kalau journal peribadi menjadi tatapan umum..yer la sekadar berkongsi cerita...sm juga mcm kita bercerita dgn kawan2 kita..betul tak..?

tulis la ikut gerak hati...pasti akan ada yg sudi membacanya.. ;)

mcm budak2...? tak la...rasanya Nur dah bersedia...dah matang pun..sure Nur pandai bezakan keadaan n tempat..bila nk jadi serius..n bila nk jd mcm budak2.. kn..? (^_^)

selamat tahun baru.... ;)

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
hehe betul juga ek.
Tulis ikut gerak hati. Suke this statement. Like like like!!! :)

InsyaAllah saya bersedia menghadapi alam pekerjaan lusa. huhu. :')

Selamat Tahun Baru juga!!
Thanx ye sudi menjadi teman alam maya kita. (n_n)