KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, January 20, 2011

Hadiah Besday 21 (Hutang Lama)

Salam semua! :)

Oh. Agak lama tidak bersiaran ek. Rasanya la. Pastu, tak tinggalkan komen pun walaupun dah baca entry korang semua. Hehe. Bukan apa, internet problem sikit di tempat keje dan broadband nih. Kui3.

Ok-ok. Tanpa membuang masa, saya ingin membayar hutang lama. Gambar hadiah birthday yang saya dapat tanpa terduga itu. Ape??? Basi? Pada korang basi la. Pada saya, pastinya tidak. Weehehe.

p/s: so, jangan teruskan pembacaan jika rasa taknak. :)

Korang boleh refer pada labels besday aku kalau nak tahu cerita itu. Hehe. *blush*


#1 Boarding Pass Air Asia.

My sister yang belanja. Tengok la total beg aku, 8kg je??? Kalau tgk luaran, besar giler kot beg tu. Mungkin mesin timbang tuh rosak kot. Huahahaha. Papepun, terima kasih ye kak!! =) Btw, aku dapat tiket free lagi pulang ke USM nanti. Wehehe~ Semoga rezeki akak bertambah-tambah dan mendapat keberkatan.


#2 Hadiah dari Kak Nabilah.


nampak simple?? Oh tidak2!! Aku dapat special daripada yang lain. Aku dapat key-chain berbentuk ikan dan extra coklat dari yg lain. Juga notes rahsia. Wahahaha~ Sila berasa jeles ye. ;p

Actually, dapat sempena Give Away APA KATA HATI 2nd Anniversary. Terima kasih ye Kak Nabilah! (n_n)

Meh review sikit pasal beliau. Beliau seorang blogger yang sangat peramah. Tak caya, korang g tegur dan tengok blog dia. Beliau tak pentingkan kepopularitian pun. Beliau jugalah yang mengajar aku komen-komen blog orang nih. Sebenarnya, banyak lagi beliau ajar aku berkenaan dunia blogging, terutamanyalah kan. Hehehe. So, korang semua, jom jadi follower blog beliau"Tak kenal, maka tak cinta". Betul tak kak Nabilah? *wink3*


#3 Hadiah dari someone yang unknown.


Sampai sekarang aku tidak ketahuan siapa pengirimnya. Tidak mengapalah. Semoga pengirimnya mendapat manfaat insyaAllah. :) Aeh! Perempuan ye yang bagi ini. Jangan fikir lebih pula. Haha. Emmm aisyh. Bila la agaknya aku nak review buku ini. Buku nih memang best. Better korang ada satu. Menusuk kalbu. Seyes tak tipu. Hehe. Tapi, kalau tak menusuk kalbu korang tu, mungkin aku je kot yang ter'emo' lebih. Huhe.

Terima kasih sekali lagi kepada anda-anda semua yang meraikan hari jadi saya yang lalu sama ada secara langsung atau tidak. Thanx a lot ye! (n_n)

Tak kisahla papepun, yang penting umur 21 tahun telah berlalu. Aku menuju ke umur 22 tahun pula. Menempuhi hari-hari yang unexpected mungkin. Semua itu kan rahsia Allah. Kita harus bersedia seadanya menerima qada' dan qadar dariNya. InsyaAllah.

p/s: header baru aku, ada siapa yang nak komen? ok ke letak picture tuh? ke tak yah pun takpe?

Notes: Baru sahaja transfer gambar dari camera ke laptop semalam. Huhu. Mohon maaf di atas kelewatan mengupload hadiah hari bersejarah aku ni. Oh ye! Sebenarnya, banyak juga hadiah yang aku dapat semasa besday aku dahulu. Masa awal-awal di USM, matric, sekolah, zaman hingusan, zaman budak-budak. Tapi, tiada pula entry yang aku buat kan? Aeh iyelah! Aku mana ada blog lagi masa tu. apedaaaa! InsyaAllah, tetap di hati~ (n_n)

9 org berkongsi rasa:

IMANSHAH [REPLY]said...

salam

wah masa belajar dulu saya naik moto je balik kelantan dari USM..haha

nunama [REPLY]said...

Cikgu Imanshah:
Wassalam.
hehe. saya pun 1st time naik flight masa kat USM ni. selalunya naik bas.
"orang memberi, kita merasa". :)

Amni [REPLY]said...

hihi... dapat jugak dari nabilah hari tu... =)

nabilah_2908 [REPLY]said...

1.caya tak..akk tk pernh naik flight..? hehehe.. ;)

2.terima kasih yer...iklan kan blog akk kt blog ni...huhu.. ;)

3.best yer buku ni..nnti try cari..

4. header baru...ok juga mcm ni..10 November tu dah hilang..hehhe.. ;)


jom ke APA KATA HATI pulak,
KERETA MERAH KU

nunama [REPLY]said...

Amni:
yeke? Alhamdulillah. Kita antara orang-orang yang bertuah itu. hehe. :)

Kak Nabilah:
1. caya2. hehe. sekadar bertanya, belum ada rezeki atau akak gayat ek? :)

2. sama-sama. Tak seberapa mana seperti akak buat kat kita. :)

3. haaa cari-cari dan baca. pasti tak rugi. hehe

4. aah. dah hilang. aeh, header dah bertukar lagi. keh3. gatal kan tangan ni.. huahaha. ;p

Nadia Elena [REPLY]said...

happy belated birthday..tak tahu pun bila birthday awak..kui3~

semoga pengalaman mendewasakan diri & dapat jadi insan yg lebih baik di masa akan datang.. ;)

nunama [REPLY]said...

Nadia:
hehe xpe. thanx anyway. :)

InsyaAllah. Terima kasih. Awak juga. Life must go on. Perjalanan dihadapan, semuanya rahsia Allah.
Everything happens have a reason behind it. (n_n)

Unknown [REPLY]said...

wa... cam nk p cari je buku 2...
menarik...

nunama [REPLY]said...

Azana:
yeaayyhh! Cari lah. Mmg best pun. Hehe. Selamat membaca nanti. :)