KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.
Showing posts with label besday. Show all posts
Showing posts with label besday. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Hari Lahir

Sampai satu tahap, tak teringin nak sambut besday.

Tak tahu kenapa. 2 3 tahun ni, mesti pada malam besday aku, aku adalah orang yang tido awal. Bukan sengaja, tapi ter. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi itulah realitinya.

pernah sahaja kawan aku nak buat surprise tapi, aku tertido dengan lena. Last-last bangun jam 3 pagi. Huahaha. Berterima kasih kepada Dia kerana memanjangkan umur aku. Alhamdulillah. :)

Ada peristiwa sedih yang aku dapat semasa menyambut besday seseorang.

Abah...
1/10/2008
Abah tiba-tiba sakit dada. Waktu ini adalah first day raya bagi tahun itu. Sedih! Hari berikutnya, kami dapat tahu abah ada sakit jantung.
Sejak itu, abah buat medical check-up every 3 months kat IJN sampai sekarang.

Ummi...
22/4/2011
Bangun pagi keesokannya, Ummi tiba-tiba tidak boleh mengeluarkan suara. Kaki juga terasa berat. Ummi kena strok! Padahal, kami adik-beradik sudah merancang untuk menyediakan sedikit jamuan makan-makan untuk beliau. Kebetulan, abang aku ada di rumah. Dengan segera, Ummi diurut. Petang itu juga, Ummi dibawa untuk berurut.

Apa-apapun, sekarang ini, kesihatan diorang baik sedikit. Alhamdulillah. :)

******

Ini entry yang aku buat 23 hari sebelum kehilangan Abah. Entah kenapa, aku tak publish.

Bukti:


Lagu yang aku tengah layan sekarang ini:

PATAH SERIBU by Shila Amzah

Seriously, bila dengar lagu ini, memang teringat kat Abah. :)

Oklah. Selamat menjalani hidup ini dengan bahagianya. Disamping tidak lupa mengingatiNYA. =)

Saturday, November 12, 2011

Alhamdulillah. =)

Salam Kawan-kawan! :)

Semoga semuanya mendapat kasih sayang dan rahmat dariNya yang MAHA ESA. Amiin. :D

Alhamdulillah.

Umurku sudah pun menginjak 22 tahun pada 10 November 2011 yang lalu. Terasa sekejap benar masa berlalu.


Subhanallah. Alhamdulillah. Tak sangka ada yang mengingati saat kelahiran aku.

Terima kasih temansahabat, kaum keluarga. Terima kasih semua! :')


Walaupun Cik Sai lambat mengucapkan selamat ke atas ku, tapi beliau sudah awal-awal lagi memberikan aku hadiah. CD yang bermanfaat. Dan aku sudah perdengarkan kepada Ummi ku. Hehe.

Tepat kul 00:00 10/11/11, dapat mesej dari Cik Ida. Hehe. Terkejut saya. Ingatkan beliau tidur awal.

Kemudiannya, kakakku Ain bagi mesej. Hehe. Nangis baca mesej beliau. Tapi, tak reply pun. Sebab, lepastu, mesej benda lain. Kehkehkeh. Tapi, beliau belanja makan sate Wak Radol sebelum bertolak pulang ke Penang.

Dan dapat mesej dari Fiera, Yuni, KakCik, Alang dan Aidhill. Hehe. Walaupun agak lewat, tapi tidak mengapa. Aku masih tersenyum (da macam dapat mesej dari pakwe je lagaknya. haha). Bak kata omputih, "Better late than never."

Di FB, terkejut aku bila Eng Keng (classmate kat USM) wish besday! Haha. Yelah. Aku memang invisible kan tarikh lahir aku. Tiba-tiba dia wish. Memang terharu la.

Kemudiannya, Abang Zaki belanja makan KFC. Kak Ina pula masak udang rendang. Haisyh! Sedap2! Makngah aku, buat daging masak kicap. Walaupun bukan pada hari lahirku, tapi itu semua untuk meraikan aku. Hehe. Makan-makan ini masa hari Jumaat. Alhamdulillah. Rezeki!

Malamnya, Angah aku belanja aiskrim McFlurry dan waffle. hehe. Seronok tahu makan aiskrim! Bahagia. Hehe. Dan aku juga dapat topup free. Huahaha. Silalah jeles! heee

Sebelum Abg Zaki pulang ke Mersing selepas hantar aku di Johor Bahru, beliau sempat bagi aku marshmallow. hehe. Padahal, aku yang minta. Sebab macam sedap tgk anak dia makan. Haha!

Sampai USM pula, aku check emel. Jengjengjeng............

Surpriseeee!!!

Rupanya, Cik Umairah bagi aku puisi dan sekeping ala2 kad hari jadi pada aku. Masa malam hari lahirku tau dia hantar emel itu. Waaaaah! Terharu aku dibuatnya. Ingatkan beliau tak tahu. Huhu. Rasa nak cubit dia kuat-kuat. Lalalala~ Haha!

Kak Nabilah pula post di comment blog ku. Alahaiiii... Comel betul! hehe

Dan tadi, semasa buat group discussion ngan Cik Ida, beliau bagi aku calendar. Dalam kalendar itu, hehe....dia bagi 'ayat-ayat cinta'. Malu saya. Haha!

Papepun, terima kasih banyak-banyak pada awak-awak semua!!! :D

Rasa dihargai. Rasa disayangi. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Semoga doa yang kalian titipkan akan dapat juga kepada kalian semua. Amiin. 

Sayang sangat kat korang. Semoga Allah pelihara hubungan kita. Amiin.

=)

Ok. Aku sebenarnya tak teringin nak menyambut hari lahirku. Tak mahu mengingatkannya langsung. Tak mahu ketahuan langsung oleh sesiapa.

Sebab, tahun ini macam tahun kesedihan buatku.

Hehe. Macam-macam yang berlaku. Tidak mengapa. Ujian adalah tarbiyyah dari Allah.

Tapi, aku bersyukur kepadaMu ya Allah. Engkau memberikan aku orang-orang yang turut menyayangi aku. Yang meraikan hari jadi ku. Bukan bermakna kalau mereka tidak meraikan, mereka tidak menyayangi aku.

Cuma, mereka yang mengucapkan selamat dan kirimkan doa ke atasku telah menyedarkan aku.

Bahawa, hidup ini cuma sementara dan buatlah amal sebanyaknya dengannya. Manfaatkan umurku. Hiduplah dengan terus pandang kehadapan.

Kalau difikir dan direnung kembali sepanjang 22 tahun aku hidup di bumi Tuhan ini, apakah yang telah aku lakukan?

Apakah amal kebaikan yang aku perbuat?

Apakah solatku, puasaku, senang cite ibadahku selama ini diterima?

Apakah aku benar-benar ikhlas melakukan sesuatu kebaikan?

Apakah aku layak dapat ganjaranNya?

Semua itu membuatkan aku tersentak! Semua itu membuatkan aku terdiam!

Siapa aku?

Ya Allah.
Terasa sungguh kerdil diri ini.

Ada dengar cerita. Katanya, saat kematian kita dekat dengan hari kelahiran kita.

Bila teringat itu, teringat aku akan arwah abah. Kematiannya, sebulan sebelum ulangtahunnya. Tapi, pada tarikh ulangtahun perkahwinannya (dalam Islam).
Bila teringat itu, teringat aku akan ummi. Strok yang menyerangnya pada hari lahirnya.

Berdebar hatiku bila tiba hari lahirku.

Arwah abah selalu pesan. Dan insyaAllah setakat ini, kalau termampu, aku memang lakukan.

Bila tiba hari lahir kita;
>>Bangunlah sepertiga malam. Mengucapkan syukur kepadaNya atas nikmat umur dan segala nikmat-nikmat yang lain.
>>Puasa. Tanda kita menghargainya.
>>Kalau susah nak bangun malam, subuh itu, bersujud syukurlah. Jangan pernah lupa ucapkan syukur kepadanya.
>>Kalau boleh, lakukan solat sunat taubat. Mana tahu, ada lagi dosa kita yang tidak terampun.

Ada baiknya. Ada benarnya.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan hambaNya yang bersyukur. Amiin. :D

Ok. Setakat ini dahulu. Wassalam.

Saturday, October 1, 2011

Sebulan Berlalu..

Salam Semua. :)

1 September lalu, abah pergi tinggalkan kami.

1 Oktober ini, merupakan hari kelahiran abah.

Angka yang mudah. Senang nak ingat.

:)

Bila tengok handphone, nombor pertama dalam list aku, "Abah".

Selalunya, bila jauh, masa besday abah, aku akan call dan nyanyi. Nanti mesti abah ketawa dengar aku nyanyi.

"kekekekeke"

So sweet!
Abah... Selamat Hari Jadi! :)
Semoga Abah punya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dulu, keluarga yang lebih baik daripada keluarga yang dulu, isteri yang lebih baik daripada isteri yang dulu. Dimasukkan di dalam syurga dan dihindari daripada azab kubur dan ujiannya serta daripada azab neraka. (sebahagian terjemahan Doa Tahlil)

p/s: Kalau dulu, bila telefon nak cakap dengan Ummi, mesti Abah sengaja lengah-lengahkan waktu. Nak cakap dengan aku. Nak borak dengan aku.
Rindu betul!

Sebulan. Terasa macam bertahun.

Ya! Aku akan cuba dengar nasihat kawan aku. Jangan bersedih terlalu lama. Aku cuba. Tapi, bila teringat, memang tak boleh nak berhenti.

People never dies...really. Death only a transition, from this life to another. Goodbye is not forever. Goodbye is not the end. Goodbye is just another word to say I'll miss you. After all, in the end, we all will go through the transition and meet the one we missed on the other life.
(NIS, 2011)


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."
(Surah Al-Hadid 57: 22-23)

Maka, sudahlah! Janganlah kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Terima kasih ya Allah kerana pernah meminjamkan Abah dalam hidupku. Abah yang baik. Abah yang memahami. Abah yang cukup segalanya. Terima kasih banyak-banyak. :')

I am proud to have you as my Abah even just for a while.
I am proud to put your name behind mine.
Love you so much! :D



1 OKTOBER 2011.
Genaplah umur Abah 73 tahun. Abah... We will miss you. Always. :)

Oh ye..
1 OKTOBER 2008.
Abah disahkan menghidap penyakit jantung.
Sempat juga aku dan kakak aku 'menginap' di IJN.

"Kelahirannya disambut dengan penuh kesyukuran. Perginya ditangisi kerana kehilangan"

Abah.. Damailah dikau di sana. :)

Wednesday, February 16, 2011

Cik Yon!! Kamu Tua Dulu. =P

Cik Yon! Kamu Semakin Dewasa. Kamu tahu tak? Hahaha. ;p

Salam Ceria! :)

Hehe. Kamu tahu hari ini hari apa? Hari ini besday one of My bestie!! =D 

Ok2. Firstly, kita nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR CIK YON!! 

Thanx tau menjadi kawan kita selama di USM. 

Thanx juga menjadi pendengar yang setia. Even, masalah yang sama. 

Thanx sentiasa memberi support dan teguran di saat diri ini terleka. 

Thanx sebab ada bila saya tengah down. 

Thanx sebab sudi jadi peneman makan-makan dan shopping-shopping. Wehehe. 

Bila kitorang buka cerita lama, rupanya, dia paling takut dengan saya. Katanya, saya garang. Wahaha. Tak sangka kan? Kita jadi kawan yang baik selepas itu. Kita dah pun berkawan selama hampir 3 tahun. Sekejap sungguh waktu berlalu. Awak pernah nampak kita nangis. Kita pun pernah nampak awak nangis. Awak marah, kita pun marah. Even, orang itu takda pun buat salah kat kita. Tapi, taklah sampai kita serang orang itu kan… Haha. 

Kadang-kadang, benda yang simple pun kita share together. Key chain nak sama la. Baju nak sama la. Aksesori kat hp pun beli kat kedai yang sama. Awak tahu, saya sedang pakai baju last yang kita beli sama-sama tu. Yang kat Ladylike tuh. Hehe. Baju ini sangat sejuk. Besh ooo.

Satu lagi, perkara yang kita buat bersama ialah. Tengok movie. Dah lama kan kita tak tengok movie sama-sama. Emm. takpela. Kalau ada peluang nanti, kita pergi ye. Hehe.

Awak ingat lagi kerja kursus saya untuk LAC100? Saya tahu awak gembira saya cerita pasal awak. Hik3. Awak jaga leklok ye bende itu. Rasanya, itu last hadiah saya bagi kat awak kan? Saya pun tak sangka dapat markah yang banyak untuk kerja kursus itu. Hehe. 

And last, saya nak minta maaf. Saya tahu awak pasti terluka masa 12.00am 16 Feb 2011 kan? Yelah. Saya langsung tak wish awak. Saya sengaja. Maafkan saya. Saya nak buat surprise. Hehe. Kejam sangat ke saya? ;p 

Saya juga nak minta maaf jika ada buat awak geram, sakit hati, marah kat saya. Biasalah di dalam persahabatan ini. Banyak di uji. Tapi, saya harap, ukhwah ini akan kekal hingga ke akhirnya. Saya tahu, even awak marah kat saya, awak pasti ada bila saya perlukan awak. Awak tetap layan saya. Thanx ye Cik Yon!! 

HAPPY BIRTHDAY!! 
Semoga awak sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungannya. InsyaAllah. 
Uhibbukafillah. (n_n) 
pssstt. kamu jadi tua dulu ye. Harus ingat itu. ;p

Addition: Tadi, saya tengah down, saya mesej dia. Dia pompampompam bagi kata-kata pada saya. Hehe. Dia telah mengkantoikan diri ini. Baru nak buat surprise konon2, taknak ingat besday dia. Hampeh!

Thursday, January 27, 2011

Happy Birthday Roommate!!! :)

Salam Ceria! :)

Yeayhh! kali ini bersiaran secara tak langsung sambutan hari jadi 2 orang room mate saya. 'Aieen pada 17 Januari hari itu dan Kak Ika pada 27 Januari. Kenapa tak langsung?? Sebab, saya da siapkan awal-awal dan publish secara scheduled. Hehe.

Hey kamu! Mungkin kamu terasa jauh, tetapi, kenangan itu cukup dekat dalam hati ini. (n_n)

wahaha~~

Aeh??!! Kenapakah post pada 27 Januari pula? 'Aieen tak kecil hati ke? Hehe.

Seharusnya ada special day pada hari ini.

Korang ingat lagi tak? Tak ingat pun takpe. Tak kecil hati pun. :P

27 Januari 2008 nilah aku dan Suliza Sumari plan surprisekan dorang berdua. Aku tak ingat la cuti seminggu ataupun sebulan before tu. Tapi yang pasti, naik cuti lah. Actually, plan kitorang sebelum cuti lagi. Dorang tak tahu pun. Nasib baik menjadi jugak kan Su? hehe.

Kitorang dah plan, buat-buat tak ingat besday 'Aieen dan wish Kak Ika gitu-gitu je. Wish pun sebab Kak Ika ingatkan. wahaha~ Kemudiannya, plan itu makin cantik pula apabila 'Aieen dan kak Ika pergi mandi pada waktu yang sama. Selalunya, 'Aieen suka mandi lambat. Mungkin dia letih sangat kot. Takpun, kecewa hentak-hentak kaki tengok aku dan Su wish dan ingat besday Kak Ika tapi konon-konon besday dia kitorang tak ingat. keh3. Jangan marah haa! Senyum-senyum. :)

Aku dah mandi awal-awal waktu tuh. Ape lagi, lekas-lekas kitorang prepare makanan, tempat duduk dan hidang-hidang semua. Kek dibawa khas dari Bukit Gambir, Muar. Bukan Bukit Gambir, Pulau Pinang ye. Haha. Kek coklat. Sangat comel ok! Yang paling penting, sedap. Pandai Su pilih.

Pastu kan, tetibe pintu diketuk dari luar. Aku jerit je dari dalam.

Aku: "Sape?"
'Aieen: "Bell. Bukala pintu. 'Aieen nih."
Aku: "jap-jap." Sambil aku gelabah dalam tu dengan Su.

Call Hajar, Sida, Syaza (budak-budak bilik depan) suruh dorang borak-borak dengan 'Aieen.

'Aieen: "bell!! Su!! Bukalah pintu nih!"

Pastu sokseksoksek aku dengar Hajar dan Syaza panggil 'Aieen masuk bilik dorang. wahaha~ Lakonan yang mantap. Terima kasih! hehe.

Dah nak siap kemas....Tiba-tiba pintu diketuk lagi. Kali ini, aku tak tanya, aku terus buka pintu. tengok-tengok Kak Ika di luar bilik. Mata kami bertembung dan muka aku terkejut. Tanpa kata, aku terus tutup pintu semula. Kak Ika keep knock the door sambil jerit-jerit nak nangis. hehe.

Perghh!! Kak Ika mesti sure-sure terasa punya. Mana taknye, aku tutup pintu tanpa signal papepun. Hahahaha. And yes! She was. Huhu. Maafkan saya. :'(

Su call Hajar ajak 'Aieen kembali ke bilik kami semula.

Pastu, aku dan Su get ready kat depan pintu sambil pasang telinga dengar suara 'Aieen dah keluar dari bilik depan. Dengar je suara 'Aieen, kitorang buka pintu dan jerit.........

SURPRISE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

happy birthday to 'Aieen dan Kak Ika
happy birthday to 'Aieen dan Kak Ika
happy birthday to both of you
happy birthday to 'Aieen dan Kak Ika

hehehe. Pastu kitorang pun makan sama-sama. Bercerita itu dan ini. Takde ye adegan baling-baling tepung segala. Kitorang kan budak baik. Hak3. Gambar masa tuh, sangat happening giler. Gambar terpaksa dicensored sebab aurat antara wanita sahaja. hahaha. Rindu lah kat korang. Huhu. Semoga ukhwah kita kekal selamanya. InsyaAllah. :)

My Memories. :)

Thursday, January 20, 2011

Hadiah Besday 21 (Hutang Lama)

Salam semua! :)

Oh. Agak lama tidak bersiaran ek. Rasanya la. Pastu, tak tinggalkan komen pun walaupun dah baca entry korang semua. Hehe. Bukan apa, internet problem sikit di tempat keje dan broadband nih. Kui3.

Ok-ok. Tanpa membuang masa, saya ingin membayar hutang lama. Gambar hadiah birthday yang saya dapat tanpa terduga itu. Ape??? Basi? Pada korang basi la. Pada saya, pastinya tidak. Weehehe.

p/s: so, jangan teruskan pembacaan jika rasa taknak. :)

Korang boleh refer pada labels besday aku kalau nak tahu cerita itu. Hehe. *blush*


#1 Boarding Pass Air Asia.

My sister yang belanja. Tengok la total beg aku, 8kg je??? Kalau tgk luaran, besar giler kot beg tu. Mungkin mesin timbang tuh rosak kot. Huahahaha. Papepun, terima kasih ye kak!! =) Btw, aku dapat tiket free lagi pulang ke USM nanti. Wehehe~ Semoga rezeki akak bertambah-tambah dan mendapat keberkatan.


#2 Hadiah dari Kak Nabilah.


nampak simple?? Oh tidak2!! Aku dapat special daripada yang lain. Aku dapat key-chain berbentuk ikan dan extra coklat dari yg lain. Juga notes rahsia. Wahahaha~ Sila berasa jeles ye. ;p

Actually, dapat sempena Give Away APA KATA HATI 2nd Anniversary. Terima kasih ye Kak Nabilah! (n_n)

Meh review sikit pasal beliau. Beliau seorang blogger yang sangat peramah. Tak caya, korang g tegur dan tengok blog dia. Beliau tak pentingkan kepopularitian pun. Beliau jugalah yang mengajar aku komen-komen blog orang nih. Sebenarnya, banyak lagi beliau ajar aku berkenaan dunia blogging, terutamanyalah kan. Hehehe. So, korang semua, jom jadi follower blog beliau. "Tak kenal, maka tak cinta". Betul tak kak Nabilah? *wink3*


#3 Hadiah dari someone yang unknown.


Sampai sekarang aku tidak ketahuan siapa pengirimnya. Tidak mengapalah. Semoga pengirimnya mendapat manfaat insyaAllah. :) Aeh! Perempuan ye yang bagi ini. Jangan fikir lebih pula. Haha. Emmm aisyh. Bila la agaknya aku nak review buku ini. Buku nih memang best. Better korang ada satu. Menusuk kalbu. Seyes tak tipu. Hehe. Tapi, kalau tak menusuk kalbu korang tu, mungkin aku je kot yang ter'emo' lebih. Huhe.

Terima kasih sekali lagi kepada anda-anda semua yang meraikan hari jadi saya yang lalu sama ada secara langsung atau tidak. Thanx a lot ye! (n_n)

Tak kisahla papepun, yang penting umur 21 tahun telah berlalu. Aku menuju ke umur 22 tahun pula. Menempuhi hari-hari yang unexpected mungkin. Semua itu kan rahsia Allah. Kita harus bersedia seadanya menerima qada' dan qadar dariNya. InsyaAllah.

p/s: header baru aku, ada siapa yang nak komen? ok ke letak picture tuh? ke tak yah pun takpe?

Notes: Baru sahaja transfer gambar dari camera ke laptop semalam. Huhu. Mohon maaf di atas kelewatan mengupload hadiah hari bersejarah aku ni. Oh ye! Sebenarnya, banyak juga hadiah yang aku dapat semasa besday aku dahulu. Masa awal-awal di USM, matric, sekolah, zaman hingusan, zaman budak-budak. Tapi, tiada pula entry yang aku buat kan? Aeh iyelah! Aku mana ada blog lagi masa tu. apedaaaa! InsyaAllah, tetap di hati~ (n_n)

Wednesday, December 1, 2010

Sepanjang 3 Hari.

27 NOVEMBER 2010


~~MEMBELAH AWAN~~


Assalamualaikum w.b.k.h

Ingat lagi tanggal 10 November 2010? Ya! Besday aku yang ke-21.

Alhamdulillah. Tidak kusangka, rupanya ada sequel. Aku pulang ke Johor dengan menaiki kapal terbang. Hadiah besday dari kakakku. Hehe. Alhamdulillah. Selalunya perjalanan mengambil masa 10 jam untuk sampai ke Johor, tapi kali ini, hanya mengambil masa selama 1jam5minit. 10 kali ganda kecil dari nisbah yang asal.

Tak sangka kan? Dapat hadiah selepas tarikh hari lahir. Hehe. Oh! Bukan itu sahaja. Sebelum aku melepasi boarding pass, Cik S masak spagethi untukku.

Seriusly, terharu giler. Dia memecut laju motosikalnya sebab waktu itu, panggilan terakhir penerbangan ke Johor. Terima kasih banyak-banyak Cik S. Kamu selalu buat kejutan begini. Dan, spagethi yang dimasaknya, memang sedap. Sampai licin aku makan. Huhu. Thanx a lot yar! :)

Terdapat peristiwa yang lain berlaku. Mungkin aku cerita lain hari sahaja ye. Sabar. :)

*** ******* ***** *******

28 NOVEMBER 2010

~~KEJUTAN DARI KAK NABILAH. :)~~

Sesampainya di rumah, Puan Ummi dan Incek Abah menyambut kepulanganku. Puan Ummi memasak Ikan Jahan Asam Pedas. Subhanallah! Sedap sangat. Aku bertambah-tambah nasi dalam pinggan. Memang rindu betul dengan ASAM PEDAS Puan Ummi yang satu ini. Masamnye, pedasnya, semua ada. Two thumbs up! Terima kasih ye Puan Ummi!! :)

Kemudiannya, Incek Abah memberikan hadiah yang ku terima dari Kak Nabilah sempena giveaway AKH pada 6 November 2010 yang lalu. Korang nak tahu, aku dapat special sikit dari yang lain. Waaah!! Terkejut dan terharu aku. Aku dapat apa? Nak tengok? Tapi jangan berasa jeles tau. :P

Taraaaaaaaaaa!!!!

[gambar akan diupload kemudian]

Haaa comel kan?? Hahaha. Hadiah ini pun sempena besday aku yang lalu. Hadiah selepas hari lahir juga. Terima Kasih Kak Nabilah! :) Hehe. Kebetulan, masa aku melihat hadiah aku tu, anak sedaraku ada di sebelah. Dia nak ambil ikan ni. Isyh! Mana boleh. Kalau barang aku, aku tak kisah. Tapi, ini merupakan hadiah dari someone. Mana boleh bagi orang lain. Hehe. Kejam kan?

To my niece and nephew, nanti mamabila bagi dan belikan yang lain ok? Hehe.

Coklat itu pula, aku berkongsi dengan semua. Sedap-sedap!! Hehe. Dah habis pun makan.

Seperti yang dijanjikan, aku turut dapat melihat Maher Zain. Keh3. Dah dengar pun. Waah! Semua best-best lagu dia. Cuma agak terkilan sedikit. Ingatkan beli yang original dapat semua lirik lagu yang terdapat dalam album tu, rupanya tidak. Takpelah.

*** ******* ***** *******

29 NOVEMBER 2010

~~HATI TERTANYA-TANYA~~

Tet…tet….tet… Telefon genggamku berbunyi menandakan ada satu mesej diterima.

Cik F??? Waah! Rindu?? Macam tahu-tahu sahaja. Hehe.

Oh! Sedang enak duduk merelaxkan diri selepas itu, dapat panggilan telefon dari seseorang yang meminta aku datang ke pejabat courier untuk mengambil barang.

Dalam kepala sudah berfikir yang macam-macam. Barang apa pulak? Rasanya, aku tiada buat sebarang pembelian barang masa ni. Aku meminta bantuan Incek Abah untuk mengambil barang tersebut kerana kebetulan Incek Abah berada di bandar.

Sesampainya di rumah…….



Storm Readers?? Buku apa ye??



Subhanallah!!! Biografi Muhammad bin Abdullah! Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya.

Terasa air mata bergenang di tubir mata. Syukur yang teramat. Memang tidak menyangka pun.

Di situ, tiada tertulis nama pengirim. Aku mengesyaki Kak Ai. Lantas, telefon genggam ku ambil dan terus menghantar ucapan terima kasih di atas pemberian buku yang sangat berharga ini.

Rupanya, bukan kak Ai. Tapi seorang pengirim yang tidak mahu dirinya diketahui. Surprising heh? Hehe, Tak sangka ada secret admirer. Perempuan ye yang pastinya. Hehe. Syukur! Syukur! Syukur! Dah habis pun membaca. Hehe. Nanti saya review buku tu. Meremang bulu roma seperti berada di zaman itu.

Kepada pemberi hadiah,
Terima kasih banyak-banyak. Tidak sangka akan dapat kejutan sebegini. Terharu sangat-sangat. Kalau lah aku tahu siapa pengirimnya, mahu sahaja aku menelefon beliau. Sehingga begini kejutan dia berikan kepadaku. Sememangnya, dia tahu kecintaanku kepada buku. Terima kasih yang tidak terhingga. :)

Kak Ai kata, buku ini sempena hadiah besday aku yang lalu juga. Waaah! 3 hadiah dalam masa 3 hari. Terima kasih ye semua. Korang memang the best!! =)

Tak dapat memiliki buku Bicara Pedusi dari Puan Insyirah. Mungkin sebab itulah Dia gantikan dengan yang lebih baik.

Terima Kasih ya Allah atas segala nikmatMu kepadaKu serta orang-orang disekelilingku. Terima kasih kepada si pemberi hadiah. Semoga kalian sentiasa dirahmati dan diberikan keberkatan hidup di dunia dan akhirat olehNya. Amiin ya Rabbal A'lamin.

Oh ya! Hari ini juga merupakan tarikh lahir seorang sahabatku yang berada di Johor.

SITI MARIYAM BINTI ABDUL RAZAK
selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-21!
Semoga sentiasa dirahmatiNya dan sentiasa bergembira.
senyum selalu ok?
kerana senyumanmu begitu berharga.
hehe.

*** ******* ***** *******
1 DISEMBER 2010

~~ONLINE SEBENTAR~~

Salam Ceria kawan2!! :)

Ada yang rindu saya tak? hehe. Saya ingatkan tiada. huhu. Sebentar tadi, buka sahaja FB, terdapat dua nama yang merindui saya. Huhu. Terima kasih ye kamu! Ye kamu! Cik 'Aieen dan Cik Harifa.

Terima kasih banyak-banyak kerana masih merindui saya. Saya juga sentiasa merindui anda. :) Walaupun, bantal peluk itu sudah kempis dan beg Mickey Mouse itu terkopek sedikit. Hehe.

Kepada teman alam mayaku juga. Terima kasih tidak terhingga. Terharu melihat anda singgah dan meninggalkan jejak di blog ini. Mahu lihat? Anda boleh lihat terus ke shoutbox saya di sebelah kanan screen dekstop masing-masing. Haaa nampak kan? Cikgu SR, Ayu, TZ, dan Hadi. Terima kasih ye! :)

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. (n_n)

Nota Hati yang sedang Berbunga: Subhanallah! Begitu banyak kejutan kepadaku selama beberapa hari ini. Terima kasih semua! Love you fillah! =)

p/s:
  • maaf. saya tidak online selama beberapa hari yang lalu.  Berkemungkinan juga, pada hari-hari yang mendatang. Mungkin selepas seminggu keadaan akan menjadi tenang.
  • saya doakan kalian sentiasa sihat sejahtera dan sentiasa ceria ok.
  • gambar-gambar hadiah akan diupload kemudian. saya pun tak sabar nak share gambar hadiah-hadiah itu dengan anda semua. hehe
  • selepas habis exam pada hari Jumaat yang lalu, terus diserang demam, selesema dan pening kepala. Sekarang sudah semakin baik. Harap dapat sembuh dengan cepat.
"ujian adalah tarbiyah dari Allah"


Friday, November 12, 2010

Apabila tiba bulan November

Oh. Maaf ye. Pasal Hari Lahir lagi.

Salam Ceria! :)

Memandangkan aku mempunyai keluarga yang besar, setiap bulan, pasti ada sahaja Hari Lahir keluargaku. Bisalah tu kan? Tapi, bulan November ini special sikit sebab dalam family aku, ada 3 orang yang akan menyambut Hari Lahir pada bulan November. Bulan lain pun ada juga yang sambut bersama-sama. Tetapi, sebab Hari Lahir aku bulan ini, aku katalah special. Haha. Kan? Haruslah begitu. :P

10 November : Aku
12 November : Alang
15 November : Kak Ain

Haha. Kalau tahun-tahun dulu, masa aku kecil, kitorang sambut besday sama-sama. Sekarang ini, semua dah duduk jauh-jauh. Sambut besday guna teknologi sahaja. Emm.

Tapi, takpe. Yang penting, semua orang bahagia. Amiin. :)

So, kalau bulan November ini, memang best lah. Masa inilah kami adik-beradik telefon lama-lama. Cerita macam-macam. Yelah kan. Dapat pula panggilan percuma. Memang macam syurga. Haha. Sampai panas-panas telinga. Isyh3. Bukan nermakna hari-hari lain tak telefon. Telefon. Cuma, lebih meriah sahaja. Hehe.

Jadi, terima kasih jugalah kepada Celcom dan Maxis kerana memberikan panggilan percuma itu. Kitorang suke giler. Memang terbaik! Hehe.

Ok. Ucapan aku lah pula ye.

Kepada Alang:
Alhamdulillah sudah menjadi Ummi dan anak yang baik.
Makanya, semoga Alang terus beristiqamah dalam mendekatkan diri kepada Pencipta.
Semoga Alang sentiasa berada di bawah limpahan kasih sayang dan rahmat dariNya.
Semoga Alang sentiasa bahagia.
(walaupun dah telefon tadi. hehe)

Kepada Kak Ain for her's becoming Birthday:
Akak... Terima kasih atas segalanya. Terima kasih sudi bersama-sama. Terima kasih banyak-banyak.
Doaku, semoga akak bertemu jodoh yang dapat membimbing dan membahagiakan akak.
Semoga akak sentiasa tabah dalam menjalani hari-hari yang penuh dengan dugaan ini.
Semoga akak bahagia dan berada di bawah perlindunganNya.

Amiin.

Sebab bulan special, ada video "Besday Song" yang diambil dari Youtube (kot).
Selamat mendengar dan menonton!! :)


p/s: selepas ini bukan entry besday lagi k. hehe insyaAllah.
p/p/s: masih dalam mood hepy. (n_n)

Thursday, November 11, 2010

Tarikh dan hari yang takkan datang lagi.

Alhamdulillah. Aku bersyukur ya Allah. :)

Salam Ceria! =D

10 November 2010.
Aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang wish besday aku melalui sms, call, blog, FB, dan email. Doa kalian semua aku balas dengan doa kudus dariku juga. Semoga dimakbulkan juga. Amiin.

Ada yang double wish lagi. Cik 'Aieen dan Cik Fiera. Tak cukup call dan hantar sms, post pula kat FB. Aku jadi tersenyum sendiri. Terima kasih kawan. Aku hargai itu. InsyaAllah aku akan ingat kamu. Doakan aku tak dapat penyakit Alzheimer ok. Hehe. :)

Antara gambar yang aku dapat melalui FB dan email;

Daripada Ika. :)
Daripada Syazan Najwa. :)
Daripada Kak Fariza. :)
unik. sebab dia seorang sahaja hantar by email. Thanx kak!!

Kemudiannya, selain aku bergembira membalas ucapan daripada teman-teman, aku blogwalking sekali. Macam biasa, aku tengok kat dashboard aku. Tengok-tengok blogger yang update entry terbaru ke. Aku pun baca semua sekali. Sebab tak semua blogger yang aku follow update pada waktu yang sama.

Baca punya baca, tiba-tiba......aku terpandang nama aku pada screen itu. Terkejut aku! Macam durian runtuh pun ada. Tak sangka pula blogger yang peramah dan membuatkan aku tak jadi silent reader sahaja memberikan giveaway pada aku. (T_T) Terharu beb! Beliau memang pemurah. Thanx again Kak Nabilah. :) Pastukan, macam sesuai je nama aku kat nombor itu. 21. Haha. Umur aku tuh. Waaah! Sungguh kebetulan. Pandai Kak Nabilah buat surprise. hehe *blushing*

Aku baru ambil gambar ni tadi. Aisyh. Line tak clear sgt.
Tak nampak background dia yg sebenar.
(T_T) Maafkan saya ye Kak Nabilah.

Pastu, aku menjalani hari dengan seadanya. Alhamdulillah. Dan, tanpa diduga lagi, tiba-tiba dapat sms dari Cik SaidatulNur. Dia ada masak something untuk saya. Hehe. Special tau! Suke! Emm satu je slack. Gambarnye tidak ada. Saya terlupa. Tetapi, kenangan itu tersemat kukuh dalam sanubari. Thanx yup! =D

Pastukan, sebelum dia pulang ke bilik dia, dia suruh aku buka email. Dia kata, ada hantar something. Aku pun, dengan terujanya, buka email itu. Keluarlah ini. Tadaaaaaaaaaa!!


hehe. Sungguh comel. Siap ada soundtrack 'hepy besday' lagi. Bergenang sudah airmata di tubir mata. Rasa nak menitik-nitik je. Huhu. Sungguh terharu.

Apa-apapun, terima kasih ye semua!! :)

Sesungguhnya, ukhwah antara kita semua atas keredhaan dari Dia yang lebih Maha Mengetahui. Semoga kita semua mendapat perlindungan, kasih sayang dan rahmatNya yang tidak ternilai itu. Amiin Ya Rabb.

Oh ya! Pagi-pagi lagi, aku dah call Puan Ummi dan Incek Abah say thanx sume. Huhu. Touching sungguh. Pastu, Angah, Alang, Kak Cik, Kak Ain dan Uda call wish besday aku. Haha. Anak-anak sedara aku pun wish juga. Ada yang post kat FB dan ada yang hantar sms. Huh! tetibe, rasa macam 'banyaknya anak aku'. Haha. =))

Alhamdulillah.

Nikmat Tuhan yang manakah lagi yang mahu kamu dustakan?
(Surah Ar-Rahman)

Aku bersyukur punya kamu, kamu dan kamu semua.
Thanks Allah.
(n_n)

Wednesday, November 10, 2010

Masih Belajar dan bersedia untuk Mengajar dan Diajar.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Salam sahabat yang dirahmati Allah sekalian. :)

Aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas segala nikmat dan rahmatMu Ya Allah.

Sungguh. Aku berterima kasih kepadaMu kerana mengurniakan sepasang ibu bapa iaitu Puan Ummi dan Incek Abah kerana telah berjaya menyatukan sperma dan ovum, membentuk zigot, embryo dan seterusnya fetus. Lalu terhasillah aku atas buah cinta mereka berdua. Alhamdulillah kerana telah memberi aku peluang melihat teriknya mentari dan indahnya bulan.

Aku yang sekarang ini amat bersyukur kerana punya kamu sebagai salah satu talian dan hubungan cintaku kepada Dia. Anugerah cinta teragung.

Terima kasihku kepada kalian kerana telah menjaga dan mendidik diriku sedari rohku belum ditiupkan lagi. Sentiasa mendoakan anak yang kecil ini supaya tidak lari dari jalan yang lurus dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Air mata kalian yang tumpah sepanjang umurku, ku mohon ampun. Air mata kerinduan, air mata kegembiraan, air mata kesedihan, air mata yang membesarkan. Ku mohon ampun duhai Puan Ummi dan Incek Abah. Ingin ku peluk ciummu di kejauhan. Sesungguhnya, tiada kasih sayang yang lebih ternilai yang Dia tetapkan untuk aku yang bergelar anak.

Ya. Genaplah sudah umurku 21 tahun pada hari ini. Mengikut surat beranakku yang bernombor I 2**78*, aku dilahirkan pada jam 7.59am dengan ke'berat'an ku pada ketika itu 3.4kg. Berat juga bagi seorang bayi. Alhamdulillah. Puan Ummi bercerita Incek Abah yang melaungkan Iqamat ke telingaku. Syukur. Sesungguhnya, kelahiran aku ketika itu tidak terduga oleh Puan Ummi dan Incek Abah kerana faktor umur. Tetapi, kuasa Dia, tiada siapa yang boleh menidakkan.

"Kun fayakun" - Jadilah, maka jadilah. Terima kasih Ya Allah.

Umur 21 ini, ku rasakan umur yang masih mentah. Oleh itu kawan-kawan, tegurlah akan kesilapan diri yang kerdil ini. InsyaAllah, aku bersedia untuk mengajar dan diajar juga. Sesuai dengan status aku sebagai seorang pelajar untuk belajar.

Oh. Doaku, supaya mampu menjadi anak yang solehah, isteri dan ibu mithali (jika diizinkan), kawan yang sentiasa bersedia, hamba yang taat, pelajar yang cemerlang, dan mempunyai hati yang penuh dengan kesyukuran.

Sesungguhnya, Dia lebih tahu.

Selamat Hari Jadi NUNAMA!! :)

p/s: Da boleh mengundi untuk memilih tampuk pemerintahan. ;p

Saturday, November 6, 2010

Happy Birthday Cik Fiera!! =)

Salam Ceria! =D

Ah! nak nyanyi dulu la ek..

Hepy besday to you..
Hepy besday to you..
Hepy besday to Cik Fiera..
Hepy besday to you..

Haha. Sedap ke tak sedap ke, kamu kena gak nyanyi sendiri. Hehe. =P

Ok-ok.

Pesananku untuk kamu;

Semoga kamu berbahagia dengan jalan yang kamu pilih.

Semoga kamu sentiasa ceria dan senyum sokmo.

Semoga kamu makin tabah. Weiyh! Kat dunia sekarang penuh dugaan tau. Kita pun da makin takut.

Semoga kamu berjaya mendapatkan impian yang kamu kehendaki. Tapi, jangan sedih lak tau kalo tak dapat. Mungkin ada hikmah yang tersimpan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Sabar yup! Yang penting senyum. Haha

Semoga kamu berjaya di dalam peperiksaan yang bakal kita tempuh nanti.

Semoga kamu jangan sedih-rindu kita selama beberapa tahun nanti. Hak3.

Wish u best of luck! Chaiyok2!! :)

Kalau ada kenanganku buat kamu, sematkan dalam ingatan ya. Even untuk yang sedikit cuma. Mungkin kita bukan yang terbaik. Tapi, at least, kita bersama selama 2 tahun. Bila kita tidur je, ehem3....shyyy! Diam2 tau. Haha. Rahsia.

Last but not least, semoga kamu hepy di hari lahirmu. Heehe....

Yang kamu geram dulu ;),
Ex-roommate kamu.