KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.
Showing posts with label PPH. Show all posts
Showing posts with label PPH. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Seminar yang Tidak Dijangka

Salam Kawan-kawan!! :)

Selasa dan Rabu ritu, tempat praktikal aku ni, diaudit untuk dapatkan ISO 17025:2005. Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM). Aku, takdelah involve fully. Tapi, still menolong mana yang mampu. Nak tolong lebih pun, tak berapa tahu lagi.

Sebab ini jugalah, minggu lepas, memang busy. Hehe.

Ntah macammana, tiba-tiba, hari Rabu (20 April 2011) itu, MPIB kena hantar wakil untuk pergi Seminar Kepenggunaan Halal di  Pusat Islam Iskandar Johor. Memandangkan bahagian PPH tidak boleh pergi sebab audit, makanya, kami ini dihantar ke situ. Woaaah!! Hati? Tentulah seronok.

Speaker yang terlibat dari JAIJ, MOH-Johor, Jabatan Standard Malaysia dan KPDNKK.

Jom kita usyar beberapa perkara yg dibentangkan.

#1 Isu Kopi Kluang Station.
Ok. Kopi ini memang buatan mereka sendiri. Kopi yang original dicampur dengan beberapa ingredients yang lain bagi menambahkan keenakan rasa kopi tersebut. Bahan-bahan yang dicampur ialah, butter Golden Churn (cap kerusi), gula dan garam.

Hasil siasatan Jabatan Kimia mendapati, di dalam butter Golden Churn itu yang menyebabkan kopi itu tidak halal bagi Muslim kerana terdapat DNA babi.

At first, memang tak percaya. Bayangkanlah! Selama lebih 70 tahun rasanya jenama butter tersebut digunapakai dan dikatakan TERBAIK!! untuk pembuatan kek, roti, biskut, aiskrim dan lain-lain. Tiba-tiba, ada DNA babi. Perghh!! Macam mana dengan darah daging kita?

Mungkin ramai yang tak percaya lagi. Sebab butter ini dijual sewenang-wenangnya bersebelahan dengan barang yang halal. Dan ramai lagi yang tak tahu. Tapi, ini telah disahkan sendiri oleh JAKIM.

Tanda cop halal juga bukan dari JAKIM. Kalau kita seorang yang teliti dan suka baca nutritional label, cop halal dari Australia. ICCV, Islamic Co-ordinating Council of Victoria. Padahal, ini merupakan antara satu logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM. Haisyh.

Terkejut? Hehe. So, masih nak gunakan? Kalau ada stock kat rumah/kedai, sanggup nak buang? Dengar, butter ini antara yang termahal dan terBEST kan? Sanggup rugi?

Mungkin, hal ini tak disebarkan kepada umum. Mungkin. Kalau dihebahkan, alhamdulillah.


#2 Produk-produk bertanda Halal
Ada seorang peserta ini sangat tak berpuas hati apabila salah seorang speaker beritahu berkenaan dengan laman web JAKIM yang hanya menghebahkan jenama makanan yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Bagaimana pula dengan yang tidak halal?? Macam mana nak memilih barang makanan yang halal?

Ini jawapannya dan aku setuju dengan jawapan yang diberi.

Makcik Timah yang jual goreng pisang, ada cop halal?
Pak Tam nasi Campur, ada cop halal?
Pak Talib pembuat keropok, ada cop halal?
Bro Mahmud penjual burger, ada sijil halal?

Takda kan. 

Tapi, kita masih lagi membeli dan memakannya tanpa ragu dan was-was. Sebab , kononnya, mereka itu penjual Islam.

Kalaulah, pihak JAKIM nak buat senarai tentang makanan yang tiada cop halal, bukankah lagi complicated?
Bukankah, Makcik Timah, Pak Tam, Pak Talib dan Bro Mahmud itu juga termasuk dalam list?
Dan boleh kirakah berapa banyak penjual pisang goreng, keropok, dan burger di Malaysia?

Fikir-fikir. Jangan hanya ingin menuding jari. Ko salahla. Ko tak beritahula. Ko tak itula. Ko tak inila.

Sebab itulah PENGGUNA perlu memainkan peranan yang penting. Sama-sama berusaha untuk mendapatkan makanan yang halal dan suci. :)

Ok. Itu antara perkara-perkara yang agak hot la.

Hal lain, lebih kepada pensijilan halal, logo halal, keselamatan dan kebersihan makanan dan lain-lain.

Papepun, memang best pergi sini. Oh ye! Kat Perak pun, akan adakan Seminar Halal pada 30/4/2011. Venue, tak sure. Nanti saya confirmkan dengan member.

MAKANAN YANG BAIK MEMBENTUK AKHLAK YANG BAIK.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan. Kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu"
(Surah Al Baqarah 2: 168)

p/s: Membuatkan aku bersemangat mendalami bidang yang sedang aku pelajari. Rupanya, banyak tanggungjawabku kepada agama. ya Allah. Terangkan hati-hati kami dalam mempelajari ilmuMu dan bantulah kami menjaga AgamaMu. Amiin. (n_n)

Friday, April 15, 2011

Terkedu Sebenarnya.

Salam Semua. :)

lama kan tak tulis apa-apa. Bukan malas, tapi, memang busy yang terlampau. Entahlah. Dengan sample analysis, everyday. Report dan presentation slide yang masih tak siap-siap. Macam fyp jugala. Tapi, xlah seteruk fyp kot. Emm biasala kan. Kerja. Mana nak pernah habis.

Hari ini, ada sambutan Maulidurrasul anjuran tempat praktikal aku ni. Bukan kat HQ tapi, kat cawangan lain. Macam best kan? Hati, memang nak pergi. Nak rasa suasana. Nak try. Tapi, ada kerja yang perlu didahulukan. So, batalkan sahaja niat di hati. Sedih juga. Tapi, takdalah sedih sangat. Sebab aku pun tak kisah sebenarnya. Hehe. Ape punya perasaan la kan?

Jadi, aku dengan beberapa pekerja stay kat office. Buat kerja sikit. Bahagia. Tiada orang lelaki. Hanya kaum perempuan sahaja. Kak Z, pasang lagu. Perghh! Memang syok la kan. Tak hingat dunia. Bernyanyi sakan aku kat dalam office itu. Kakak-kakak kat situ, dok layan je karenah aku. Haha.

Lunch hour.

Oh. Macam biasa, jalan-jalan kat Angsana. Eh? Tetibe ada sale kasut jenama Polo. Macam best kan. Kebetulan, sandal aku ni pun, cam da rosak. So, ape lagi, bershopping sekejap. Bukan 1, tapi 2 pasang aku beli. Woaah! Giler! Alaa. Buat untuk raya terus. haha. Aku beli, sandal dan kasut bertutup. Comel. Simple. *pada pandangan aku*. Total, tak sampai RM100. Siap mesej Mek Ain bagi jeles skit. Yelah. Dia g tengok wayang ngan member dia tak bawa aku. Ceiyyt!

Masuk BADAN (kedai buku dalam Angsana), ingat kan nak tambah koleksi buku. Tengok dalam purse, tak boleh jadi. Kena sabarkan hati. Walaupun, mata dah berkelip-kelip tengok buku yang banyak. Geram! Jalan depan sikit, ternampak Jigsaw Puzzle. Yeaaayh! Beli dua. Satu untuk Haikal. Satu untuk Qusyairi. Boleh bermain-main dengan mereka nanti. Hehe. I like! :)

Petang. Menunggu jam di punch card berbunyi, dapat panggilan dari Mek Ain. Puan Ummi dan Encik Abah kurang sihat. Terkejut aku. Baru je telefon hari tu. Minggu lepas, aku baru je balik kampung. Tumpang Kak Ina. Huhu. Sedih tahu. Tiba-tiba je. Memang plan nak balik lagi hujung minggu ni. Tapi, tak terfikir pula kesihatan dorang menurun. Rasa nak menangis. Sedih.

Bila tiada masalah apa-apa, pasti kita diuji dengan benda yang lain pula.

Doakan yang baik-baik sahaja ya.

ok. Assalamualaikum. :)

Thursday, March 24, 2011

Cerita

Salam Ceria! :)

Hehe ok-ok. memandangkan lagi 6 minggu nak habis praktikal ini, mohle hambo cite sikit-sikit tugasan yang hambo laksanakan.

Aku diberi tugasan kerja lagaknya seperti Research Official (R.O). Perghh! Kalau dapat gaji betul ni, heaven giler. Boleh beli blackberry ke takpun iPhone sebiji. Kalau dapat gaji la. Haha. Ni tak dapat gaji, so, diam-diam sudah. ;p

R.O ini macam kena invent atau produce new product la. Alahaiii. Aku ni, belajar pun tak habis lagi. Ada juga subjek yang yang penting, kitorang kena ambil masa Tahun 4 nanti. So, ilmu itu, tersangatlah cetek. Pengalaman pun kurang. Dalam resume, kemain lagi tulis, "ability to work without supervision". Wahaha~

Emm ok-ok. Aku akui. Aku memang boleh lakukannya bersendirian. Tapi, still, i need support from others who can give her/him opinion. That's will make me stronger and more confidence. (n_n)

Eceh!

Haha. Tak kisahlah. Benda itu semua, aku sudah lalui. Alhamdulillah. Kini, tinggal menganalisis makanan di makmal kimia dan mikrobiologi sahaja. Yuhuuuu!! Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amiin.

Nak tahu tak produk ape yang aku invent??

...PINEAPPLE FLAKES...


Dia: mamabila buat apa?
Aku: kerjalah. takkan bermain-main kot. haha
Dia: haha yelah. buat produk apa?
Aku: Flakes.
Dia: aeh. Boleh ke mamabila buat?
Aku: amboi! Ingat mambila reti masak air jeke? Hahahaha
Dia: Haha. Ingatkan macam tu je.
Aku: Tengoklah mak sedara siapa ni. *nada berlagak*
Dia: Ceeeh!

Friday, February 18, 2011

Orang Hebat pun Banyak Kali Gagal

"Ko buat apa pun, pasti takkan jadi punya!"

Itu mungkinlah kata-kata yang dilontarkan kepada Thomas Edison sewaktu beliau mula-mula nak buat lampu dulu. Tak support langsung kan? Orang kata macam-macam lagi. Tapi, beliau tetap dengan semangat kental teruskan perjuangan. Hebat dan kuat kan?

Kalau saya pula??

Ops! Entahla. Sekarang nipun, project masih tak jadi lagi. Bukan tak jadi sangat pun. Cuma nak syncronized dan ada masih yang kurang. Baru 8 kali trials. Belum 99 kan? Oh oh oh! rasa macam sesak nafas projek asyik tak menjadi seperti yang diharapkan. Tak tahu sempat ke tak, nak siapkan dalam masa berpraktikal ini.

Orang yang genius pun pernah gagal. Inikan aku yang masih banyak tak tahu dan dalam proses belajar. Standard kan tu semua?

Huhuhu. Semoga diberi kekuatan dan kesabaran untuk menyiapkannya. Itupun, kalau diizinkan olehNya.

If we change our views, we can see things differently
-Bestie-

Salam~

Monday, January 31, 2011

*no subject*

Salam Ceria! :)

Haha. walaupun tak berapa nak ceria masuk kerja hari ini, tapi, kita WAJIB wujudkan perasaan ceria itu. Barulah hati bahagia kan kan kan? Hehe. Smile, smile, smile. :)

La....tak ceria ke? Why why why??? Haa bukan apa. Hujung minggu yang lepas, macam-macam perkara terjadi. Unexpected orang kata. Terduduk kejap la aku nih. Menangis pun ada. Menangis ini ubat untuk sihat juga tau selain senyum ku yang manis ni. Wahaha. ;p

First, aku terkena minyak panas semasa menggoreng teeetttt! di rumah hari Sabtu hari itu. Korang ada? Hehe. Mesti ada yang cakap, ala, minyak panas je pun. Puteri Lilin la bagai kan. Haha. Actually, seluruh tangan sehingga ke pergelangan tangan tau. Aduuuh! Sakit sangat. Sampai menangis jugak la aku ni. Takda suara. Air mata je berlinang. Huhu. Sampai sekarang ada spot-spot merah dan macam lebam sikit kat certain-certain part. Amacam? Ada berani nak try tak? Hehe. Bukan aku saja-saja curah minyak tu. 'Makanan' itu terpelanting dari kuali. Splassshhh!! Minyak itu pun kena la kat tangan aku ni. Mungkin air dari freezing itu masih ada lagi kot dalam makanan itu.

Bila aku nangis itu, aku sebenarnya bermuhasabah. Aku terfikir, mungkin Dia nak suruh aku nangis kot. Dah lama kot aku tak nangis sejak duduk kat rumah ni. Maklumlah, bersama family kan. Ketawa je. Huhehu.

Secondly, perkara buat aku berdebar-debar sehingga aku masuk ke pejabat pagi tadi. Berkenaan ada satu 'barang' yang tertinggal di lab tempat aku buat keje ni. Takut weiyh. Kang berbau 'barang' itu, habis satu office ni bau. Huh! Dah lah aku ni budak praktikal. Tak pasal-pasal kena tolak markah segala. Takpelah juga markah tu, sat g, dia banned terus U aku, hancuss. Huwawawa. Tak mau! Tapi, alhamdulillah. Aku sampai je pagi tadi, dia tak berbau. Fuuuh! Lega. Terima kasih Allah. :)
Sempat jugala aku spray dengan febreeze. Hik3.

And the last one, aku dah tak duduk dengan kakak aku lagi. Taknak susahkan dorang. Aku sewa bilik kat area-area sini. Sebelum pindah ni, banyak juga lah aku kena lecture dengan mereka. Dorang tak kisah aku susahkan dorang, tapi, aku yang rasa bersalah. Sian kakak aku. Kena ulang alik. Duit minyak lagi. Walaupun dia agak mewah sekarang ini, takkan la tak simpan duit kan untuk ehem2 dia nanti. Hik3. Lagipun, duit biasiswa aku cukup kot untuk 3 bulan ini. Plus, kakak aku pun ada masukkan duit dalam akaun aku. Mungkin 2 minggu sekali aku balik rumah dorang. Entah-entah, every weekends and holidays. Hahaha. ;p

Kadang-kadang aku terfikir juga. Betul ke tindakan aku ini. Ya Allah. Aku serahkan segalanya pada Mu.

Semalam, sebak juga tau aku masa kakak aku hantar aku. Aduuh! Sabar, sabar, sabar. Tahankan hati ini.

Ya Allah. Semoga Engkau sentiasa bersamaku di saat senang dan susah. Amiin.

p/s: Dugaan Untuk Mendekatkan Diri pada Pencipta. (n_n)

Friday, January 7, 2011

USRAH: Rezeki

hai-hai-hai!!!!

Salam semua!! :)

Oh! Sepatutnya, hari ini dah kena buat projek saya itu, tetapi, keadaan bilik yang tak elok lagi, terpaksa membersihkan dahulu. Bersih-bersih sampai jam 9 pagi. Adoiii! mana sempat nak prepare barang semua. Sebab, tetiba ada panggilan usrah jam 10 pagi. Kesimpulannya, projek ditunda minggu hadapan.

Usrah? Masa dengar tu, terkejut. Macam tak sangka. Sounds good kan? Sebelum usrah, ada bacaan Yassiiinn terlebih dahulu. Alhamdulillah. Semoga semua orang mendapat manfaat. InsyaAllah.

Usrah hari ini bertajuk rezeki.

Penceramah jemputan itu tak perkenalkan pula diri beliau. Panggil Ustaz sahaja lah ye? heehe. Takpe. Yang penting isinya. Kan?

Hidup didunia ini, jangan sering bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang, Allah sudah tetapkan rezeki masing-masing. Takkan bertambah apabila melakukan kebaikan, dan tidak pula berkurang apabila melakukan  kejahatan. Langsung tiada kaitan dengan dosa dan pahala.

Rezeki merupakan anugerah daripada Allah.

Pekerjaan yang dilakukan adalah ibadah jika disulamkan dengan sabar, tabah dan redha. Perbuatan ini secara tidak langsung dapat mendidik hati untuk sentiasa dekat kepadaNya.

Kalau masih tidak cukup, bermohonlah kepada Allah. Pasti, Dia mendengar segala luahan hati dan keinginan kita. InsyaAllah. Jangan putus asa. Jangan buruk sangka.

Tetapi sekiranya kita mendapat rezeki yang bukan kita pinta, 2 tindakan perlu dilakukan.

  1. manfaatkan rezeki tersebut untuk keperluan peribadi.
  2. sedekahkan sebahagian rezeki tersebut untuk mendapat redha Illahi
Apa-apapun, sentiasa beringatlah, semua yang kita miliki, hanya pinjaman semata-mata.

Hehe. Ok. Itu sahaja. Ustaz ini kelakar juga orangnya. Ada diselitkan lawak-lawak yang sempoi. Terhibur mendengarnya.

p/s: Pekerja kerajaan memang adakan usrah ea? Ke depends? *curious=ingin tahu*

Thursday, January 6, 2011

Tak nak dah sedih-sedih

Semoga hari ini akan mendatangkan kebahagiaan untuk hari-hari seterusnya.

Salam semua! :)

Ok. Dah ada kerja menanti. Aku dah malas nak layan perasaan stress ke tension ke hape ke. Nak senyum sahaja macam dulu-dulu. Korang pun senyum jugala ea. Hehehehe.

I wan to be me. Yes!

Kalau orang tu dah suka kat kita, kita buat jahat pun, tetap nampak baik kan?
Kalau orang dah tak suka kita, benci kita, buat baik macam mana sekalipun, tetap nampak buruk.

Sekarang ini aku berada di bahagian pembangunan, produk dan hiliran (pph) di salah sebuat pusat. Bukan pusat membeli belah ye yang pastinya. Haha. Mood giler-giler dah datang. Tapi ingat ye, ini bukan penyakit gila. =P Kalau orang putih cakap, research and development. Tak kisahla apa-apa korang nak panggil, yang penting aku sedang bekerja ini.

Waaah!! Perubahan alam yang drastik.

Mental aku ni masih fikir 'pelajar'. Tak pernah pun terfikir istilah 'bekerja'. Adoooiii! memang serabut sikit la. tapi, sekarang ini aku dah dapat tugasan. Start thinking, thinking, thinking and do it!! Doakan ye. Thanks. :)

Previous entry, aku tension oo. Entah kenapa ntah. Mengade! Isyh3. Yang penting, life must go on! Yeaaayh! Hidup mesti ceria. Baru awet muda. Kan kan kan? hehe

Oh ye! Maaf tau korang semua. Sampai rumah, selalunya, aku tidur awal. Buka fb, angkat kek aku (game ni),  tengok blog korang yang update, terus tidur. Tengok juga keadaan waktu dan ketika. Kadang2, disebabkan internet lambat nak download, aku tutup terus. Penat dan mengantuk! Pagi-pagi kena bangun awal pula. hehe pdan muka! Siapa suruh takut-takut bawa kereta. Kenalah bertahan untuk sementara waktu ini.

Ok lah yar! Sambung buat kerja. Heeehe. Adiooouuuss~~ (n_n)

hidup mesti ceria, mewujudkan suasana gembira