KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.
Showing posts with label luka. Show all posts
Showing posts with label luka. Show all posts

Monday, February 14, 2011

Bekas-bekas Luka

Salam Kawan-kawan!! :)

Aku terasa nak ketawa pula hari ini. Lagi-lagi bila tengok luka-luka kecil dan parut kat tangan aku ni. Haha. Aisyh. Tiba-tiba je banyak sangat luka aku. Mula-mula itu, kena minyak panas. Terkepit kat mangga. Tersentuh cerek panas. (Ni memang saja sentuh sebab nak tahu panas ke tidak). Pastu, tergoret sebab almari pula. Wahahaha~~

Dah tak comel. Macam mana ni? Eleh. Macam tak biasa kan. Nanti dia molek la tu. Take time sikit je. Aku buat treatment sendiri. Guna aloe vera. Yeeeehaaa! InsyaAllah. Sembuhla nanti. Hehe.

Isyh. Apekehal ntah. Macam-macam. Clumsy sangat kot. Padahal cool giler weiyh p sentuh cerek tu. Budget macam kebal sangat la kan. Haha. Poooodaah! :P

Aaah kan. Luka kat luar ni, kita nampak, bolehlah buat treatment bagai. Luka kat dalam itu, kita tak nampak. Tetibe terasa sakit je. Luka macam ini, lagi perit kan? Tak molah!

Pesanan ustazah dan ustaz dulu, serta kawan2 dulu:
Sembuhkanlah dengan membanyakkan zikir Astaghfirullahala'dzim dan bacaan Al-Quran supaya luka yang tak nampak itu, reda sedikit demi sedikit. Jangan lupa memohon pertolongan dengan berdoa kepadaNya.

InsyaAllah.

Luka, cepat sembuh ye. (n_n)

Monday, January 31, 2011

*no subject*

Salam Ceria! :)

Haha. walaupun tak berapa nak ceria masuk kerja hari ini, tapi, kita WAJIB wujudkan perasaan ceria itu. Barulah hati bahagia kan kan kan? Hehe. Smile, smile, smile. :)

La....tak ceria ke? Why why why??? Haa bukan apa. Hujung minggu yang lepas, macam-macam perkara terjadi. Unexpected orang kata. Terduduk kejap la aku nih. Menangis pun ada. Menangis ini ubat untuk sihat juga tau selain senyum ku yang manis ni. Wahaha. ;p

First, aku terkena minyak panas semasa menggoreng teeetttt! di rumah hari Sabtu hari itu. Korang ada? Hehe. Mesti ada yang cakap, ala, minyak panas je pun. Puteri Lilin la bagai kan. Haha. Actually, seluruh tangan sehingga ke pergelangan tangan tau. Aduuuh! Sakit sangat. Sampai menangis jugak la aku ni. Takda suara. Air mata je berlinang. Huhu. Sampai sekarang ada spot-spot merah dan macam lebam sikit kat certain-certain part. Amacam? Ada berani nak try tak? Hehe. Bukan aku saja-saja curah minyak tu. 'Makanan' itu terpelanting dari kuali. Splassshhh!! Minyak itu pun kena la kat tangan aku ni. Mungkin air dari freezing itu masih ada lagi kot dalam makanan itu.

Bila aku nangis itu, aku sebenarnya bermuhasabah. Aku terfikir, mungkin Dia nak suruh aku nangis kot. Dah lama kot aku tak nangis sejak duduk kat rumah ni. Maklumlah, bersama family kan. Ketawa je. Huhehu.

Secondly, perkara buat aku berdebar-debar sehingga aku masuk ke pejabat pagi tadi. Berkenaan ada satu 'barang' yang tertinggal di lab tempat aku buat keje ni. Takut weiyh. Kang berbau 'barang' itu, habis satu office ni bau. Huh! Dah lah aku ni budak praktikal. Tak pasal-pasal kena tolak markah segala. Takpelah juga markah tu, sat g, dia banned terus U aku, hancuss. Huwawawa. Tak mau! Tapi, alhamdulillah. Aku sampai je pagi tadi, dia tak berbau. Fuuuh! Lega. Terima kasih Allah. :)
Sempat jugala aku spray dengan febreeze. Hik3.

And the last one, aku dah tak duduk dengan kakak aku lagi. Taknak susahkan dorang. Aku sewa bilik kat area-area sini. Sebelum pindah ni, banyak juga lah aku kena lecture dengan mereka. Dorang tak kisah aku susahkan dorang, tapi, aku yang rasa bersalah. Sian kakak aku. Kena ulang alik. Duit minyak lagi. Walaupun dia agak mewah sekarang ini, takkan la tak simpan duit kan untuk ehem2 dia nanti. Hik3. Lagipun, duit biasiswa aku cukup kot untuk 3 bulan ini. Plus, kakak aku pun ada masukkan duit dalam akaun aku. Mungkin 2 minggu sekali aku balik rumah dorang. Entah-entah, every weekends and holidays. Hahaha. ;p

Kadang-kadang aku terfikir juga. Betul ke tindakan aku ini. Ya Allah. Aku serahkan segalanya pada Mu.

Semalam, sebak juga tau aku masa kakak aku hantar aku. Aduuh! Sabar, sabar, sabar. Tahankan hati ini.

Ya Allah. Semoga Engkau sentiasa bersamaku di saat senang dan susah. Amiin.

p/s: Dugaan Untuk Mendekatkan Diri pada Pencipta. (n_n)

Saturday, October 30, 2010

Jangan dilayan sangat perasaan itu.

Salam Ceria! =D

Alhamdulillah. Nasib baik aku punya blog yang bisa aku kawal emosi.
Haha. Cool bebeh! Cool.

Ya. Aku sedang marah. Sangat marah pada diri sendiri. Hehe. But, itu memang silap aku. So, padanlah muka kan?

Ok-ok. Kebetulan tadi baca entry Kak Nabilah pasal mengawal marah. Kemudiannya, aku pun tengah marah ini. Haha. Emm dulu pun aku ada buat entry pasal marah. Malas la nak link entry itu. Kalau rajin, cari lah. Hahaha (ketawa jahat). ;p

So, mari kita lepaskan perasaan itu dengan meluahkannya melalui tulisan. Yeayyyyhhhh!!

Actually, benda itu aku tak patut untuk marah. Tapi aku terasa sakit hati. Macam kena tusuk banyak kali dengan pisau. Sakit. Kena tipu. Aduuuh! Benci betul.

Jadi, pesanan hari ini, jangan dilayan sangat perasaan itu. Let it be. Just go with the flow.

Jalani hari dengan penuh keceriaan. Barulah happening. Kan?

See. Aku dah pun cool. Terima kasih blog. Aku akan ingat kamu. =D

SAYA SAYANG BLOG SAYA! =D

Monday, October 18, 2010

Aku orang biasa.

Penyakit: Perasan rumput di sebelah sana nampak lebih hijau dari sebelah sini.

Salam Ceria! =D

Hehe. Mood menulis muncul di saat malam menjelma. Eceeewwaah!

Em. Aku nak cakap sikit je. Aku ini orang biasa ye. Sangat biasa. Macam anda semua. Tak ada pun yang istimewanya. Jadi, jangan mudah berasa cemburu dengan aku.

Ko nak ambil milik aku? Emm rasanya, semua di dunia ini milik Yang Maha Pencipta. Milik aku hanyalah pinjaman semata. Kalau ko rasa ko berhak mendapatkannya, dan Allah mengizinkan, aku tak boleh nak kata apa. Tak boleh menidakkan takdir Dia yang jauh lebih Mengetahui sesuatu yang terbaik buat hambanya.

Ops! Sebenarnya, kita semua istimewa dan ciptaan terbaik di mata Allah. Lihat surah ini,

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Al-Mukminun 23 : 12-14)

Lihat! Jadi, sentiasa bersyukur dan hargai siapa diri anda. Semoga selepas ini, jangan memandang lagi rumput yang kononnya cantik di sebelah sana, yang sebenarnya rumput di sana penuh dengan ulat yang busuk. Na'uzubillah.

Syukur dan hargai diri anda kerana dirimu begitu berharga. =D

Jangan cemburu dan dengki pada aku lagi yang serba kurang sempurna ini. Semoga kita semua sentiasa bersyukur dan redha dengan setiap yang Allah telah tetapkan pada kita. Amiin.

Saturday, October 2, 2010

'Typical man'. Gelaran yang diberikan oleh seseorang.

Hey! Jangan cuba mempermainkan hati perempuan boleh?

*********

Salam.. (-_-")

Aihhh! nampak Emoticon itu? Sesedih hati saya.
Cuti yang lepas, aku mendapat panggilan telefon dari seorg sahabat.
Amat menyentuh hati bila dia berduka kerana seorang lelaki. Ya. Dulu, aku pun pernah terluka kerana lelaki. Aku ambil sebagai hikmah untuk mematangkan diri. Tapi, kali ini, dia pula. Aku tak pernah sekali-kali mendoakan sahabat aku menerima nasib yang sama seperti aku. Tidak!

Dunia kan? Terlalu banyak pelakon.

Lelaki. Haruslah akui, bukan semua lelaki seperti ini. Hanya ingin memainkan perasaan kaum perempuan. Meh! Aku nak tanya sikit. Ape yang korang dapat kalau perempuan itu terluka kerana sikap dan perbuatan kamu? Seronok? Bangga? Megah? Aihh tolonglah.

Adakah itu salah satu dari 'part time' kamu? Sila 'letak jawatan' untuk kerja itu ye. =D

Pergi. Datang lagi. Untuk apa ye? Memberi harapan yang pasti atau sekadar melepaskan kebosanan diri? Ah sudahlah! Boleh tak, kalo berterus terang. Kalo suka, katakan suka. Kalo tidak, luahkan sahaja. Mungkin aku sangat terluka, tapi untuk sementara waktu sahaja. Jangan perasan bahawa kamu adalah lelaki idaman Malaya dan aku hanya tunggul kayu yang lama. Sila hentikan segala sandiwara.

Jangan lafazkan "Aku Cinta Padamu" bila hati tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan disentuh hidup seseorang, jika hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang dilakukan hanya pembohongan .
Jangan membuatkan seseorang jatuh cinta, sedangkan kamu tak sanggup menerimanya.
Mesej dari Cik Fiera =)

Kepada kawanku yang mengalami nasib seperti ini, kamu harus kuat ye kawan. Cinta itu fitrah. Tapi, jangan terlalu berharap kepada cinta yang tak pasti lagi. Kalau boleh, lupakan segala kisah yang menyakitkan hati. Benda itu tak harus ada lagi. Carilah cinta hakiki. Nescaya kamu diredhai oleh Dia yang Maha Mengetahui.

Benar: Jika ada seorang lelaki yang layak dan telah ditakdirkan untukku sedari Lauh Mahfuz lagi, semoga kamu dapat menerima kekurangan diri ini. Maafkan aku yang lemah ini.

p/s: Maaf. Aku mungkin beremosi. Tapi ini "Bingkisan Hatiku". Pendapat dan pandangan aku sahaja. Aku tak tujukan pada semua ye. Mungkin, hanya pada yang terasa. Itu korang harus tahu. Again, maafkan aku.

p/s/s: Ingat kawan. Live your life. Jangan susah-susah untuk jadi susah. Jadikan susah itu untuk jadi senang pada suatu hari nanti.

Senyum. =D

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku suka untuk berkongsi apa yang pernah Abah katakan pada aku sebelum ini. Sesuatu yang aku pegang sehingga kini setelah musim percintaan telah meninggalkan hati aku yang kini lebih beku dan hanya memikirkan kerjaya serta masa depan sendiri.

"Along, kalau cinta itu datang dan disandarkan kepada Allah, jauh mana pun ia pergi, pasti akan datang kembali. Kalau cinta itu setakat main-main, suka-suka sebab hawa nafsu, mula-mula memang akan terasa sakit, tetapi lama-lama akan dilupakan sepenuhnya"

Dan aku memilih untuk percaya kata-kata Abah kerana aku tahu, kalau hanya sebelah pihak sahaja yang mengharapkan sebuah perhubungan diakhiri dengan ikatan pernikahan, itu tidak akan menjadi apa-apa. Sebab aku selalu mengingatkan diri aku, kalau aku mahu bercinta, biarlah lelaki itu menjadi suami. Bukan sekadar melepaskan rasa.

Dan, moga kekuatan kamu bertambah wahai gadis.
Aku mungkin bukan siapa-siapa untuk memberikan nasihat, tetapi sekadar terjumpa kamu di dunia maya yang sebenarnya kecil sahaja.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
petikan satu entry dari Cikgu ini. =D Seperti bisikan hatiku.