KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, December 3, 2010

Ibu Bapa Satukan Kita

Salam sahabat sekalian. :)

Entahlah. Tadi, tetibe terfikir satu perkara.

"Ibu bapa menyatukan adik-beradik"

Ada satu keluarga ni, boleh bercerai berai kena kematian kedua orang tua. Isyh3. Biasakan berlaku? Realiti alam. Apabila ibu bapa dah tiada, adik-beradik mula membuat hal masing-masing.

Ada yang sibuk menguruskan rumahtangga.
Ada yang sibuk bekerja.
Ada yang sibuk sambung belajar.
Ada yang sibuk nak memungut harta pusaka.
Masing-masing sibuk
SIBUK!!
Sibuk dengan hal dunia.
Kemana hilangnya ukhwah yang terjalin sebelum kematian mereka?

Hati ini sedih.
hati ini pilu.
Hati ini sayu.

Adik beradik tidak bertegur bila berselisih jalan. Adik beradikkah namanya itu?

Isyh3. Puan Ummi dan Incek Abah sering mengingatkan kami adik beradik untuk sering mengambil berat antara satu sama lain.

Semoga ukhwah antara kami adik beradik tetap utuh dah kukuh. InsyaAllah.

Ukhwah fillah. (n_n)

Doa Rabitah:

Sesungguhnya Engkau tahu
bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

p/s: doa ini juga untuk semua teman-temanku. Amalkan bersama ok. :)
p/p/s: Ingat ye adik beradik sekalian, kita dari uri yang sama. Perut yang sama. Darah yang dikombinekan dari darah jenis yang sama. Jangan menjauhkan diri walau melakukan kesilapan.

13 org berkongsi rasa:

IMANSHAH [REPLY]said...

kami adik beradik pun dah terpisah jauh disebabkan tuntutan kerja, namun alhamdulillah masih sempat kunjung mengunjung pabila cuti, masih sempat berhubungan melalui sms, telefon dan FB walau pun sejarah adik beradik yang sangat rapat mandi sebilik, tidur sebantal tak mungkin diulangi lagi

roe233 [REPLY]said...

hye nunama,

just to let u know yang ministry of moment ada buat contest and they just extended the deadline till tomorrow at midnight. harap sudi join. :) InsyaAllah kalau menang, winner gets RM2,000 worth of photography package.


detals ada kat blog roe.. jemput join ya? :)


p/s: very2 good entry. rezeki saya jumpa blog awak :)

nunama [REPLY]said...

Cikgu Imanshah:
emmm. rindukan zaman masa kecil2 dulu. xpela. bersyukur.
alhamdulillah masih berhubung. keep it up! :)

roe233:
hai3. hehe. emm da baca dah. insyaAllah. kalau ada kelapangan waktu,sy join. thanx yar! :)

thanx again terjmpe dan baca entry di blog picisan ini. hehe. :)

sekamar rindu [REPLY]said...

salam...

saya dua beradik saja..pun kadang2 bergaduh juga..biasalah masa tu budak2 lagi..

nunama [REPLY]said...

Cikgu Sekamar Rindu:
Wassalam. haha. aah. biasala tu. budak2. sampai skrg pun sy masih gaduh juga...tapi dengan anak sedara pula. hik3. :P

nabilah_2908 [REPLY]said...

hmm...adik beradik akk ada 3 org jer...walaupun jarak umur yg agak jauh ant kami bertiga..tp sngt rapat...hope akan rapat sampai la bila2.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
AKU TAK BODOH

BLADE EDGE [REPLY]said...

Salam..

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

regards,
BLADE EDGE

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
InsyaAllah amiin. :)
jom3 amalkan doa rabitah tu. selalu dibc masa mathurat. bgus doa tu. kita pun x istiqamah lagi ni. huhe.

Blade Edge:
Terima kasih ye. InsyaAllah. :)

Peminat Katie Holmes [REPLY]said...

selamat adik beradik aku sume oke2x.haha

nunama [REPLY]said...

PKH:
hehe baguslah. Alhamdulillah. :)

hysman [REPLY]said...

itu biasalah cik nunama..
wlupun tak byk kali sekali tu msti ade tak puas hati..
tp ganduh camnepun bak air dicincang takkn putus gak..
kita pikir yg positif jer..
klu kita tak bfikir sedemikian sape lg yg nk rasional?
juz mengalah n layan sajer...
asal jgn diri terabai...

azana [REPLY]said...

air dicincang xkan putus...

nunama [REPLY]said...

hysman:
yup biasa. lumrah alam. :)

azana dan hysman:
yezza! peribahasa yg sesuai. :)