KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.
Showing posts with label bulan. Show all posts
Showing posts with label bulan. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Pengakhiran Tahun. Permulaan Tahun.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.

Dengan keizinanNya juga, aku masih bernafas di bumi ini.
Dengan keizinanNya juga, aku dapat membaca doa akhir dan awal tahun.
Dengan keizinanNya juga, bermulalah satu tahun yang baru.

Terasa rindu,
Untuk ditarbiyyah.
Untuk di'brain wash'.
Untuk menambahkan amal yang semakin berkurang.

Kerana,
Diri terlalu sibuk dengan FYP (kononnya).
Diri terlalu sibuk dengan ujian dan tugasan (kononnya).
Diri terlalu sibuk dengan hiburan yang melalaikan yang (kononnya) mampu memberikan ketenangan.

Ya Allah..
Apakah ertinya semua ini?

Adakah Engkau sedang menguji aku?
Atau adakah tiada lagi cintaMu untukku?

Menitik air mata ku ini.

Menitik air mata lagi.

Menitik air mata untuk entah keberapa kali.

Terasa sayu sungguh malam ini.

Ya Allah.
Aku pohon kepadaMu.
Janganlah Engkau tarik hidayah yang telah Engkau berikan kepadaku.
Kerana aku tak mampu hidup tanpa hidayah dan cahayaMu ya Allah.

Ya Allah.
Aku pohon kepadaMu.
Kau ampunkanlah dosa-dosaku. Yang kini atau sebelumnya dan yang mendatang.
Aku takut ya Allah. Aku takut sekiranya Engkau tidak redha akan kehidupanku selama ini.

Ya Allah.
Aku pohon kepadaMu.
Engkau berikanlah aku sahabat,teman dan sesiapa sahaja yang sering mengingatkan aku kepadaMu.
Tidak lari dari mengingatiMu.
Tidak meninggalkan Mu.
Tetapi, sekiranya itu merupakan dugaan ke atas diriku, ku pohon dariMu,
bawalah kami bersama-sama supaya sentiasa mengingatiMu dalam keadaan senang mahupun susah.

Ya Allah,
Kau ampunkanlah kami. Kau ampunkanlah kami. Kau ampunkanlah kami.

Sesungguhnya, kami hanyalah hambaMu yang hina.
Yang sentiasa memerlukan Engkau dalam setiap perbuatan
Yang sentiasa perlu bergantung harap kepada Engkau dalam setiap tindakan.
Yang sentiasa ingin Engkau dalam hati kami setiap waktu dan ketika.

Ampunkanlah kami.... Ampunkanlah kami.... Ampunkanlah kami....
Amiin Ya Rabbal Alamin.

"Adik...Malam ini awal Muharram. Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun."
Baik Abah. Adik tak lupa. :') 

Wednesday, December 8, 2010

Sedikit Kata-kata

Salam Perubahan! :)

Tertarik dengan mesej yang diberikan oleh Kak Ai.

kita ni dah masuk TAHUN baru, UMUR pun makin baru. Haisy. Jangan buat DOSA baru sudah.

Haa! Amacam? Terkena pada diri sendiri tak? Hehe. Saya baca, terus tertanam di hati. Takut takut.

Korang baca tak Doa Akhir Tahun (sebelum waktu Maghrib) dan Doa Awal tahun (selepas Maghrib)?

Kalau baca, alhamdulillah. Sebab ada disebutkan,

apabila membaca doa Akhir Tahun
"Kesusahan bagiku (syaitan) dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

apabila membaca doa Awal Tahun
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

bahan rujukan: INI
Semoga semua mendapat rahmat dariNya. :)

*** ******* ***** *******

Waah! Agak lama saya tidak meng'update' entry dalam blog ini. Rindu. Tapi, ada urusan lain yang lebih penting dan WAJIB didahulukan. Tambahan pula, kekurangan idea nak bercerita.

Sekarang ini, waktu malam digunakan untuk membacanya entry kalian. Hehe. Itupun, ada yang tak sempat nak komen kerana tiba-tiba line takda. Perghh! Sabar sahajalah.

Cuti kali ini, tetiba rasa diri cam matang sikit. Aeh? Selama ni tak matang ke? Haha. :P

Puan Ummi saya cakap, saya masih budak-budak. Cuma tindakan saya dah matang. Waah! Malu tau Puan Ummi cakap macam tu. Hehe. *blushing*

Cuti kali ini juga best. Sebab anak sedara ada di rumah. Yeaayyhhh!! Tak la sunyi sangat. Boleh di ajak bermain, bergaduh, membuli. Kan kan kan? Haha. Saya kan mak sedara yang best! Lalalala~~

Oklah. Jumpa kalian di lain waktu.

Sehingga itu, jaga diri kalian sungguh-sungguh. Jaga hati dan jaga akhlak.

Salam Ceria!! (n_n)

Tuesday, November 16, 2010

Zulhijjah-Bulan Terakhir dalam Kalendar Islam

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA!! :)
Bersihkan minda. Sucikan hati. Semoga dirahmati.

10 Zulhijjah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Hari Raya AidilAdha ataupun Hari Raya Haji. Hal ini disebabkan hari ini sebilangan manusia mengerjakan Haji di Makkah alMuqarramah.

Bersyukur ke hadrat Illahi. Beruntunglah bagi mereka yang telah mengerjakan antara rukun Islam yang satu ini.

Aku? Emm belum berpeluang lagi. InsyaAllah, aku akan laksanakan jika diizinkanNya. Kamu juga ya. Berdoalah.

Oh! Memang sayu sahaja hati mendengar takbir yang dilaungkan.

"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka"
(Surah Ali Imran 3 : 97)

Ibadah haji sudah bermula awal bulan November hari tu. Sekarang, Ibadah korban pada waktu Haji pula sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S untuk mengorbankan anaknya sendiri Nabi Ismail AS.

Semoga, kita semua mengambil iktibar.

Boleh lawati laman-laman web yang tertera untuk mendapatkan maksud yang lebih mendalam.
http://usrahkeluarga.blogspot.com/2010/11/berusaha-dan-mengharap-pertolongan.html

Tak tahulah kenapa. Sedih sahaja hati ini hari ini. :'(

ya Allah ya Tuhanku. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.

Friday, November 12, 2010

Apabila tiba bulan November

Oh. Maaf ye. Pasal Hari Lahir lagi.

Salam Ceria! :)

Memandangkan aku mempunyai keluarga yang besar, setiap bulan, pasti ada sahaja Hari Lahir keluargaku. Bisalah tu kan? Tapi, bulan November ini special sikit sebab dalam family aku, ada 3 orang yang akan menyambut Hari Lahir pada bulan November. Bulan lain pun ada juga yang sambut bersama-sama. Tetapi, sebab Hari Lahir aku bulan ini, aku katalah special. Haha. Kan? Haruslah begitu. :P

10 November : Aku
12 November : Alang
15 November : Kak Ain

Haha. Kalau tahun-tahun dulu, masa aku kecil, kitorang sambut besday sama-sama. Sekarang ini, semua dah duduk jauh-jauh. Sambut besday guna teknologi sahaja. Emm.

Tapi, takpe. Yang penting, semua orang bahagia. Amiin. :)

So, kalau bulan November ini, memang best lah. Masa inilah kami adik-beradik telefon lama-lama. Cerita macam-macam. Yelah kan. Dapat pula panggilan percuma. Memang macam syurga. Haha. Sampai panas-panas telinga. Isyh3. Bukan nermakna hari-hari lain tak telefon. Telefon. Cuma, lebih meriah sahaja. Hehe.

Jadi, terima kasih jugalah kepada Celcom dan Maxis kerana memberikan panggilan percuma itu. Kitorang suke giler. Memang terbaik! Hehe.

Ok. Ucapan aku lah pula ye.

Kepada Alang:
Alhamdulillah sudah menjadi Ummi dan anak yang baik.
Makanya, semoga Alang terus beristiqamah dalam mendekatkan diri kepada Pencipta.
Semoga Alang sentiasa berada di bawah limpahan kasih sayang dan rahmat dariNya.
Semoga Alang sentiasa bahagia.
(walaupun dah telefon tadi. hehe)

Kepada Kak Ain for her's becoming Birthday:
Akak... Terima kasih atas segalanya. Terima kasih sudi bersama-sama. Terima kasih banyak-banyak.
Doaku, semoga akak bertemu jodoh yang dapat membimbing dan membahagiakan akak.
Semoga akak sentiasa tabah dalam menjalani hari-hari yang penuh dengan dugaan ini.
Semoga akak bahagia dan berada di bawah perlindunganNya.

Amiin.

Sebab bulan special, ada video "Besday Song" yang diambil dari Youtube (kot).
Selamat mendengar dan menonton!! :)


p/s: selepas ini bukan entry besday lagi k. hehe insyaAllah.
p/p/s: masih dalam mood hepy. (n_n)

Thursday, August 12, 2010

aku terharu

salam Ramadhan kepada semua... =)

hari ini simple je.

Semalam, lebih kurang kul 8pm. Tetibe aku mendapat panggilan telefon. Ok! Aku gembira. Ehehe. Aku memang ternanti-nanti panggilan beliau. Kalau dia x telefon, aku yang akan telefon akibat rindu yang membuak-buak.

Ehe biasalah tukan. Tapi yang aku tak bleh blah tu, beliau telah membuatkan aku terharu. Around kul 8pm itu...

Korang tahu tak kira2 dalam waktu itu, apa yang berlaku??? Tak tahu. Meh aku bagitau.

PENGUMUMAN MENGENAI ANAK BULAN UNTUK SAMBUT RAMADHAN......!!!

perghhhh!! aku dah meleleh dah bile tetibe aku dengar dengan jelas pengumuman tu kat telinga nih. Beliau telah menguatkan suara tv dan mendekatkan telefon beliau di pembesar suara itu. Uhu~!

Dah rasa macam kat rumah dah... wawawawawa~~ :'(

papepun, thanx a lot Puan Ummi!!! =)
anda telah membuatkan saya terharu...huhu

p/s: Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Ummi. >.<

p/s/s: xtau kenape....smlm memang aku rasa sayu jer................airmata bergenang, tapi x nangis..

Friday, August 6, 2010

tak lama je lagi...

Salam Ukhwah.. =)

Ehe dah lama jari-jari ini tak exercise kat blog ini. Em bukan takda benda nak cite, tapi kesibukan telah menyerang. Hoho.

Ok2.. Lupakan benda yang dah lepas. hehe.. Tak lama lagi, kita da nak menyambut bulan yang berkat, bulan Ramadhan. Bulan yang sepatutnya kita raikan dengan penuh kesyukuran dan keramaian. Bulan yang menyimpan pelbagai rahsia dari Pencipta.

Antaranya, malam Lailatulqadar. Malam yang penuh rahsia. Malam yang memberikan kemuliaan kepada sesiapa yang terpilih. Semoga kita semua berada di antara orang-orang yang terpilih itu.

Sedih. Siapa yang tak sedih. Bila Ramadhan disambut tanpa keluarga di sisi. Sudah 3 kali berturut-turut aku menyambut Ramadhan di Unisains. Mungkin ini merupakan dugaan untukku. Mungkin bagi sesetengah pihak, benda ni nampak simple. Tapi aku rasa "something is not complete" or "something is going wrong somewhere". Mungkin sebab aku dah terbiasa menyambut dengan Puan Ummi dan Incek Abah pada tiap-tiap 1 Ramadhan. Masa mula-mula dulu, kekok kot. Sambut dengan roommate. Memanglah seronok juga sambut bersama kawan-kawan, tapi tetap ada rasa kelainan. Ingat lagi. Masa berbuka, roommate pandang aku, aku pandang roommate. Hahaha.

Nak tahu tak ape yang aku rasa best sambut kat rumah??
Camni:
Sebelum berbuka ituh, aku ngan Puan Ummi akan bertungkus lumus menyiapkan santapan berbuka nanti. Pastuh, tugas aku bermula! Delivery makanan ke rumah jiran-jiran terdekat. itu dulu lah..masa aku duk kat sana..masih kanak-kanak ribena lagi. Pastuh, aku terus pulang untuk duduk kat atas kerusi yang depannye meja dipenuhi dengan makanan. Hehe

Pastuh, Incek Abah turun untuk memulakan tahlil ringkas. Masa mula-mula Incek Abah buat macam itu, aku cam tak suka gak. Ehe sebab nak tengok tv. Isyh3 teruk kan? Tapi, bila dah hari-hari Incek Abah buat, aku lak yang panggil Incek Abah untuk turun cepat buat tahlil. Hahahaha. Alhamdulillah. =)

Pastu kitorang pun berbuka puasa. Kemudian diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah dan bersiap-siap untuk ke surau atau masjid. Balik umah je, selalunye, aku pergi cari makanan kat dapo. Pastuh bawa mkanan tu kat depan tv dan tgk cite yang best2. Dulu..ingat tv je kejenye. Aisyhhh! =_='

Papepun, tak kisahlah Ramadhan ini kita sambut kat mana, asalkan kita dapat keberkatan dan keampunan dalam  menjalani 30 hari untuk mengawal nafsu, meningkatkan iman dan memperbaharui diri ke arah yang lebih baik.

Ada kawan post kat FB,
"Nama sy Syaa'ban. Sy ingin mengingatkan anda bahwa jiran sy iaitu Ramadhan akn dtg mengunjungi anda x lama lagi bersama isterinya iaitu rezeki & kedua-dua anaknya iaitu sahur & iftar. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dgn menaiki Eidul Airlines. Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yg berlipat ganda!"

Ok. Kalau ada kesempatan, aku cerita lagi pasal Ramadhan ok. Wallahua'lam.

Wassalam.. =)

p/s: semoga semua orang bahagia!

p/s/s: baju raya dibelanja oleh kakak lagi.