KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, April 5, 2012

Ada Sebab!

Ada sebab kenapa Allah jadikan begitu begini.
Ada sebab kenapa kita diuji begitu begini.
Ada sebab kenapa kita terjatuh disana disini.

Ada sebab kita makan itu makan ini.
Ada sebab kita dapat itu dapat ini.
Ada sebab layanannya begitu begini.

Ada sebab selepas malam, ada siang.
Ada sebab berpuasa pagi hingga ke petang.
Ada sebab hujan turun dan kemarau.
Ada sebab langit mendung langit cerah.

Ada sebab.
Ada sebab.
Ada sebab!!

Semua ada sebab.

“...Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
(Surah Ali-Imraan 3: 191)

Kadang-kadang kita lupa.
Terus menghukum tanpa menyoal.

Memang nak cari salah atau tak perasan salah?
Sebenarnya memang benci atau baru nak benci?

Beza tu.

Bila layanan orang lain pada kita, cuba tengok diri kita semula.
Bila ujian datang bertimpa, cuba tengok amalan kita.
Baikkah? Burukkah?

Semak. Perbaiki lagi.

Nak betulkan semula, memang tak boleh.
Macam jawab periksa.
Bila kertas sudah dihantar ke hadapan, tiada lagi sesi pembetulan.

Jadi macam mana?
Mahu terus dengan sikap sebegitu atau perbaiki sikap itu?

Fikir.

Mahu pisang berbuah dua kali?

Sila fikir sendiri.

Sudah-sudahlah.

Jangan selalu sangat nak cari salah orang lain.
Tengok diri dahulu.

Lihat dengan mata hati. Bukan mata-mata.

:)

3 org berkongsi rasa:

keli menari [REPLY]said...

betul.kadang2 kita ni cepat je menyalahkan orang.diri sendiri ?

Penulis Tegar [REPLY]said...

hikmah itu kebijaksanaan Allah.

ada sebab kenapa kena minum air masak pagi2

ada sebab kenapa mandi pagi itu penting

wallahua'alam :)

nunama [REPLY]said...

kelimenari:
yeayhh! check diri sebelum nak salahkan orang. i mean, bila layanan org lain macam, mesti ada salah kita di mana-mana. :)

Selamat berkenalan! ^^

Penulis tegar:
yup. ada sebab. semua yang berlaku ada sebab. :)