KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Monday, February 6, 2012

#1 Daurah

Salam Semua! :)

Mula-mula sebut ni.


Kalau nak lebih sikit, 'nyanyi' ini. :)


Sebenarnya, bukan tunggu masa Maulidurrasul je perlu buat semua ni. Bila-bila pun boleh. Macam pakwe makwe. Girlfriend boyfriend. "Bila ku ingat namaMu, hati ku rasa sesuatu". Ceeewaaah!! Haha. Macam tu la lebih kurang. Jadi, terus lafazkan selawat anda tanda rindu dan kasih kepadaNya bila teringat tu.

Simple kan? Hehe. :)

Ok.

5 Februari 2012.
First time join event untuk Daurah. Mula-mula tu, macam tertanya-tanya gak "apebende la Daurah ni?". Berdebar ada. Ceeh! Haha. Uars pun macam tu gak. Kitorang siap google lagi. Wakaka~

Akhirnya, pergi juga ke daurah itu. Dalam kereta bersama kakak Y, tanya lagi. Hehe. Saje. Nak tahu lebih. Yelah, internet ni, kadang-kadang, "indah khabar dari rupa". Kui3.

Seronok rupanya. Jumpa Ustaz Dr. Kamarul Salam. Hebat orangnya. Sekarang ni, beliau merupakan seorang pensyarah untuk Usul Fiqh Perubatan dan juga merangkap consultant kat USIM. Santai pengisiannya.

Tajuk: Al-Ghazwul Fikri

Mainpoint yang dibincangkan:

1. Mentaliti masyarakat sekarang.
Suka mengambil ringan. Tak serius. Tak suka fikir benda-benda yang 'berat'. Kalau cakap pasal Islam, dakwah ke ape ke, terus macam "ekstremis ini budak". Adeeh.

Terasa seronok di zon selesa. Amanla kononnya. Haa...Macam mana Islam boleh jatuh ke tangan Perancis (P) di Andalusia (A)? Macam ni kisahnya. Secara ringkasan je la k.

P pasang spy untuk lihat keadaan Andalusia. Tahun pertama, spy tu terlihat ada seorang budak lelaki sedang menangis. Bila ditanya, budak lelaki itu menjawab

"Aku menangis kerana ibuku tidak membenarkanku berjihad di jalan Allah. Katanya, aku masih muda."

Pulang ke P, spy kata, tidak boleh serang lagi.

Tahun-tahun yang berikutnya juga begitu. Pasang spy lagi.

Sehinggalah tahun yang ke-20, dilihatnya ada budak lelaki sedang menangis. Bila ditanya kenapa menangis, budak lelaki itu menjawab

"Aku menangis kerana PUTUS CINTA"

Runtuhlah kerajaan Andalusia ketika itu. Hanya sebab tiada lagi semangat jihad untuk Allah. Adeeeh.

2. Salah siapa?
Jadi, salah siapa hal ini berlaku? Masing-masing cuba menyalahkan orang lain. Ingat lagi cerita "Bangau oh! Bangau"? Haa...

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus ikan tak timbul-timbul,
...
...
...
Katak oh katak kenapa kau panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil hujan ular nak makan aku.
Ular oh ular kenapa kau nak makan katak?
Macam mana aku tak makan MEMANG MAKANAN AKU, MEMANG MAKANAN AKU.

Siapa sebenarnya "ular" dalam konteks kita? Siapa? Cuba teka. Tak dapat.

Itulah dia SYAITAN.

Dah tugas dia untuk melekakan kita. Dah tugas dia untuk menyesatkan kita. T_T

Kesimpulannya,
kita perlu didik diri kita. Fahami tanggungjawab. Bersatu. Bila sorang-sorang, kita memang mudah diserang. Tapi, bila ramai, insyaAllah kita kuat.

*****^_^*****

T_T
Malu la. Aku selalu sahaja alpa. Kadang-kadang itu, tahu dan faham. Tapi....perlakuan macam tak faham. Apa kata, mari kita buat amalan yang sedikit-sedikit tapi istiqamah. Bina diri kita. Bentuk diri kita kepada fitrah. Yang suci dan bersih.

-jangan tinggalkan solat. lakukan dengan khusyu'
-baca AlQuran
-solat sunat Dhuha
-Al-Matsurat

Malu kan bila kita tahu, tapi kita tak lakukan? Haihh.... (suka ambil ringan la tu...Isyhh.) :'((

Jom kita buat bersama-sama k!

Awak ingatkan saya. Saya ingatkan awak.
:)

0 org berkongsi rasa: