KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Monday, January 31, 2011

*no subject*

Salam Ceria! :)

Haha. walaupun tak berapa nak ceria masuk kerja hari ini, tapi, kita WAJIB wujudkan perasaan ceria itu. Barulah hati bahagia kan kan kan? Hehe. Smile, smile, smile. :)

La....tak ceria ke? Why why why??? Haa bukan apa. Hujung minggu yang lepas, macam-macam perkara terjadi. Unexpected orang kata. Terduduk kejap la aku nih. Menangis pun ada. Menangis ini ubat untuk sihat juga tau selain senyum ku yang manis ni. Wahaha. ;p

First, aku terkena minyak panas semasa menggoreng teeetttt! di rumah hari Sabtu hari itu. Korang ada? Hehe. Mesti ada yang cakap, ala, minyak panas je pun. Puteri Lilin la bagai kan. Haha. Actually, seluruh tangan sehingga ke pergelangan tangan tau. Aduuuh! Sakit sangat. Sampai menangis jugak la aku ni. Takda suara. Air mata je berlinang. Huhu. Sampai sekarang ada spot-spot merah dan macam lebam sikit kat certain-certain part. Amacam? Ada berani nak try tak? Hehe. Bukan aku saja-saja curah minyak tu. 'Makanan' itu terpelanting dari kuali. Splassshhh!! Minyak itu pun kena la kat tangan aku ni. Mungkin air dari freezing itu masih ada lagi kot dalam makanan itu.

Bila aku nangis itu, aku sebenarnya bermuhasabah. Aku terfikir, mungkin Dia nak suruh aku nangis kot. Dah lama kot aku tak nangis sejak duduk kat rumah ni. Maklumlah, bersama family kan. Ketawa je. Huhehu.

Secondly, perkara buat aku berdebar-debar sehingga aku masuk ke pejabat pagi tadi. Berkenaan ada satu 'barang' yang tertinggal di lab tempat aku buat keje ni. Takut weiyh. Kang berbau 'barang' itu, habis satu office ni bau. Huh! Dah lah aku ni budak praktikal. Tak pasal-pasal kena tolak markah segala. Takpelah juga markah tu, sat g, dia banned terus U aku, hancuss. Huwawawa. Tak mau! Tapi, alhamdulillah. Aku sampai je pagi tadi, dia tak berbau. Fuuuh! Lega. Terima kasih Allah. :)
Sempat jugala aku spray dengan febreeze. Hik3.

And the last one, aku dah tak duduk dengan kakak aku lagi. Taknak susahkan dorang. Aku sewa bilik kat area-area sini. Sebelum pindah ni, banyak juga lah aku kena lecture dengan mereka. Dorang tak kisah aku susahkan dorang, tapi, aku yang rasa bersalah. Sian kakak aku. Kena ulang alik. Duit minyak lagi. Walaupun dia agak mewah sekarang ini, takkan la tak simpan duit kan untuk ehem2 dia nanti. Hik3. Lagipun, duit biasiswa aku cukup kot untuk 3 bulan ini. Plus, kakak aku pun ada masukkan duit dalam akaun aku. Mungkin 2 minggu sekali aku balik rumah dorang. Entah-entah, every weekends and holidays. Hahaha. ;p

Kadang-kadang aku terfikir juga. Betul ke tindakan aku ini. Ya Allah. Aku serahkan segalanya pada Mu.

Semalam, sebak juga tau aku masa kakak aku hantar aku. Aduuh! Sabar, sabar, sabar. Tahankan hati ini.

Ya Allah. Semoga Engkau sentiasa bersamaku di saat senang dan susah. Amiin.

p/s: Dugaan Untuk Mendekatkan Diri pada Pencipta. (n_n)

10 org berkongsi rasa:

hysman [REPLY]said...

Amboiii....
dah berdikari dei yer..
bagus3..
kdg2 org tak kesah tp kita yg kisah..
wlupon kakak sendiri..
sendiri maw igt la kan..
hehe..

beruntung ade biasiswa..
mcm pokcik dlu praktikal 6bln harap duit ptptn..
ape kes..
hahaa..
pape pun semua selamat...

gewd luck yer..
sembur febreeze kasi wangi skit.
ahaks.. :p

nabilah_2908 [REPLY]said...

apa benda yg berbau tu..? huhu..

tak salahkan kalau nk hidup berdikari..asik duduk dalam zon selesa je..sesekali kena la juga rasa susah...esok lusa...kita akan bersedia menhadapi dunia luar yg lebih mencabar.. ;)


jom ke APA KATA HATI pulak,
HARI MENTERNAK LEMAK

nunama [REPLY]said...

Hysman:
berdikari sikit2 je. dulu, nilai wang kecil. ada ptptn pun dah cukup bagus. hehe.
sudah. bertambah wangi bilik nih.
wahaha~ :P
thanx. :)

Kak Nabilah:
haaa~~~ bende ape ye? hehe. nak kasi saspen boleh tak? wahaha~
hehe insyaAllah. Thanx ye kak.(n_n)

azian azman [REPLY]said...

alalala..ciannye die..
housemt baru ok x?
tadi kowg rehat kat ne?isy, da rindu da nak hang out ngan kowg sume..

"bende" yg tertinngal tu dibuang la ye?bazirnye!

nunama [REPLY]said...

Azian Azman:
hehe. sakit weiyh.
housemate, alhamdulillah.
so far, so good. :)
haha. kamu tahu, td, kita ngan tini dah fikir nak makan ape sgla utk rehat nti. kitorg nak makan bubur ayam. yuhuuuu! jom la mkn sama. hehe. (n_n)

aah. sudah dibuang. huhu mcm syg kan?
aisyhh. xpela. xda rezeki. actually, kita g ri sabtu tu. ingtkan nak ambil 'bende' tu, tp, pintu dikunci.

p/s: rasa geram pd diri masa ri jumaat ritu. patutnya, kita cari tempat mknn. makan byk2. huhu. baru syok!

Kak Amy [REPLY]said...

salam kenal..

singgah dan follow jemput ke sinar raudah ye..

nunama [REPLY]said...

Amy Syaquena:
salam ceria! :)
terima kasih ye. hehe

NuSaNa NoSa 91 [REPLY]said...

semoga berjaya abeskan praktikal tu ye nunama~~ ^_^

p/s: sibuk ea smpai xupdate?? =.=

Unknown [REPLY]said...

1. sakit jgk kena minyak panas..
moga nunama cepat sembuh ek..

2. barang? tempoyak ke..hehe saje je nak men teka2..

3.huhu... blaja idop berdikari itu mematangkan kita..

nunama [REPLY]said...

keen:
hehe insyaAllah. thanx ye! :)

p/s: hehe xdpt ayat yang best. hahaha. ;p

azana:
1. aah sakit. skrg ni, kulit ada yg terkopek. huhu perit.

2. hehe bukan2. sila cuba lagi ye.

3. yeayyh!! (n_n)