KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, July 19, 2011

Percaya. Salah faham.

Salam kawan-kawan!! :)

Update laju-laju. Ada hal sikit. Aeh, kita baca tau korangnye entry. Cuma tak komen. Huehehe. Em macam sibuk sikit minggu ni.

Ok. Baru 2 episod tengok KCB spesial Ramadhan. Perghh! Memang bestlah. Ini pun tak tahu episod keberapa. Bila buka je, cite dah mula. Start jam 5.15pm. Mula tengok jam 5.30pm. Haha.

Ok-ok. Episod kali ini, pasal si Anna jeles pada Azzam sebab Aprilia berada dalam bilik mereka. Aprilia ini memanglah. Cari nahas betul! Geram kot tengok dia. Rasa nak papp2 je. Banyak sangat buat cerita. Sampai si Anna ni percaya. Adeeeh! itulah perempuan. Tak pernah lari dari cemburu.

Tapi, aku puji sifat Azzam sebab dia cuba nak neutralkan keadaan. Dia beritahu Anna hal yang sebenar, tapi Anna tengah sedih dan macam seakan-akan kecewa. Yelah. Sampai keluar perkataan ini,

"Kalau ternyata kata-kata Aprilia benar, maka Mas Furqan lebih baik dari Mas Azzam!"

Hoho. Aprilia buat cerita yang Azzam inginkan anak sebab Anna ada penyakit endometriosis. Tak dapat lahirkan anak. Tu yg kononnya Azzam ajak Aprilia masuk dalam bilik. (Huh! Isyh lelaki-lelaki. Cuba jaga perempuan elok-elok boleh? Hehe. Tapi bukan Khairul Azzam la ea. Orang lain di luar sana yang mudah nak cari perempuan lain bila tak dapat apa yang dihajati.) Kurang garam betul kan si Aprilia ni.

Lepas tu, scene seterusnya menyusul. Azzam cuba slow talk ngan Anna. Tapi, Anna taknak dengar. Sebab hati dia tengah sakit. (Isyh3. Anna Anna.... Patutnya dia cuba dengar kan? Patutnya Anna kena bertenang dan dengar apa yang dikatakan oleh Azzam. Dah baik apa Azzam beritahu cerita sebenar. Daripada dia tak beritahu langsung dan berdiam diri, itu lagi menunjukkan dia bersalah.)

Itu yang akhirnya Azzam keluarkan perkataan ini,

"Lebih baik hidup sendiri dari hidup berteman tapi tidak saling mempercayai."

Sebab dia pun sedih Anna taknak dengar dia cakap apa.

Apa yang aku dapat simpulkan kat sini, kepercayaan itu harus diberikan keutamaan selepas mendengar penerangan. Jangan kerana terus-terusan salah faham, merosakkan hubungan yang indah.

Sebab itulah aku puji sifat Azzam bercerita hal yang sebenar.

Aku ni pun cemburu juga. Tapi, aku boleh bersabar untuk mendengar penerangan orang itu. Bila dia berdiam tanpa memberikan sebarang penerangan, yes! Aku memang akan rasa yang apa yang aku syak itu benar. Tambahan lagi, diiringi bukti-bukti yang lain. Haaa! Lagi lah kan? Hehe.

"Kepercayaan yang diiringi penerangan yang jelas mampu menutup salah faham yang tidak elok"

Haha. Ok. Dah macam review episod pulak.

Sekian. :)

p/s 1: KCB spesial Ramadhan ada ditayangkan di Astro 141 setiap hari bekerja kot (sebab aku tak pasti. hehe. Kalau sesiapa yang tahu, update to me k. Thanx. ^_^) jam 5.15pm-6.30pm.

p/s 2: Ada sesiapa yang tahu tak nak download cerita macam mana? Serius jahil bab download-download nih. Hihi. :)

Jomlah tengok beramai-ramai!!

6 org berkongsi rasa:

caliph shuriken [REPLY]said...

slalu klau citer kt astro ank sdara sy dok pulun tgk ptg2.. tgk mcm paham jaa smbil sengih2, huh..

hmm, klau nk dload citer mula2 kena dload installer IDM (internet download manager) dulu *ni salah satu contoh installer ^^

Alif Haris [REPLY]said...

hehe lyn KCB eh ^^ ..

suka ayat lebih idup sndiri dari hidup berteman tp tak saling mmercayai.. huhu

nabilah_2908 [REPLY]said...

best eh cerita KCB ni...akak tak pernh tgk... :)

nunama [REPLY]said...

Caliph Shuriken:
haha. anak sedara yg baik. hehe. xpe2. bagi je peluang. nanti, kalau dorg xda, mesti sunyi je rumah.

oh3...ok. saya cuba. thanx yar! :)

nunama [REPLY]said...

alif haris:
haha. layan! jalan cerita dan kata2 yg menarik. :)

emm mmg best ayat tuh. hehe

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
waaah! rugi kak. hehe. emm akak tengoklah. best cite dia. adaptasi dari novel KCB by Habiburrahman ElShirazy.

Tapi, dah difilemkan. KCB 1 dan KCB 2. Tu yg sekarang ni KCB spesial Ramdhan pula. Sambungan dari KCB tu sume. Kalau akak nak soft copy dia, nanti saya boleh hntrkan. Nak tak? :)

p/s: ehem! hehe. pada pandangan kita, mmg best cite dia. tak tahulah pandangan akak. heee.