Salam Kawan-kawan! :)
Hari ini nak buat segmen muhasabah sikit ye. Tadi, semasa sedang menaiki bas menuju ke panggung wayang tengok cerita Harry Potter, tiba-tiba teringat akan diri ini.
Dahulu, aku anak kecil. Sekarang, sudah besar.
Dahulu, aku dibuli. Sekarang, aku pembuli?
Dahulu, cepat marah. Sekarang, sudah menjadi semakin cool.
Dahulu, aku benci apabila orang melakukan itu. Sekarang, aku sendiri yang melakukan itu.
Pernah dengar quote nih, "Hate the sin, not the sinners"?
Suka ingatkan diri aku ni,
Jangan terlalu benci kepada seseorang itu, kelak mungkin, aku akan terlalu sayang padanya.
Jangan terlalu sayang kepada seseorang itu, kelak mungkin dialah musuhku tanpa diduga.
Itulah. Pesanan untuk diri,
jangan terlalu memandang seseorang itu dengan sebelah mata. Nanti, kamu yang tak da mata.
Jangan pernah nak selalu berada di atas, kerana mungkin kamu akan jatuh lagi sakit berbanding orang dah sedia ada kat bawah.
Putaran alam sentiasa berlaku. Nak tak nak, kamu kena hadapi dengan tenang dan tabah. Jangan biarkan perkataan 'mengeluh' menguasai.
Cuma tingkatkan kesyukuran kepadaNya. Ingat love letter dariNya,
"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur kepadaKu, nescaya Aku tambahkan nikmatKu kepadaMu, demi sesungguhnya, jika kamu kufur, azabKu amatlah keras"
(Surah Ibrahim 14 : 7)
Jadi, kawan-kawan, jika sekarang anda sedang berada di puncak, jangan segan-segan jenguk-jenguk kami di bawah ini. Kami tak minta banyak. Hanya renungan yang mendamaikan sahaja sudah memadai.
Kalau taknak renung dan tenung pun takpe. Senyumlah sebentar.
Tak luak pun duit anda yang berkepuk-kepuk itu.
Tak luak pun perfume anda yang mahal itu.
Tak luak pun.
Tak luak.
Sikit pun tak luak.
Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dan tidak lokek untuk senyum.
(n_n)
p/s: Cite Harry Potter best! Sapa yang tak pergi lagi boleh tengok walaupun anda bukanlah pengikut tegar cerita itu. Kalau 10, saya bagi 8. Hehe. Itu pendapat saya ye. :)
10 org berkongsi rasa:
salam...
betul tu..ada kisah kawan baik saya,
dalam kelas sering bergaduh degn seorang budak pompuan ini..pantang jumpa gaduh..benci memang laa..sampai tapi last2 jadi sayang..dan kahwin juga akhirnya..
Cikgu Sekamar Rindu:
Wassalam.
haha. aah mmg ye.
itulah kan. Jodoh, kita tak tau.
Entah2 jiran sebelah rumah macam yg Kak Nabilah cerita dlm entry dia. hehe. :)
somtyme kite slalu gaduh dgn musuh kita..
tp bila satu tahap,kwn yg dianggap musuh tulah kawan dunia akhirat kita actually...
ade org kate kite hidup ni mgikut hukum karma... jahat2 kita pon ade org lg jahat dr kite...
Encik Hysman:
hoho tau xpa. Jadi, bersederhana dalam meluahkan perasaan. Aeh, boleh ke gitu ek?
Oh macam tu ye maksud hukum karma.
Ingatkan kalau kita buat jahat kat org, kita akan dpt balasan balik. Hehe. :)
Jangan terlalu benci.
nnti jatuh cinta.
yg ni biasa jadi.
Mari Berbicara Hati Ke Hati :
New Entry : My Farewell Message
Kak Ayu:
aah kan. biasa dgr macam tu. :)
nur,
nape pgl akak?
umur bape ek?
Assalamualaikum wbt
Biarlah manusia mengikut rentak sistem yg sedia ada, asalkan kita tetap berpegang teguh pada AlQuran.
Dlm suatu hadis Nabi SAW yg diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah saw bersaba,`Ingat2lah sesungguhnya roda Islam itu sentiasa berpusing (ada kala atas dan bawah begitulah sebaliknya), maka kamu hendaklah beredar bersama2 dgn putaran Islam itu dimana2 dan bila2 masa. Ingat2lah akan nanti, AlQuran dan Kekuasaan kedua2nya berpisah, maka jangan sekali2 kamu meninggalkan kitab AlQuran`
hmm..betul tu...dalam hidup ni..kita kena sentiasa besederhana...satu lagi..jgn terlalu bermegah dgn apa yg kita ada..sesungguhnya semua itu hanya sementara.. :)
S.E.N.Y.U.M (^_^)
jom ke APA KATA HATI pulak,
PLAN TAK MENJADI
ayu:
alamak! baca entry yang lepas seperti mcm atas kita. hehe. umur 21.
umur ayu? maaf kalau lebih muda. hehe. :)
tajnur:
Subhanallah! terima kasih atas perkongsian. :)
betul tu. jika tak lari dari AlQuran dan AsSunnah, insyaAllah selamat.
terima kasih ingtkn. :)
Kak Nabilah:
hehe setuju dengan akak. apa yg kita ada, semunya pinjaman dariNya.
thanx kak! :)
Post a Comment