KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.
Showing posts with label what do you think?. Show all posts
Showing posts with label what do you think?. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Anak. Hargai Orang Tuamu.

Salam untuk sentiasa bahagia kawan-kawan! :)

Tadi, terjumpa video ni kat FB. Kak Nabilah pun ada post pasal video ini.


Tengok tak? Sedih kan?

Tapi itulah kita ni sebagai anak. Ada sahaja yang tak kena di mata kita. Lumrah manusia memang begitu. "Gajah di depan mata, tak nampak. Kuman di seberang laut, nampak"

Tak pernah nak menghargai orang yang paling rapat dengan kita.

Bila ibu dan bapanya seorang yang tegas....
Takut.
Tapi tak hormat.
Memberontak dalam hati. Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini.
Bila dah besar, buat hal masing-masing.
Benci pada orang tua sendiri.

Bila ibu dan bapa seorang yang baik...
Seronok.
Tapi, mudah buat sesuatu perkara yang menyakitkan hati mereka tanpa disedari.
Pijak kepala mereka.

Apabila berlaku sesuatu yang tak baik pada diri, mula menyalahkan.
Katanya, "ibu bapa aku tak pernah larang aku buat begini, buat begitu"


Ada je kan?
Memang sifat suka menyalahkan kah?
Kadang-kadang, terfikir, aku ni nanti nak jadi ibu bapa yang macam mana ye?

Apa yang penting, bersyukur dengan apa yang ada itulah yang terbaik. :)

Salam Ramadhan Kareem. Lagi 10 hari lagi. (n_n)

p/s 1: peringatan untuk diri sendiri. huhu.
p/s 2: update secara pantas. Tak sempat nak elaborate lebih. Feel free untuk kongsikan pendapat anda k. Kamsahamnida ^_^

Monday, August 15, 2011

Sependapat, Sefikrah

Salam Ceria kawan-kawan! :)

macam mana puasa? Ada yang dah ponteng? Ehem! Haha. Iman pula bagaimana? Makin naik atau sama level atau menurun?

haaa! itu yang bahaya. For me and myself, haisyhhh. banyak yang perlu diperbetulkan.

Masa hidup dan tinggal dengan kawan-kawan, mereka ada untuk saling mengingatkan. Baik zaman matrikulasi, universiti. Nak buat amal banyak-banyak pun best! Sebab ada geng. hehe. Bersyukur dapat dorang! ^_^ Padahal, benda ini semua boleh sahaja buat kan? Yang penting hati! Tapi itulah. Lemah betul!

Plus, kat rumah ni, macam-macam perlu difikir. Bukan keperluan diri sahaja. keperluan orang-orang sekeliling harus difikirkan juga. (huh! Alasan!) Padahal, abah ada je ingatkan. Tapi itulah... Entah. Isyh3 teruk betul!

Emmm puasa ini memang takda istilah tidur siang kan? Macam banyak je kerja. So, selain buat amalan-amalan sunat yang tak berapa nak banyak tu, aku sedang menghabiskan buku motivasi Dr HM Tuah-Ada Bagus. Dah lama terperap dalam bilik. Beberapa bulan sebelum puasa lagi dah beli. Tapi, tak khatam-khatam lagi.

Ada benda yang buat aku terfikir semasa membaca salah satu bab dalam buku itu.

"Bagaimana kita akan hidup nanti dengan orang yang tidak sependapat dan sefikrah dengan kita?"

Aku terfikir hal ini juga disebabkan keadaan orang-orang di sekeliling aku sekarang ini.

Dari sudut kawan, yes! Pasti tidak sebulu kan? Ada sahaja yang tak kena. Kita fikir lain. Dia fikir lain. Tapi, takpelah. Sebab kita masih punya kawan yang lain yang boleh bersama-sama. Kalau tak dapat kawan dengan Si Polan, dapat kawan dengan Si Pilin. Kan?

Tapi, bagaimana kalau sudah berumah tangga? Haaaa! itu yang jadi isu. Bila tidak sependapat dan sefikrah, rumah tangga jadi huru-hara. Macam-macam hal berlaku. Gaduhla. Apela. Itu yang tak sedap. Itu outcome yang mungkin boleh berlaku. Dan mungkin outcome lain, kita berubah seperti mana pasangan kita itu. Kalau pasangan kita baik, kita berubah jadi baik, tak jadi hal la kan. Tapi, kalau pasangan kita tak baik, kita pun berubah sama jadi tak baik, itu yang jadi masalah!

Macam kawan, kita boleh cari kawan yang sekepala. Tapi pasangan hidup semati ini, takkan kita terus nak tolak tepi kan? Itulah dinamakan ujian.

Jadi, macam mana kita nak hadapi ujian itu, semua bergantung pada diri kita sendiri. Kalau kita sendiri yang inginkan baik-baik, maka kita akan lakukan perkara yang baik-baik. Tapi, jika kita sendiri taknak berubah dan masih di takuk lama, maka hiduplah kita seperti itu.

Bila difikir-fikirkan, kita ni memang tak bersyukur. Ada sesuatu yang Allah ingatkan dalam setiap ujian yang Dia timpakan ke atas kita. Tapi, masih lagi lalai. Masih lagi terleka.

Tepuk diri, tanya akal dan hati.

Hari itu, ada seorang kawan lelaki bagi nasihat. Senior aku la lebih kurang. Dah bertunang. Dia kata macam ni,

"ape-ape pun nak cari kena cari yang sefikrah dengan kita, yang boleh tarbiah kita, yang boleh bimbing kita...dan nak bagi tahu..nak cari lelaki yang baik...carilah lelaki yang melayan ibu bapa dia dengan baik..insyaALLAH cik bella pun akan dilayan dengan baik..hehe.. =)"

Masa aku baca apa yang dia tulis tu, tersentap jap. Betul juga kan? Dia lelaki. Dia haruslah tahu sifat lelaki.

Ada kakak senior aku cakap,

"kalau kita nak yang baik, kita kena jadi baik dahulu. Jangan nanti asyik menyalahkan antara satu sama lain. Kamu nak, kamu usahakan dulu. Jangan nak tunggu dia yang buat dulu."

Betul juga. Jadi, nanti tak timbul isu "ko punya pasal la aku jadi macam ni!".

Yang baik ambil, yang buruk, abaikan.

Salam! :)

p/s: buka minda luas-luas.

Thursday, July 7, 2011

Ada Yang Masih Sayang.

Di update laju-laju. Haha.

Salam Ceria untuk semua!!! :)

Tiba-tiba teringat satu kisah ini.

Kak Y: Em kenapa tak pakai stokin?

.................. (Diam jap. Malu.) Aeh, akak perasan ea kita pakai stokin hari-hari? Hehehe. Stokin basuh kak. Yang lain kat tempat baju kotor. Pastu, ada satu lagi patutnya. Tapi, hilang sebelah. Ntah kat mana ntah. (Walaupun fakta, tapi ini semua alasan bukan? Huhuhu)

Kak Y: Em macam pelik bila tengok Bella tak pakai stokin. Carilah lagi sebelah tuh. Akak rasa macam nampak ritu.

Hehe ok. (still dalam mood malu. Hoho.)

Kak M: A'ah la Bella. Akak pun macam nampak ritu.

Hohoho. Tak sangka ada yang memerhatikan tindak tanduk aku (dan sayang aku). Padahal, aku baru je kenal beberapa bulan.

Apa-apapun, istiqamah harus ada walaupun untuk benda yang simple tapi ke arah kebaikan.

Kalaulah aku tidak ditegur, mungkin aku buat tak tahu je kot. Tambahan pula, masa ritu, musim hujan. Sangat malas nak basuh hari-hari. Oh. Aku ada banyak stokin. Cuma dah koyak. Tinggal tiga. Itu yang kena basuh hari-hari. Ntah. Tak berbelanja pun untuk itu. Huhu. Nampak sangat iman aku senipis bawang (mungkin lebih nipis dari itu).

Terima kasih Ya Allah kerana tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa menasihati aku, menyayangi aku dan mengingatkan aku terhadap suruhan dan laranganMu.

Alhamdulillah. :)

p/s: Mungkin sebab itulah Allah timpakan ujian dan dugaan kepada kita. Itu mungkin cara Dia menegur kita betapa alpanya diri kita dalam mengingatiNya kan? Itu juga tanda Dia ingat dan sayang kat kita. Sebab itu jangan mudah lupa untuk ucapkan alhamdulillah kepada Dia. InsyaAllah. (n_n)

Friday, June 24, 2011

Budak-budak vs Warga Emas

Salam Ceria kawan-kawan! :)

Alhamdulillah. I've got some fresh air this morning. No more sad. No more tears. InsyaAllah. Senyum-senyum. (n_n)

Ok. Hari ini nak berkongsi pandangan.

Sebenarnya, tiada beza yang banyak sangat pun antara Budak-budak dan Warga Emas ni. Sikap, hampir sama. Perangai, lebih kurang nak sama. Watak, adalah sikit-sikit. Hehe. Cuma, umur. Yes! Faktor umur yang membuatkan benda itu rasa lain. Selain itu, pengalaman hidup. Haha. Budak-budak mana banyak lagi pengalaman hidup.

Kalau budak-budak, boleh sahaja kita layan mereka 24/7. Sebab kononnya dorang comel. Sebab kononnya dorang tak faham sangat hal dunia-dunia ini. Sebab kononnya dorang masih belajar.

Same goes to Warga emas.

Mereka pun macam tu actually. Cuma, kita perasan yang dorang dah punya banyak umur, jadi, kita tak treat mereka sama macam budak-budak. Kita treat mereka macam orang dewasa. Kononnya tiada masa untuk bermain dan berseronok bersama warga emas. Ya! Itu mungkin silap kita.

Pernah dengar tak, "bila kita dah meningkat usia dan berumur (warga emas), perangai dan tingkah laku kita akan seperti budak-budak"?

Bila aku dengar ini, ya, ada betulnya.

Makanya, layanan kita haruslah sama seperti kita melayan budak-budak. Mungkin terasa berat sebab dorang petah berkata-kata. Bila kita mengutarakan begini, mereka akan menjawab begitu. Sebab, kononnya dorang dah melalui hidup ini semua. Jadi, ego itu mungkin wujud.

Sebab itu kita kena banyak-banyak bersabar.

Firman Allah SWT:

"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar"
(Surah An Nahl 16: 96)

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas"
(Surah Az Zumar 39: 10)

Tapi, tak semua macam itu. Sesetengah sahaja. Dengan berleternya. Dengan merajuknya. Semua itu kita harus pandai kawal. Macam mana kita boleh bersabar dengan budak-budak yang menyepahkan rumah dan pecahkan pasu bunga atau cermin antik, kita juga harus bersabar dengan perangai warga emas.

Mungkinlah. Kita akan marah. Tapi, cuba kawal kemarahan itu. Hoho. Ada satu kisah. Kisah benar. Kawan punya kawan.

...Ada sorang budak ini. Kat rumah dia ada seorang atok. Biasala kan. Orang tua. Macam-macam ragamnya. Ada sahaja tak kena. Yelah. Banyak pengalaman hiduplah katakan. Huhu. Nak dijadikan cerita. Satu hari tu, budak ni penat. Letih. Macam-macam masalah. Tiba-tiba si atok ini marahkan budak ini. Macam-macam dicakapnya. Budak ini tahan marah dia sampai merah padam kot muka dia. Pastu, dia terus ambil wudu' dan solat sunat.....

Sabar betul kan? Kalau kitalah, entah apa yang kita marahkan semula. Hehe. Aeh? Tapi, kita pun boleh jadi macam budak itu tau. SABAR! ^_^

Lain-lain hal, cubalah kamu gurau-gurau dengan mereka, pasti mereka suka. Mereka kan macam budak-budak. Sentiasa ingin dimanja dan diberikan kasih sayang. Padahal, sah-sah kita sayang kat mereka. Mungkin, lepas ini, kita boleh ubah cara meng'express'kan our love. Hehe. (Ingat untuk gf dan bf je ke, nak express love2 ni? Haha). Gunakan segala strategi dan taktik yang menambat hati. Pasti dorang tak sabar menanti kepulangan korang. Hihi.

Ingat! Nanti, kita pun akan jadi tua juga. Entah macam mana agaknya anak-anak kita layan kita nanti. Entah macam mana rajuk kita nanti. Mungkin lebih teruk.

"What you give, you get back"

Makanya, bersabarlah. ^_^

p/s: Pagi-pagi dah online? Oh. Ummi dan Abah tiada di rumah. Hihihi. Kerja? Dah siaplah. :)

update: Mungkin sebab itu lah kot orang selalu cakap....
"Menjaga anak sepuluh orang lebih senang dan disukai daripada menjaga ibu dan bapa"


Hoho. Sadis sungguh~ (T_T)

Tapi, again, kena banyak bersabar. Macam mana dorang boleh sabar dengan kita masa kita kecil, kita pun harus sabar dengan perangai mereka. :)

Wednesday, June 22, 2011

Mimpi Yang Dulu.

Salam Ceria! :)

Hey! Dulukan, saya ada mimpi pasal seseorang ini mendapat bahagia. Selepas mimpi itu, hati saya tersangat tenang. Bahagia je. Walaupun, mimpi itu bukan berkenaan dengan saya. Tapi, saya gembira.

Dan sekarang, macam terbukti, bahawa mimpi itu sudah menjadi kenyataan. Alhamdulillah. :)

Rasa seronok. Tak sangka pun ada juga. Haha. Mungkin mimpi yang dulu itu merupakan petunjuk. Kalau betullah merupakan petunjuk, Alhamdulillah. Amiin. :)

Saya pernah bercerita mimpi ini kepada teman saya, dorang kata....

"Selalunya, apa yang kita mimpikan itu, sebaliknya berlaku...."

"Mainan tidur je tu...."

Tapi, perasaan saya waktu itu hingga saat ini, saya yakin dengan mimpi itu. Sebab hati saya tenang. Walaupun masa itu masih tak tahu lagi sama ada ia adalah satu alamat ataupun mainan tidur.

Dan sekarang.............

Wallahua'lam.

Allah knows better. hehe. (^_^)

Thursday, April 21, 2011

Seminar yang Tidak Dijangka

Salam Kawan-kawan!! :)

Selasa dan Rabu ritu, tempat praktikal aku ni, diaudit untuk dapatkan ISO 17025:2005. Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM). Aku, takdelah involve fully. Tapi, still menolong mana yang mampu. Nak tolong lebih pun, tak berapa tahu lagi.

Sebab ini jugalah, minggu lepas, memang busy. Hehe.

Ntah macammana, tiba-tiba, hari Rabu (20 April 2011) itu, MPIB kena hantar wakil untuk pergi Seminar Kepenggunaan Halal di  Pusat Islam Iskandar Johor. Memandangkan bahagian PPH tidak boleh pergi sebab audit, makanya, kami ini dihantar ke situ. Woaaah!! Hati? Tentulah seronok.

Speaker yang terlibat dari JAIJ, MOH-Johor, Jabatan Standard Malaysia dan KPDNKK.

Jom kita usyar beberapa perkara yg dibentangkan.

#1 Isu Kopi Kluang Station.
Ok. Kopi ini memang buatan mereka sendiri. Kopi yang original dicampur dengan beberapa ingredients yang lain bagi menambahkan keenakan rasa kopi tersebut. Bahan-bahan yang dicampur ialah, butter Golden Churn (cap kerusi), gula dan garam.

Hasil siasatan Jabatan Kimia mendapati, di dalam butter Golden Churn itu yang menyebabkan kopi itu tidak halal bagi Muslim kerana terdapat DNA babi.

At first, memang tak percaya. Bayangkanlah! Selama lebih 70 tahun rasanya jenama butter tersebut digunapakai dan dikatakan TERBAIK!! untuk pembuatan kek, roti, biskut, aiskrim dan lain-lain. Tiba-tiba, ada DNA babi. Perghh!! Macam mana dengan darah daging kita?

Mungkin ramai yang tak percaya lagi. Sebab butter ini dijual sewenang-wenangnya bersebelahan dengan barang yang halal. Dan ramai lagi yang tak tahu. Tapi, ini telah disahkan sendiri oleh JAKIM.

Tanda cop halal juga bukan dari JAKIM. Kalau kita seorang yang teliti dan suka baca nutritional label, cop halal dari Australia. ICCV, Islamic Co-ordinating Council of Victoria. Padahal, ini merupakan antara satu logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM. Haisyh.

Terkejut? Hehe. So, masih nak gunakan? Kalau ada stock kat rumah/kedai, sanggup nak buang? Dengar, butter ini antara yang termahal dan terBEST kan? Sanggup rugi?

Mungkin, hal ini tak disebarkan kepada umum. Mungkin. Kalau dihebahkan, alhamdulillah.


#2 Produk-produk bertanda Halal
Ada seorang peserta ini sangat tak berpuas hati apabila salah seorang speaker beritahu berkenaan dengan laman web JAKIM yang hanya menghebahkan jenama makanan yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Bagaimana pula dengan yang tidak halal?? Macam mana nak memilih barang makanan yang halal?

Ini jawapannya dan aku setuju dengan jawapan yang diberi.

Makcik Timah yang jual goreng pisang, ada cop halal?
Pak Tam nasi Campur, ada cop halal?
Pak Talib pembuat keropok, ada cop halal?
Bro Mahmud penjual burger, ada sijil halal?

Takda kan. 

Tapi, kita masih lagi membeli dan memakannya tanpa ragu dan was-was. Sebab , kononnya, mereka itu penjual Islam.

Kalaulah, pihak JAKIM nak buat senarai tentang makanan yang tiada cop halal, bukankah lagi complicated?
Bukankah, Makcik Timah, Pak Tam, Pak Talib dan Bro Mahmud itu juga termasuk dalam list?
Dan boleh kirakah berapa banyak penjual pisang goreng, keropok, dan burger di Malaysia?

Fikir-fikir. Jangan hanya ingin menuding jari. Ko salahla. Ko tak beritahula. Ko tak itula. Ko tak inila.

Sebab itulah PENGGUNA perlu memainkan peranan yang penting. Sama-sama berusaha untuk mendapatkan makanan yang halal dan suci. :)

Ok. Itu antara perkara-perkara yang agak hot la.

Hal lain, lebih kepada pensijilan halal, logo halal, keselamatan dan kebersihan makanan dan lain-lain.

Papepun, memang best pergi sini. Oh ye! Kat Perak pun, akan adakan Seminar Halal pada 30/4/2011. Venue, tak sure. Nanti saya confirmkan dengan member.

MAKANAN YANG BAIK MEMBENTUK AKHLAK YANG BAIK.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan. Kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu"
(Surah Al Baqarah 2: 168)

p/s: Membuatkan aku bersemangat mendalami bidang yang sedang aku pelajari. Rupanya, banyak tanggungjawabku kepada agama. ya Allah. Terangkan hati-hati kami dalam mempelajari ilmuMu dan bantulah kami menjaga AgamaMu. Amiin. (n_n)

Thursday, March 24, 2011

Cerita

Salam Ceria! :)

Hehe ok-ok. memandangkan lagi 6 minggu nak habis praktikal ini, mohle hambo cite sikit-sikit tugasan yang hambo laksanakan.

Aku diberi tugasan kerja lagaknya seperti Research Official (R.O). Perghh! Kalau dapat gaji betul ni, heaven giler. Boleh beli blackberry ke takpun iPhone sebiji. Kalau dapat gaji la. Haha. Ni tak dapat gaji, so, diam-diam sudah. ;p

R.O ini macam kena invent atau produce new product la. Alahaiii. Aku ni, belajar pun tak habis lagi. Ada juga subjek yang yang penting, kitorang kena ambil masa Tahun 4 nanti. So, ilmu itu, tersangatlah cetek. Pengalaman pun kurang. Dalam resume, kemain lagi tulis, "ability to work without supervision". Wahaha~

Emm ok-ok. Aku akui. Aku memang boleh lakukannya bersendirian. Tapi, still, i need support from others who can give her/him opinion. That's will make me stronger and more confidence. (n_n)

Eceh!

Haha. Tak kisahlah. Benda itu semua, aku sudah lalui. Alhamdulillah. Kini, tinggal menganalisis makanan di makmal kimia dan mikrobiologi sahaja. Yuhuuuu!! Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amiin.

Nak tahu tak produk ape yang aku invent??

...PINEAPPLE FLAKES...


Dia: mamabila buat apa?
Aku: kerjalah. takkan bermain-main kot. haha
Dia: haha yelah. buat produk apa?
Aku: Flakes.
Dia: aeh. Boleh ke mamabila buat?
Aku: amboi! Ingat mambila reti masak air jeke? Hahahaha
Dia: Haha. Ingatkan macam tu je.
Aku: Tengoklah mak sedara siapa ni. *nada berlagak*
Dia: Ceeeh!

Tuesday, March 22, 2011

Tak Mengenali, Tidak Semestinya Tak Memahami

Salam Bahagia kepada Semua!! :)

Alhamdulillah. Terasa ingin mencoretkan sesuatu di sini hari ini. Banyak peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini membuatkan pemikiran semakin terbuka. Rasanyalah. Hehe.

Maaf juga pada Kak Nabilah (pengunjung dan pengomen tegar blog ini. hehe). Huhu. Takda story la kak. Plus, takda masa nak menaip. Papepun, terima kasih kak! (n_n) Entry ini pun terhasil sebab akak dan ilham dariNya. hehe.

Emmm ok. Jom story mory sikit.

Ada kawan yang kata memahami kita, tetapi, dia hanya mendengar luahan hati kita. Ada juga yang hanya mendengar dan membaca cerita kita melalui telefon atau jalur wayar tanpa lebar, tetapi, menyelami hati kita. Banyak orang. Banyak juga ragamnya. Pening ke? Jangan pening-pening. Normal lah tu.

Tapi, ini bukan untuk mencari siapa salah, siapa betul, siapa faham, siapa tidak.

Orang disekeliling kamu ialah apa yang kamu fikirkan walaupun kamu hanya dapat menatap namanya sahaja.

Aku rasa ini. Orang yang mengenali kita, kadang-kadang tak betul-betul memahami kita. Sama ada kita yang tak memahamkan mereka atau mereka yang cuba nak faham kita tapi tak membuka minda secara jelas dan terang. Jadi, tak dapatlah nak faham kita.

Oleh kerana itu, bersederhanalah dalam membenci seseorang. Mungkin, orang yang anda tak kenali itu, memahami anda lebih daripada orang yang mengenali anda.

p/s: saya seorang yang ganas dan tak romantik. Percaya? haha.

Thursday, March 3, 2011

Bercinta Hingga ke Syurga

Salam untuk mendapat bahagia! :)

Alhamdulillah. Menaip lagi saya di ruangan maya ini.

Oh. Cinta itu memang indah kan? Terasa ingin dicintai dan mencintai. Ops! Terjiwang lak ye. Haha. Takda-takda. Gurau. Lagipun, cinta itu fitrah. Cinta kepada ibu dan bapa, kaum keluarga, sahabat taulan, jiran tetangga dan orang sekeliling.

Tapi, semestinya, cinta yang paling Agung ialah CINTA KEPADA ALLAH dan RASULULLAH. Memang tak dapat dinafikan lagi lah kan. Tetapi cinta ini, sangat mahal dan susah untuk mendapatkannya. Hanya DIA sahaja terlalu mengasihi hambaNya. Tetapi, kita sebagai hamba suka membuat DIA cemburu, terluka dan sedih dengan sikap sambil lewa kita. Padahal, DIA yang menyuburkan rasa cinta itu dalam diri kita. Jadi macam mana kita nak dapat cinta sesama insan yang lain kan? Jika kita sudah mendapat cinta sesama manusia itu, bersyukurkah kita? Masih ingatkah lagi kita kepadaNya? Renung dan muhasabah diri kita sendiri.  :)

Hehe. Ok-ok. Tak mahu serius sangat. Sebenarnya, nak share doa ini. Aku jumpa doa ni, lama dahulu. Terperap dalam draft. Malu nak publish. Tiba-tiba hari ini semangat nak bercinta. Tu yang publish. Haha.

Emm siapa yang taknak bercinta hingga ke syurga kan? Semua nak. Kalau nak, sila senyum manis-manis sambil berdoa dalam hati. (n_n)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
"...Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami imam (pemimpim) bagi orang yang bertaqwa."
(Surah al-Furqan 25 : 74)

Ya Allah…

Kurniakanlah kami pasangan yang soleh…
Yang menjaga dirinya…
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya…
Yang sentiasa memperbaiki dirinya…
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
Yang baik akhlaknya…
Yang menerima kami apa adanya…
Yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…
Kabulkan ya Allah…
Kerana hati kami teramat lemah…

Ya Allah..
Kami mohon ampun atas dosa selama ini
Dosa-dosa kami..
Andai tak menjalankan perintahMu
Andai tak pedulikan NamaMu
Andai tenggelam melupakan diriMu

Ya Allah..
Sempatkanlah kami untuk bertaubat
Untuk hidup di jalanMu
Untuk penuhi kewajipanku
Sebelum tutup usia ini..
Sebelum kami kembali kepadaMu..

Ameen ya rabb.. :)

Sumber: [link]

Ah! Indah betul. (n_n)

Tepuk pipi sendiri. Layakkah aku?

Saturday, January 22, 2011

Kasihan Perempuan.

"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Salam. :)

Apa-apa ikatan, baik pertunangan mahupun perkahwinan, tidak menjamin seseorang itu milik kita. Apatah lagi, pasangan couple.

Apa yang perlu ditekankan di sini, "dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita kembali".

Yakinlah, bahawa setiap yang ada di bumi, adalah milikNya yang Satu. Kita sebagai hamba, hanya meminjam seseorang itu untuk menyandarkan kasih sayang kita kepada makhluk ciptaanNya. Bukan untuk memuja dan dipuja. Bukan untuk menjauhkan diri dariNya, malah mendekatkan lagi hati ini terus kepadaNya.

Itulah ikatan yang suci dan diredhai. InsyaAllah.

Apa gunanya ikatan jika hanya untuk bermegah-megah dan tidak mahu nampak seperti orang yang tak laku, jika akhirnya keseorangan kembali?

Ikatan akan lebih utuh jika ada 3 prinsip dalam hidup seseorang itu.
1. melakukan itu semata-mata kerana Allah SWT
2. bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.
3. memenuhi tanggungjawab masing-masing dengan disulami sifat jujur, percaya antara pasangan dan menjaga diri dengan baik.

Boleh jadi, pasangan berkahwin, bercerai. Pasangan tunang, putus tunang. Pasangan bercinta, putus kasih.

Kerana apa????

Semuanya disebabkan fitnah wanita yang melebihi fitnah lelaki. Kerana silap dan salahnya seorang perempuan itu. Memang tidak dinafikan, lelaki juga salah kerana tertarik dengan PEREMPUAN yang lain. Tapi, still perempuan juga menjadi fitnah terbesar untuk seorang lelaki itu.

Lelaki takkan tergoda jika PEREMPUAN tidak menggoda.
Lelaki curang disebabkan wujudnya PEREMPUAN yang lain.

Semuanya berkenaan PEREMPUAN. Jika kita tidak menjadi PEREMPUAN yang membawa fitnah, kita menjadi mangsa kepada PEREMPUAN yang membawa fitnah. Itulah lumrah kehidupan.

Menjadi perempuan, banyak perkara yang perlu dijaga. Bukan setakat luarannya supaya nampak molek, malah dalaman juga harus diambil kira.

Perempuan yang tak baik dan tak elok dipandang enteng. Tetapi, lelaki yang tak baik dan tak elok, orang tak kisah mana. Ada juga disebut, untuk melahirkan anak-anak yang soleh/solehah dan cerdik pandai, haruslah dilihat kepada ibunya. Jika ibunya baik, insyaAllah, pasti anaknya juga baik. Itu hanyalah salah satu faktor sahaja. Tetapi, janganlah terus menuding jari kepada ibu jika anak tidak pandai, anak itu biadap. Mungkin ada faktor lain juga yang menyumbang kepada perkara tersebut. Si bapa juga harus melaksanakan amanah yang sama.

Tugas bapa:
1. mencari pasangan (ibu kepada si anak) yang solehah.
2. menamakan anak dengan nama yang baik.
3. memberi keperluan makanan, pakaian dan sesemua itu dengan menggunakan rezeki yang halal.

Yang penting, jangan cepat melatah.

Perempuan.......
Apabila kecantikannya dipuja, bau wanginya ditegur, auratnya kelihatan
semuanya mengundang fitnah kepada lelaki dan diri mereka sendiri.

Lihat! Terlalu banyak perkara perlu dijaga oleh seorang yang bergelar PEREMPUAN/WANITA.

"Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
Surah An-Nur 24: 26



Ya Allah. Diri ini tersangatlah tidak sempurna.

Sunday, January 9, 2011

Perempuan dan Lelaki

Holla~~

Assalamualaikum. :)

Dah banyak aku dengar cite dan tengok drama melayu/korea/jepun/china. Rata-ratanya kes pasal perempuan atau lelaki yang sudah berpunya dingorat oleh lelaki atau perempuan yang lain.

Semalam ada gak aku tanya pandangan kakak aku. Mungkin betul kot. Emmm.

Konklusi kitorang: Perempuan dan lelaki yang sudah berpunya ni, lagi, lebih menarik.

Sebab tu lah kot bila pasangan bercouple, mesti ada kes dengki mendengki, cemburu dan etc.

Apebende yang menariknya ye? Aku macam tertanya-tanya. Kenapalah tak tengok atau cari perempuan/lelaki yang belum berpunya? Kenapa nak juga kepada yang sudah berpunya? Best ke tengok orang bergaduh? Best ke nak dpt title "Best man's/woman's win" tuh? Ceeh!!

Pastu kan, bila yang si sudah berpunya tuh berpaling tadah, si gatal+miang tadi pun tinggalkan yang si sudah berpunya tuh. Haaa! Tak ke haru tu?

Dorang ni, just nak nampak gah ke? Apelaaaa! Aeh. Ter-emo pula ek. Hahaha.

Pastu dramatik lagi, si sudah berpunya yang ditinggalkan oleh si miang+gatal tu, merayu nak kembali semula pada spouse yang lama. Memang makan dalam la kan. Pooodaah! Ko dah sedap-sedap sakitkan hati orang, memadu kasih dengan orang lain, ko nak kembali semula? Ingat senang ke? Please lah.

Senang cite, dah jumpa yang sesuai, terus kahwin. Tapi, problem gak ek bilamana baru sedar yang sebenarnya tak kena dengan jiwa. Aisyh. Apa-apapun, semua kembali pada hati, perasaan bertanggungjawab dan perbuatan yang dilakukan itu semata-mata kerana Allah. InsyaAllah, jika semua bertunjangkan pada paksi agama, dan bukannya nafsu, pasti ada habuan yang menanti. Berdoalah banyak-banyak k. :)

Masalah perempuan dan lelaki ni very common la. Rasanya, semua orang pasti akan merasainya. Mungkin pahit, manis, masam, masin, umami (ops!) dan segala jenis rasa itu yang berbeza. Cuma yang paling penting, pengalaman! Pengalaman itulah pengajaran dan pembelajaran yang paling berharga dan takkan dapat dari mana-mana.

Mungkin kerana pengalaman itu jugalah, menjadikan diri menolak perasaan cinta jauh-jauh. Kalaulah ada seseorang yang sudi melembutkan hati yang keras ni semula, aku sangat berterima kasih padanya. Dan insyaAllah, orang itu akan menjadi my spouse for my entire life (dunia dan akhirat) macam Puan Ummi dan Incek Abah, macam arwah Tok Ayah dan Tok Mak, macam arwah Tok Wak dan Tok Dayang, dan yang paling utama, seperti junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah A.S. Sweet kan? :)

Tapi, ada juga yang berlaku pada pasangan yang sudah bertahun-tahun berkahwin digoda orang lain. Semua itu ujian daripadaNya. Mungkin juga sudah tertulis di Lauh Mahfuz.

Tapi, diingatkan supaya jangan pula mudah berputus asa. Kalau masih boleh diselamatkan, cubalah berbincang baik-baik. Solat istikharah.

Jadi, memang betul ea orang yang sudah berpunya lebih menarik, tertarik ko memang da bomb??

Kalau macam tu, kesian la pada yang belum berpunya kan. Sampai ke sudah tidak berpunya. Sebab itulah ada yang berlakon (couple contract) konon-konon dah berpunya supaya mudah dapat jodoh. Last-last, teman dia yang berlakon tu fall in love. Ah dunia! Macam-macam kan. Hehe.

Korang rasa??

don't judge the writer by its written: tiada kaitan dengan yang hidup mahupun meninggal dunia. Wahahaha~

Saturday, January 1, 2011

Tackle

Salam 2011! :)

Semua manusia di dunia meraikannya. Bagi umat Islam di dunia, kita sudah lama menyambut tahun baru. Apa-apapun, kita menggunakan kalendar Masihi ini untuk urusan rasmi. Apa salahnya menyambut kan? Tapi, cara menyambut yang bagaimana itu yang berbeza. Semoga bulan September 2011 tiada khabar mengenai bayi ditinggalkan kesejukan ke apa la hendaknya.

Ada juga yang menyambut kelahiran ye? Alhamdulillah. Umur anda bertambah. Kalau tak silap, bayi-bayi yang lahir pada 31 Ogos akan dapat hadiah kan? Bayi-bayi yang lahir pada 1 Januari, dapat hadiah juga tak? Curious ni. Hehe. :)

Op! Kembali ke tajuk asal ye. Korang tahu tak 'tackle' bola? Istilah itu sama cam menggelecek la. Tapi, anak sedara aku guna 'tackle'. Entah betul, entah tidak. Memandai je dia kan? Haha. Mak Sedara dia ni pun, ikut je. Alahaaaiii!

Tapi, aku taknak cite tackle bola ke ape. Cuma aku cam terasa nak 'tackle' orang untuk dijadikan calon suami je. Err. Boleh ke ek? Hahaha. Merepek betul.

Oklah. Baik aku stop dulu. Kang melalut tak ingat dunia. Isyh3.

p/s: Apabila kakak ku yang seorang lagi ini berkahwin, sudah pastilah aku akan menjadi, "the apple of an eyes for my family" kan?? Waahhhhh!! *wink3*

Friday, December 3, 2010

Ibu Bapa Satukan Kita

Salam sahabat sekalian. :)

Entahlah. Tadi, tetibe terfikir satu perkara.

"Ibu bapa menyatukan adik-beradik"

Ada satu keluarga ni, boleh bercerai berai kena kematian kedua orang tua. Isyh3. Biasakan berlaku? Realiti alam. Apabila ibu bapa dah tiada, adik-beradik mula membuat hal masing-masing.

Ada yang sibuk menguruskan rumahtangga.
Ada yang sibuk bekerja.
Ada yang sibuk sambung belajar.
Ada yang sibuk nak memungut harta pusaka.
Masing-masing sibuk
SIBUK!!
Sibuk dengan hal dunia.
Kemana hilangnya ukhwah yang terjalin sebelum kematian mereka?

Hati ini sedih.
hati ini pilu.
Hati ini sayu.

Adik beradik tidak bertegur bila berselisih jalan. Adik beradikkah namanya itu?

Isyh3. Puan Ummi dan Incek Abah sering mengingatkan kami adik beradik untuk sering mengambil berat antara satu sama lain.

Semoga ukhwah antara kami adik beradik tetap utuh dah kukuh. InsyaAllah.

Ukhwah fillah. (n_n)

Doa Rabitah:

Sesungguhnya Engkau tahu
bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

p/s: doa ini juga untuk semua teman-temanku. Amalkan bersama ok. :)
p/p/s: Ingat ye adik beradik sekalian, kita dari uri yang sama. Perut yang sama. Darah yang dikombinekan dari darah jenis yang sama. Jangan menjauhkan diri walau melakukan kesilapan.

Friday, November 26, 2010

Roda Dunia Sedang, Akan dan Selalu Berputar

Salam Kawan-kawan! :)

Hari ini nak buat segmen muhasabah sikit ye. Tadi, semasa sedang menaiki bas menuju ke panggung wayang tengok cerita Harry Potter, tiba-tiba teringat akan diri ini.

Dahulu, aku anak kecil. Sekarang, sudah besar.
Dahulu, aku dibuli. Sekarang, aku pembuli?
Dahulu, cepat marah. Sekarang, sudah menjadi semakin cool.
Dahulu, aku benci apabila orang melakukan itu. Sekarang, aku sendiri yang melakukan itu.

Pernah dengar quote nih, "Hate the sin, not the sinners"?

Suka ingatkan diri aku ni,
Jangan terlalu benci kepada seseorang itu, kelak mungkin, aku akan terlalu sayang padanya.
Jangan terlalu sayang kepada seseorang itu, kelak mungkin dialah musuhku tanpa diduga.

Itulah. Pesanan untuk diri,
jangan terlalu memandang seseorang itu dengan sebelah mata. Nanti, kamu yang tak da mata.
Jangan pernah nak selalu berada di atas, kerana mungkin kamu akan jatuh lagi sakit berbanding orang dah sedia ada kat bawah.

Putaran alam sentiasa berlaku. Nak tak nak, kamu kena hadapi dengan tenang dan tabah. Jangan biarkan perkataan 'mengeluh' menguasai.

Cuma tingkatkan kesyukuran kepadaNya. Ingat love letter dariNya,

"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur kepadaKu, nescaya Aku tambahkan nikmatKu kepadaMu, demi sesungguhnya, jika kamu kufur, azabKu amatlah keras"
(Surah Ibrahim 14 : 7)

Jadi, kawan-kawan, jika sekarang anda sedang berada di puncak, jangan segan-segan jenguk-jenguk kami di bawah ini. Kami tak minta banyak. Hanya renungan yang mendamaikan sahaja sudah memadai.

Kalau taknak renung dan tenung pun takpe. Senyumlah sebentar.
Tak luak pun duit anda yang berkepuk-kepuk itu.
Tak luak pun perfume anda yang mahal itu.
Tak luak pun.
Tak luak.
Sikit pun tak luak.

Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dan tidak lokek untuk senyum.

(n_n)

p/s: Cite Harry Potter best! Sapa yang tak pergi lagi boleh tengok walaupun anda bukanlah pengikut tegar cerita itu. Kalau 10, saya bagi 8. Hehe. Itu pendapat saya ye. :)

Saturday, November 20, 2010

Dunia Tanpa Sempadan.

entry dibuat dalam keadaan tengah marah, geram dan berbagai perasaan!

Kalau dulu, semua orang mengagungkan slogan seperti tajuk di atas tu. Tapi, sekarang ini, cuba kita imbas balik apakah kebaikan world without boundary nih apabila..................

Privacy kita bukan lagi privacy???
Kisah hidup kita bukan hanya keluarga sahaja yang tahu????
Gambar-gambar kita menjadi tatapan mata-mata liar di luar sana???

Oh! Dunia sekarang makin melampau! Makin menakutkan! Scary and creepy!!

Tadi blogwalking. Jumpa satu blog yang mempamerkan gambar-gambar WANITA sahaja. Ditekankan sekali lagi, gambar WANITA. Ye!! Gambar kamu wahai perempuan. Aku takkan link kan blog itu. Sebab, aku taknak sebarkan lagi benda yang sudah tersedia tersebar.

Kamu tahu?? Aku sedih sangat tau. Sedih. Bayangkan lah gambar kita, kawan-kawan kita, kakak-kakak kita ada kat dalam blog tuh, dan menjadi tatapan mata-mata liar. Mereka mungkin menjamah setiap inci gambar itu. Sadis! Sangat sadis!!

Di mana hilangnya sifat malu yang sudah tersedia ada dalam diri seorang perempuan?? Di mana?

Dari sudut pandangan mata kasar aku, gambar itu seperti diambil dari laman sesawang Facebook. ye!! facebook. Sesuka hati je tuan punya blog itu. Tapi, aku tak tahula pula kalau sudah mendapat keizinan dari pemilik gambar itu. Huhu.

Boleh tak, kalau aku minta kawan-kawan aku tolong deletekan gambar korang yang ada dalam facebook itu? Boleh tak? Satu sahaja aku minta.

Aku minta korang buat ni, sebab aku sayang kat korang. Kalau aku tak sayang, aku biarkan sahaja korang letak gambar itu. Huhu.

Aku ada terbaca satu artikel. Tapi, maaf, sumber tak ingat. Dalam artikel itu ada menyebutkan,
"sekali kita dah uploadkan gambar kat public, maknanya, kita sudah bersedia untuk membiarkan gambar kita di'copy-paste' oleh pihak yang dapat melihat gambar itu."

Waaaaarrrggghhhhh!!!! Takut! Korang tak takut ke?

(T_T) Mungkin ada yang nak menyatakan, even kita dah buang, tapi kawan kita yang lain masih mengupload gambar kita. Jadi, sama sahaja.

Memang kawan. Memang. Aku tak nafikan. Tapi, biarlah usaha kita yang sedikit ini mampu untuk menghalang diri dari terus melakukan dosa.

Ada terbaca satu buku. Dalam buku itu ada menyebut, berkata Imam Syafi'e:
"Barangsiapa yang tahu itu merupakan kesalahan tapi masih melakukannya juga, maka itu dianggap dosa"

Wallahua'lam.

Aku pun takut. Iman ku juga setipis bawang. Mungkin lebih tipis dari itu. Huhu.

Tegurlah aku kalau aku ada buat silap. Kita saling tolong-menolong ye. Please. Please. Please. Aku merayu sungguh-sungguh ini.

*mata yang penuh pengharapan*

Gambar aku, kamu yang comel-comel itu, kita simpan untuk kenangan kita bersama ya. Biar bakal suami kita, rakan-rakan terdekat dan kaum keluarga sahaja yang dapat lihat. Kalau teringin nak masuk kan juga, masukkan la gambar secara berjemaah. Kalau tak nampak jelas pun takpe. Aeh? Huhu.

Takpe. Kita tak perlu nampak cantik di mata manusia. Biarlah kita nampak cantik di mata Dia.

InsyaAllah.

Ya Allah. Kami mohon kepadaMu supaya tetapkan iman kami, kukuhkan akidah kami, lindungi kami dari bisikan syaitan-syaitan durjana, dan selamatkanlah kami dari azab seksa neraka jahanamMu ya Allah.
Sesungguhnya kami tahu, Engkaulah sebaik-baik pelindung.
Amiin.

p/s: Hati masih ragu. Hati masih bimbang. Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang?

p/p/s: Mampukah aku menghadapi dunia yang semakin penuh jalan berliku ini?

Aku serahkan urusanku kepadaMu ya Allah. Engkau lebih Maha Mengetahui.

Tuesday, November 16, 2010

Plagiarism Makin Menjadi.

Salam Sahabat-sahabat alam mayaku. J

Sudah jadi habit lak bagi aku untuk mencoret rasa hati walaupun sedikit. Hehe.

Emm kembali kepada tajuk utama aku, aku pun tak faham kenapa boleh muncul manusia yang cuba menciplak hak asasi manusia lain. Korang pelik tak?

Tak dinafikan la, rata-rata yang mereka ciplak tuh dari blogger-blogger yang mempunyai  pengikut yang ramai.
Mungkinkah beliau inginkan pengikut yang ramai juga??
Mungkinkah inginkan kepopularan seperti blogger-blogger itu??
Mungkinkah kejelsan dengan cerita kehidupan yang dipaparkan oleh blogger itu??

Isyh3.

Aku terfikir berkenaan dengan entry dari Adik Aizbatucampur suatu ketika dahulu (tapi beliau sudah tidak jadi blogger lagi. Atas urusan yang lebih utama. Semoga beliau berjaya di luar sana). Beliau ada cakap fasal hal ini. Beliau pun tak berapa suka jika blogger hanya ingin mencari populariti.

Eh, kenapa harus meniru gaya? Tak best tau. Jadi diri sendiri sudah. Kalau anda seorang yang memang peramah, anda mudah sahaja didekati. Kan best itu? Kalau tak pandai beramah-mesra, cuba-cubalah. Tapi, jangan sampai terlebih-lebih pula.

Tahu atau tidak kepuasan menulis kerana diri?
Tahu atau tidak menulis bukan kerana nama itu best?
Tahu atau tidak kalau menulis dari hati kita sendiri itu akan melegakan perasaan dalam diri?

Emm. Aku pon tak reti nak ulas panjang-panjang.

Tapi, korang rasa bahagia ke dapat tiru macam orang popular itu?
Kenapa kita mahu orang memandang HEBATnya kita?
Kenapa kita tak pernah nak nampak HEBAT di mata Allah??

Astaghfirullah.

Cubalah jadi diri sendiri.

Kamu pun tak penat untuk menipu pada diri.

Jom kita sama-sama hilangkan perasaan dendam, busuk hati, iri hati dan sifat-sifat mazmumah dalam diri.

Tahu tak, kalau hati kita tiada perasaan itu, hidup pun bahagia je. Senyum sahaja. Tak perlu nak runsing-runsingkan kepala untuk memikirkan cara menciplak dan mengikut cara seseorang itu.

Nasib baiklah blog aku tak popular dan ayat-ayat aku pun, ayat budak sekolah menengah sahaja. Kalau tak, mesti dorang nak tiru jugak kan? ;p

Ops! Ini hanya pandangan aku sahaja.

15NOV2010
10.13PM

p/s: oh ya! Semalam tak tahu kenapa. Line tak ok sangat. So, tak dapat nak update. :)

Sunday, November 14, 2010

Oh Cinta!

Salam Sahabat Sekalian. :)

Alhamdulillah. Baru ada peluang nak update. Eceh! Macam sibuk benar sahaja.

Oklah. Mesti sesiapa yang baca entry semalam terkejut bukan kepalang aku cerita pasal impian cinta yang aku dan mungkin kamu idamkan. Hehe. Bagi pengetahuan kamu semua, bukan setakat blog sahaja, dalam FB pun aku ada post ayat yang berunsur cinta juga. Tapi, bukan "Aku Mahukan Cinta" la yang pastinya. hahaha. Kang tak pasal-pasal aku dilabel sebagai desperate lak. Aigooooo~~ Jangan salah faham.

Itulah manusia. Mudah sahaja melabel orang itu dan ini tanpa mengetahui hujung pangkal cerita. Isyh3. Not nice. Jom kita buang sifat itu bersama ok? :)

Sebenarnya, akhir-akhir ini, beberapa orang kawan aku mengadu berkenaan cinta mereka. Ada yang hampir nak break lah. Ada yang menanggung sakit rindu lah. Dan macam-macam lagi. Secara tak sengajanya, aku telah melibatkan diri dengan kisah mereka itu. Maka, terlahirlah entry yang sebelum ini.

Penyakit yang paling teruk ialah penyakit cinta. Sesiapa yang terkena penyakit ini haruslah kuat menghadapinya. Hal ini kerana, doktor pun tiada ubatnya. Bahaya kan? Penasaran jadinya.

Aku pernah terkena penyakit ini. Biarlah itu menjadi sejarah dan aku takkan ulangi lagi. Sangat perit. Mungkin sebab hal itu, aku kembali menjadi Dr Love. Aku kembali menjadi diri aku yang asal. Haha. Kadang-kadang, macam pelik je. Yelah. Cinta aku pun tak sampai kepada yang menghalalkan, ni nak beri nasihat kat orang lain pula.

Emmm. Aku putus pun, sebab aku juga kot. Antara satu sebabnya lah. Yelah. Aku takda maknanya nak bermanja-manja dengan dia. Haha. Mestilah dia sakit hati je ngan aku. Pastu, takda maknanya nak jumpa selalu. Kalau dekat pun tak jumpa, apatah lagi bila aku di Penang dia di ... . Haha. Nasib kamulah. Siapa suruh jadi couple sebelum nikah. Masa mula-mula couple dulu, aku dah beritahu yang aku akan sayang seorang sahaja lelaki bukan muhrim dan itulah yang akan menjadi suamiku. Memang impian aku masa sekolah lagi. Dia kata dia faham. Tapi, tak sangka, rupanya hujan di tengah hari. Alhamdulillah. Aku bersyukur.

Oleh sebab itu, aku nak minta maaf kepada bakal suami aku nanti kerana aku pernah memberi hati kepada yang tidak halal bagiku. Huhu. Aku harap dia faham dan akan menerima seadanya aku.

Aku juga bertekad bahawa aku tidak akan percaya lagi janji manis seorang yang bergelar lelaki selagi belum dia halal untukku. InsyaAllah. Sesungguhnya, Allah lah yang memegang hati-hati kita semua dan lebih Maha Mengetahui. Aku redha dan pasrah dengan jodohku dariNya.

heh? Kenapa aku bercerita akan hal ini? Entah. Aku pun tak tahu. Gerak hati sahaja.

Tapi memang. Setiap tahun, setiap yang bergelar remaja, pasti akan terjebak dengan hal ini. Tak kisahlah sama ada secara rahsia mahupun terang-terangan. Cinta itu fitrah. Tapi, bagaimana kita mengawal cinta itu? Haaa yang itu kita tak tahu.

Setiap orang akan melalui proses pembelajaran mengenal cinta. Mungkin berdasarkan pengalaman sendiri ataupun pengalaman orang lain.

Pernah juga dengar bahawa "orang yang cerdik ialah orang yang belajar melalui pengalaman orang lain". Entahkan betul atau tidak.

Just explore yourself.

Oklah. Sedikit pesanan dari aku yang masih belajar:

Bagi yang sedang hangat bercinta,
aku harap korang cepat-cepat kahwin supaya lepas kahwin nanti takdalah hambar je.

Bagi yang tiada cinta lagi,
jangan risau. Berdoalah. Kalau sudah sampai waktu, kamu akan berjumpa dengan yang sesuai. Tapi, kena berusaha juga ye.

Bagi yang bercinta secara rahsia,
bagus-bagus. Haha. Selepas dah kumpul duit, terus pinang si Gadis ok. Takyah couple-couple. Buat simple-simple sudah. Takyah membazir. Perkahwinan yang diberkati ialah mahar yang murah. Tapi, better confess dahulu. Kalau dia jodoh kamu, pasti takkan kemana. Kalau tiada, pasti ada yang terbaik sedang menanti.

Eceeewaaah!

Ok-ok. Sampai sini dahulu ye. Sedikit perkongsian dari aku yang kurang sempurna ini. Semua ini based on my experience and others. Terima kasih sudi baca.

Renung-renungkan dan selamat beramal. (n_n)

Saturday, October 30, 2010

Dia lebih tahu.

Oh. Saya sangat rajin hari ini. Haha.

Ok. Sedikit muhasabah.

Aku terfikir. Patutlah Allah merahsiakan jodoh, kematian, etc yang telah ditentukan untuk kita.

Oh. Bukan apa. Sedang enak menikmati makanan tengahari tadi, aku macam tiba-tiba nak layan movie. (Bukan memang aku dah buat macam itu ke?Haha) Pastu, nak dijadikan cerita semua movie dalam folder, aku dah tengok. Klik cerita ini, dalam otak aku dah terbayang dah apa ending dia. Hampeh! Klik cerita itu, dah nampak aksi yang akan ditayangkan. Ceeeh! Klik cerita lain, aku dah tak saspens bila part yang saspens. Aduuh!

Tak best! Sangat tak best!

Kelmarin, aku ada tengok cerita kartun tajuk dia, "Meet The Robinsons". Perghhh! Best cerita ini. Masyuk! Siap post kat FB lagi pengajaran yang aku dapat melalui cerita itu sampai terkantoi dengan kakak aku yang aku duk layan movie bukan study. Hahaha. Malu kot.

Dalam cerita itu, dia buat timing machine. Alaaa yang macam Doraemon ada, 'Poket Masa'. Aeh! pepandai je aku bagi nama. Maafkan saya Doraemon. :P

So, aku yang konon-konon macam budak kecik ini pun terpengaruh la sekejap. Aku cam terfikir kan ke bagus kalo ada mesin itu. Boleh la aku tahu aku kerja apa nanti. Boleh la aku tahu aku duk rumah besar mana nanti. Dan.....dan.....boleh la aku tahu dengan sapa aku akan berkahwin. Boleh aku terus pinang dak itu kan? Hahaha. Sory. Melawak sahaja.

Tapi...tapi...tapikan.

Macam kejadian yang aku gtau awal-awal tadi bahawa aku rasa tak best bila tgk 'movie' yang sama. So, tak best jugaklah kalo aku dah tahu kejadian yang memang Allah nak rahsiakan dari kita itu kan?

Dah tak challenge la untuk kita. Sedangkan dalam Al-Quran sudah statekan bahawa

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman", dan mereka tidak diuji?
(Al-Ankabut 29 : 2)

Lihat. Takkan la kita nak senang-senang je dapat ganjaran SYURGA kalau tak buat apa-apa. Sebab itulah Allah timpakan ujian sakit dan musibah untuk kita lebih dekat denganNya. Perniagaan merosot. Result merudum. Sakit hati sebab cinta kita dikhianati. Contoh. Hehe.

Bila kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri kita di masa akan datang, makanya, pengharapan kita kepadaNya akan lebih utuh dan teguh. Kita akan sentiasa berdoa meminta untuk kebaikan kita. Dan selalunya Dia tidak pernah menghampakan doa sesiapa yang Beliau kehendaki. Allahuakbar!

Bayangkanlah, kalau kita dah tahu jodoh kita, dan sebenarnya jodoh kita itu orang yang tersangatlah kita benci. Haaa! kan kita dah mula nak mengatakan yang Allah itu tak adil la apela. Na'uzubillah.

Bayangkan juga kalau kita dah tahu saat kematian kita. Kita akan cuba buat bermacam-macam cara untuk elakkan diri dari pergi ke tempat tersebut pada waktu tersebut. Jadila kita macam cerita 'Final Destination' itu. Na'uzubillah.

(T_T)
Sesungguhnya Dia lebih Maha Mengetahui keperluan hamba-hambanya. Subhanallah. Thank you Allah.

Friday, October 8, 2010

kisah hidup PakCik Bas

Ok. Aku tahu aku busy.
Tapi, mestilah pelik. Sebelum ini, aku ada cerita 'hot' story kat korang pasal PakCik yang memakai cermin mata hitam dan diberhentikan.

Pastu, tetibe aku cerita PakCik lain tak memberhentikan bas apabila aku melambaikan tangan. Takpelah. Mungkin salah aku. Aku lambai kejap je kot. Dan mungkin tak tinggi. Lepas ini, aku kena lambai tangan sampai PakCik itu berhenti betul-betul depan aku. sambil keluarkan dua jari menunjukkan simbol 'peace' ;p Haha. Ops! Maaf.

Ok. Kamu semua nak tahu, tiba-tiba kami semua dikejutkan dengan borang survey dari dotdotdot yang soalan dia lebih kurang macam ini:

1. Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan bas komuter USM?
    (   ) Ya          (   ) Tidak

2. Adakah anda bersetuju sekiranya kami menggantikan syarikat bas yang ada sekarang?
    (   ) Ya          (   ) Tidak

3. Adakah anda.......ape ntah, aku tak ingat dah.
    (   ) Ya          (   ) Tidak

Jika anda menjawab Ya atau Tidak pada soalan 1, sila berikan alasan.
_________________________________________
_________________________________________

Kesian kat PakCik-PakCik itu. Kalau owner syarikat dah bertukar, sure-sure lah mereka kehilangan sumber pendapatan. Sudahlah kegawatan ekonomi sedang melanda sekarang ini. Sabarlah PakCik. Jangan risau. Kami sentiasakan doakan kebahagiaan Pakcik.

Tapi, satu je kami minta, PakCik janganlah bawa laju sangat. PakCik janganlah masam sangat. Kalau dahulu, kami cakap "terima kasih" (tanda penghargaan kami yang kecil kerana menghantar kami ke dewan-dewan kuliah dan bilik tutorial), PakCik mesti akan balas dengan ucapan "sama-sama". Tapi sekarang, tidak ada lagi.

PakCik.....PakCik jangan sedih-sedih ya. PakCik jangan marah-marah juga. Nanti cepat tua.

Korang rasa, apa kesudahan PakCik Bas ini?
Pada pendapat korang, patutkah kalau tukar syarikat?

Aku ada pendapat aku, mungkin lain kali aku share.
p/s: Mungkin sebab itu kot, PakCik-PakCik ini mogok.

Wednesday, September 15, 2010

dunia ibarat drama

Assalamualaikum... =D

Sihat? Raya bagaimana? Dapat byk duit raya tak? ehehe..

Yang pasti, syukur alhamdulillah kerana kita semua masih berpeluang meraikan syawal pada tahun Hijrah1431.

Ok. Berbalik kepada mauduk utama aku hari ini. "Dunia ibarat Drama". Pada aku, benar. Sebabnya, dunia yang kekal kat akhirat sana.

So, pada waktu sekarang ini, kita semua pelakon. Pelakon tanpa skrip. Tapi, jalan cerita itu sudah ditetapkan oleh Dia yang Maha Kuasa.

Bila kita mati.....
Bila kita dapat jodoh....
Bila kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah...
Semua itu Dia dah tahu. Kita je yang tak tahu.
SURPRISE!!!! (n_n)V

Apa yang perlu, kita hanya mempersiapkan diri dengan amal dan melakukan segala suruhan sekaligus meninggalkan laranganNya.

Tapi, itulah kita. Terlupa. Tak perasan. Ingat nak main-main je.

Ini bukan bermakna, kalau sekarang kita miskin, kita terus redha dan pasrah. Taknak berubah langsung. Janganlah sampai macam tu ye. Not nice~~~

Sebab itulah kita digalakkan untuk berusaha berubah kepada yang lebih baik. Usaha itu penting!
Sebagai contoh, JODOH. Jangan duk tunggu. Cari! Bersuai kenal lah. Tapi, harus berpada. Jangan melanggar segala batas pergaulan yang telah ditetapkan.

Contoh lain, KURANG PANDAI. So, belajar lah. Rajin-rajinkan diri. Jangan duk menangguh. Jangan jadi malas. Ilmu itu luas. Jangan malu atau segan.
*pelik gak kalo benda maksiat, x reti nak segan..nak cari ilmu, punya la segan yang amat..semoga kita semua terlindung..Amiin ya Rabb*

Lain-lain contoh, boleh fikir sendiri. Hehehehe.. ;p

Drama hidup kita semua pelbagai warna kan? emmm coretkanlah di hati masing-masing.

Ok. Sekian untuk hari ini. Wassalam.. =)

p/s: Masih dapat duit raya lagi. Sila berasa jeles. Hak3.. ;p

"Let us keep in our hearts and our memories"