KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Sunday, February 19, 2012

Mengeluh

Assalamualaikum. :)

Hai Semua.

Bila kita mengeluh pada sesuatu perkara, bererti kita marahkan Allah.

Kita tak suka dengan ujian yang datang dalam hidup kita.

Haa... Sebab itulah, jangan mengeluh.

Sebaliknya,
sila berusaha lagi!
Sila mencuba lagi!
Sila berdoa lebih lagi!
Sila tingkatkan jati diri! Aeh...? ;p

Tanpa sedar, Allah membantu kita pada setiap doa hambaNya yang tulus mengharap keredhaanNya melalui saluran lain. Saluran yang tidak disangka-sangka.

Betapa sayangnya Dia pada kita.

Tapi, kadang-kadang, kealpaan telah membuatkan...

mata (hati) menjadi buta.
telinga menjadi pekak.
mulut menjadi lancang.

Maka, terlahirnya "haisyhhh", "apelah susah sangat ni", "kenapa benda ni jadi kat aku?" dan sebagainya.

Marahkah kita pada ujian dariNya?

Ya. Tidak salah meluah rasa. Tetapi, janganlah sehingga menggugat keimanan kita. Beringatlah.

(Dalam pada itu, manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakkan manusia apabila diuji oleh Tuhannya, dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" 
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" 
(Surah Al-Fajr 89: 15-16)

Makanya, BERSYUKURLAH!

:)

2 org berkongsi rasa:

caliph shuriken [REPLY]said...

yup, setuju.. dh byk kali bantuan tiba menerusi saluran yg x disangka2 tu ^^

nunama [REPLY]said...

Caliph Shuriken:
:) alhamdulillah.