KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, July 29, 2011

Lelaki. Emmmm

Sedih sebenarnya sekarang ni.

Perempuan. Macam-macam perlu digalas dan dipikul. Fikiran juga harus sentiasa stabil untuk memikirkan keputusan yang terbaik. Sebab itulah perempuan itu gagah.

Sumber kekuatannya air mata.

Di saat dia mengalirkan air mata bukanlah bererti dia sedang lemah dan mudah dipijak. Tapi dia sedaya upaya cuba mengumpulkan kekuatan yang ada untuk suatu jangka yang panjang pada masa hadapan.

Wahai wanita. Jangan berduka hanya kerana lelaki. No worth of it! Sila tabahkan hatimu. Sesungguhnya, aku juga seperti terasa kesakitan dan keperitan kamu itu.

Bila sudah berumahtangga, ketiadaan zuriat mendatangkan kebosanan kepada lelaki. Salahkah kami wahai lelaki jika itu takdir dari Azali?

Bila sudah beranak-pinak, kesibukan melayan anak-anak pula menjadi punca katanya. Salah kami jugakah jika kamu tidak menolong bersama?

Bila nampak yang lagi cantik, bergetah dan sebagainya, tinggalkan kami sendiri. Salahkah kami jika kamu sendiri yang mengatakan "tak ape. Awak cantik dah tu", "saya suka awak begini", "awak ok je" dan kata-kata manis yang lain konon ingin menyedapkan hati tapi tetap memandang kepada yang lain?

Tolonglah. Jangan permainkan hati perempuan lagi.

Pesanan Khas:
Dear suamiku yang tak tahu siapa....

Awak jangan buat saya macam ni tau. Kalau tidak suka, hantar saya secara baik seperti mana awak ambil saya dari Ummi dan Abah saya.

Awak beritahu saya tau kalau ada sesuatu layanan saya yang kurang kepada awak. Saya tahu saya tak sempurna. Tapi, sekurang-kurangnya izinkan saya sempurna di mata awak.

Kalau saya tak dapat berikan anak kepada awak, maafkan saya tau. Itu bukan niat saya. Saya juga mahukan anak.

Kalau saya beremosi tak tentu hala, awak cubalah menenteramkan saya. Sebab kalau awak nak tahu, saya dan kaum-kaum perempuan yang lain mudah sangat terpujuk dengan kata-kata suaminya.

Suamiku.
Ku harap kamu tidak seperti lelaki-lelaki yang diluar sana yang memandang perempuan hanya untuk memuaskan nafsu sahaja.
Ku harap kamu menjadi pembimbingku. Takpun, kita bersama-sama membimbing diri kita ke arah kebaikan.
Ku harap kamu tidak mensia-siakan kepercayaanku terhadapmu.
Ku harap kamu mampu membezakan keinginan dan keperluan dalam alam berumahtangga.

Tapi siapalah aku untuk menidakkan takdir yang sudah tertulis.

Apa yang harus kulakukan sekarang, aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal kepada Allah.
Kita hanya merancang, dan Dia jualah perancang yang terbaik.

p/s 1: kadang-kadang, apa yang kita nampak dan rasakan tak sama seperti tuan empunya badan rasai dan alami.

p/s 2: jangan berfikir yang tidak-tidak. aku menulis bagi pihak yang lain.

p/s 3: kadang-kadang, aku nak baca juga isi hati seorang lelaki. boleh dijadikan sebagai pedoman di kemudian hari.

p/s: 4: wahaha. serius tak entry nih? ehem! sekali sekala. keh3.

15 org berkongsi rasa:

caliph shuriken [REPLY]said...

smoga jadi peringatan jgak utk sy klau dh kwen nanti..

klau amik scara baik, nk trus jaga baik2.. harap2 perkara yg lain2 jgak akan berlangsung scara baik, insyaAllah ^^

Abu Huzaifah [REPLY]said...

trime ksih :D.. peringatan berguna

NuSaNa NoSa 91 [REPLY]said...

ni entry dlm hati ada taman gak ke nunama?? huahuahua~ ^_^

btw, tu lah.. kd2 takut gak keen nk masuk ke dunia perkahwinan ni.. huhu~ T_T

amin~~ semoga apa yg nunama harapkan tu termakbul.. nnti bila kawen, jgn lupa jemput keen ea?? pastu keen suruh suami nunama tu bc entry nunama yg ni.. hikhikhik~ ^_^

nunama [REPLY]said...

Caliph Shuriken:
Ok. Semoga dapat ambil yang baik dari entry nih. hoho.

Haaaa! Itu bagus. Layan elok2 tau. Haha. InsyaAllah.

All the best to you! :)

nunama [REPLY]said...

Abu Huzaifah:
Sama2. :) Ok. Yang baik ambil, yang buruk, tinggalkan. Hihi.

nunama [REPLY]said...

Keen:
Haha. mana ada. Tak macam org tu. Ehem3!! ;)

heeee relax Keen. Jangan takut sgt. Kadang2, bila kita relax, it will going smoothly. InsyaAllah. Just raise your hands and pray. ^_^ (Aeh2. Dah mcm lagu Maher Zain. Haha)

Hihi. InsyaAllah kalau sudah sampai seru. Haha. Malu la saya nanti kalau dia baca. Huahuahua.

p/s khas utk suamiku yg tak tahu siapa tu....
Awak diam2 tau kalau baca entry ni.
Bagi hint pun cukup.
Awak kan suka kalau saya tersipu2.

Huahuahua. Romantis tak romantis tak? Ehem! Haha. ;p

NuSaNa NoSa 91 [REPLY]said...

ahahahaha~ kpd suami-nunama-yg-x-diketahui tu, sila bgtau satu dunia awak dh baca entry ni.. nk tengok nunama malu.. hihihi~ ^_^

Unknown [REPLY]said...

hehe...kelaka la...tapi sya pom nk macam nunama jugak....heheh peringatan bersama...

Unknown [REPLY]said...

eh lupa lak...samat berpose... huhu sori da lama x jenguk.... mmg bz jugak la....hehehe

nunama [REPLY]said...

Keen:
hahaha. kamu sgt nakal ye? ;p

xde2. dia diam2 je. haha.

(aeh? orgnya pun saya tak tahu siapa. mcm tahu2 je dia akan diam kan? haha)

nunama [REPLY]said...

Azana:
haha. ape yg kelakar? cuba baca p/s yg last kat entry nih. serius kot. hahahahaha. ;p

ok2. jom kita berama2 ye!!! yeaaayyyhh!! ^_^

p/s: xpe. hehe. Selamat berpuasa juga zana!!! :)

safiyyah [REPLY]said...

rintihan hati yang mewakili semua wanita.. nice entry nur.. =)

nunama [REPLY]said...

Safiyyah:
hehe. semua itu dariNya. Thanks Safiyyah. :)

nabilah_2908 [REPLY]said...

hmm..realiti kehidupan kan...

adakalanya pihak perempuan ada juga salahnya...

pokoknya suami isteri perlu sama2 bekerjasama untuk memastikan rumahtangga mereka kekal utuh hingga ke akhirnya...

hati dipermainkan...mmg sakit...sakit yg sukar digambarkan..tp...yg pahit itu akan manis jua akhirnya... ;)

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
Ada benarnya juga. hehe. Yup2. Masing2 perlu amalkan sikap toleransi dan komunikasi dalam kehidupan. (aeh2 macam lagu. haha)

insyaAllah. Semoga manis itu akan tiba. Amiin. :)