SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA!! :)
Bersihkan minda. Sucikan hati. Semoga dirahmati.
10 Zulhijjah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Hari Raya AidilAdha ataupun Hari Raya Haji. Hal ini disebabkan hari ini sebilangan manusia mengerjakan Haji di Makkah alMuqarramah.
Bersyukur ke hadrat Illahi. Beruntunglah bagi mereka yang telah mengerjakan antara rukun Islam yang satu ini.
Aku? Emm belum berpeluang lagi. InsyaAllah, aku akan laksanakan jika diizinkanNya. Kamu juga ya. Berdoalah.
Oh! Memang sayu sahaja hati mendengar takbir yang dilaungkan.
"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka"
(Surah Ali Imran 3 : 97)
Ibadah haji sudah bermula awal bulan November hari tu. Sekarang, Ibadah korban pada waktu Haji pula sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S untuk mengorbankan anaknya sendiri Nabi Ismail AS.
Semoga, kita semua mengambil iktibar.
Boleh lawati laman-laman web yang tertera untuk mendapatkan maksud yang lebih mendalam.
http://usrahkeluarga.blogspot.com/2010/11/berusaha-dan-mengharap-pertolongan.html
Tak tahulah kenapa. Sedih sahaja hati ini hari ini. :'(
ya Allah ya Tuhanku. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.
Tak tahulah kenapa. Sedih sahaja hati ini hari ini. :'(
ya Allah ya Tuhanku. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.
0 org berkongsi rasa:
Post a Comment