KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Wednesday, January 11, 2012

Tempeh dan Rhizopus oligosporus (italic)

Salam Semua! ^__^

Ok.
Macam mana nak jadi tempeh? Mesti kena ada innoculum atau 'starter culture'.
Apa innoculum dan 'starter culture' untuk tempeh? Haa...benda itulah. Rhizopus oligosporus. Kalau takda innoculum ni, kacang soya takkan jadi tempeh.

Rhizopus oligosporus ni juga merupakan makhluk Allah. Cuma, dia tak nampak dengan mata kasar. Kena tengok bawah mikroskop.

Ada satu cerita ni.

Seorang penjual tempeh. Hidupnya tak sekaya macam orang lain. Pendapatannya daripada hasil penjualan tempeh. Kalau tempeh tak laku, maka, dia tak dapat duit belanja untuk hari itu. Selalunya, adala laku sikit-sikit.


Entah macam mana. Satu hari tu. Dia buat tempeh macam biasa. Dah siap semua, dia nak bawa la pergi menjual ke pasar macam biasa. Tapi, sebelum tu, dia tengoklah tempeh dia. Alangkah terkejutnya dia sebab........... kacang soya tu tak jadi tempeh lagi! Adeeh!

Dia pun mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah.

"Ya Allah ya Tuhanku. Bantulah aku ya Allah. Jadikanlah kacang soya ini tempeh macam biasa. Supaya aku dapat menjual untuk kelangsungan hidupku."

Dia pun menunggu seketika untuk memberi peluang kepada kacang soya menjadi tempeh.

Tunggu punya tunggu, hari dah beransur petang. Tak boleh jadi ni. Dia kena bawa juga tempeh-tak-jadi tu ke pasar. Kalau tak, dia tiada duit belanja untuk hari itu. Sambil berjalan menuju ke pasar, dia berdoa lagi,

"Ya Allah Ya Tuhanku. Bantulah aku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau mengetahui segalanya. Jadikanlah kacang soya ini tempeh sepanjang perjalanan aku ke pasar ya Allah."

Apabila sampai di pasar, dia mengintai bekas tempehnya itu. Kacang soya masih tidak menjadi tempeh. Sedihnya hati, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Tapi, dia masih berdoa dalam hati.

"Ya Allah ya Tuhanku. Jika tiada rezekiMu untukku hari ini, aku redha ya Allah."

Sambil mengesat air matanya.

Tiba-tiba...

Ada seorang makcik ni datang ke kedainya dan bertanya,

"Ada jual tempeh yang belum jadi tak?"

Terkejut si penjual tempeh ni. Sesi jual beli berlangsung. Rupanya-rupanya, makcik itu ingin mengirimkan tempeh-yang-belum-jadi itu kepada anaknya yang berada di luar negara.


Kalau beli tempeh yang dah siap, pasti tempeh itu akan "contaminate".

Jadi, beli tempeh-yang-belum-jadi supaya kacang soya itu akan berubah menjadi tempeh bila sampai kepada anaknya.

Subhanallah. Ya Allah.

Indah sungguh percaturanMu.

Makcik itu pun berdoa dan berterima kasih kepada Allah.

"Ya Allah ya Tuhanku. Jadikanlah kacang soya ini kepada tempeh semasa perjalanan tempeh ini kepada anak makcik ini. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas kurniaan rezekiMu."

***END***

(boleh baca link ini)

“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.”
(Surah Yassin 36: 82)

Fungsi Rhizopus oligosporus juga mengikut aturanNya.

:)

2 org berkongsi rasa:

Imtiyaz [REPLY]said...

salam..menarik cerita..igt kan tntg setadi awk..HEHE...sbb pasal mknn kn.

he..nak tempeh nak tempeh...oh sedap nya..saya lapar.....

nunama [REPLY]said...

wassalam.
hehe. mmg pun. ada kena mengena sedikit la.
tgh study psl makhluk Allah yang kecil2 gak ni.

Semoga Allah redha. Ammiiin. :)

p/s: nanti mkn tempeh ye kat cafe. hihi.