KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Wednesday, May 9, 2012

#1 Mumbling

Kalau dah dinamakan Ummi dan Abah..
Doa itu berkat juga.

Em ya.
Aku memang anak perempuan manja. Manja bertempat la tapinya.
Takdela merengek nak beli itu beli ini.
Mungkin aku belum sampai ke tahap itu seperti perempuan-perempuan lain.
Tapi, masih manja.

Walau jauh, walau mereka tak nampak aku, tetap sahaja aku melaporkan nak ke mana.
Mengada bukan?
Pasal exam atau test itu, biasa. Semua orang lakukannya.
Jadi, satu kebiasaan pula.
Kalau aku tidak telefon, mesej.
Pasti akan di balas, at least, "OK".

Haha.
Haiii abah aku sorang ni.
Pakai redah je. Asal maksud sampai.
Pernah juga aku tegur,
"Kenapa abah balas guna hurup besar? Macam tak bagi je."

Sangat kebudak-budakan punya soalan kan?

Abah aku terpinga-pinga.
"Aeh..takdelah."

haha. Aku tahan gelak sahaja. Tak reti nak tukar setting le tu. Cakap dalam hati jela. ;p

Mungkin sebab aku macam tu, mereka serahkan kepercayaan itu kepadaku.
Sebab itu banyak rahsia aku tahu. Ehem3.
Orang kepercayaan la katakan.
Huahahaha.
<Tekan punat lif, naik sendiri!>

Tapi, rutin aku berubah bila abah pergi.
Aku remove nama abah.
Aku tak save nombor abah.
Walaupun Ummi guna nombor abah.
Aku tetap tak save.
Sampai sekarang.

Haha. Kejamkan aku? :P

Tiba-tiba Ummi beritahu aku.
Ini yang buat aku sebak.
Ummi cakap,
"Adik..Nanti kalau ada test, exam, beritahu."
Aku diam.

Iya.
Aku sudah jarang melaporkan.
Pernah juga aku lapor pada Ummi. Tapi, macam lain.
Sudahnya, aku minta didoakan baik-baik untuk aku.

Ok. That's it.

Abah..
Adik masih inginkan doa dari abah.
Berikan adik semangat abah.

:')

update:
Entah macam mana. Tiba-tiba salah seorang kakakku telefon aku malam tadi. Beliau cakap,
"Iya. Doa abah dan Ummi memang penting. Tapi, pergantungan kita harus kepada Dia. Takkan kita nak harapkan lagi doa Ummi dan abah? Sampai bila? Itu dah macam tak percaya Allah.

Sayang kita pada Ummi dan abah harus bersandar pada kasih sayangNya kerana beri pinjam manusia-manusia mulia ini."

0 org berkongsi rasa: