KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Sunday, February 16, 2014

Kawan Baik.

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Apa maksud kawan baik?

I am still searching it's definition.

Sebab bagi aku, once berkawan, kenal sikap dia, menangis bersama, ketawa bersama, sharing, do the things together, etc. The list will go on and on, itu kawan baik untuk aku.

Aku ada,
Kawan baik kolej.
Kawan baik roommate.
Kawan baik classmate.
Kawan baik universiti.
Kawan baik usrah.
Kawan baik kelab.
Kawan baik sekolah.
Kawan baik kerja.

Uniknya, rasa rindu itu ada walau jauh.
Walau tak bersua muka.
Rindu. Seriyes rindu.

We are sharing a wavelength.

Banyak benda yang dikongsi.

Mungkinlah. Mungkin ada orang kata, kawan baik ke kalau tak jumpa selalu?

No comment.

Sebab even tak jumpa, kau akan cuba update pasal dia. Melalui blog, facebook, twitter, mesej boleh, whatsapp. Banyak cara kau boleh buat. Bila kau rasa dia bahagia. Kau yang senyum sampai ke telinga. Padahal, dia tak nampak pon.

Doa.

Bila teringat dia, terus doakan kesejahteraan dia. Agar dia baik-baik di sana.

Kadang-kadang tu, bila kau rasa kerja kau tiada masalah, semua berjalan dengan lancar, ingatlah. Mungkin ada seseorang yang sedang mendoakan untuk kau. Ibu ayah usah dicerita. Kawan-kawan juga punca untuk kau terus bahagia.

Buat baik, dibalas baik. Mungkin kau tak nampak dan rasa di sini, tapi, mungkin kau akan rasa di sana.

Teruskan berdoa.
Untuk keluarga.
Untuk teman.
Untuk saudara seIslam kita.
Untuk sesiapa.

Agar hidup mereka sentiasa bahagia.

I just missed you, my dear!
:')

0 org berkongsi rasa: