Penyakit: Perasan rumput di sebelah sana nampak lebih hijau dari sebelah sini.
Salam Ceria! =D
Hehe. Mood menulis muncul di saat malam menjelma. Eceeewwaah!
Em. Aku nak cakap sikit je. Aku ini orang biasa ye. Sangat biasa. Macam anda semua. Tak ada pun yang istimewanya. Jadi, jangan mudah berasa cemburu dengan aku.
Ko nak ambil milik aku? Emm rasanya, semua di dunia ini milik Yang Maha Pencipta. Milik aku hanyalah pinjaman semata. Kalau ko rasa ko berhak mendapatkannya, dan Allah mengizinkan, aku tak boleh nak kata apa. Tak boleh menidakkan takdir Dia yang jauh lebih Mengetahui sesuatu yang terbaik buat hambanya.
Ops! Sebenarnya, kita semua istimewa dan ciptaan terbaik di mata Allah. Lihat surah ini,
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Al-Mukminun 23 : 12-14)
Lihat! Jadi, sentiasa bersyukur dan hargai siapa diri anda. Semoga selepas ini, jangan memandang lagi rumput yang kononnya cantik di sebelah sana, yang sebenarnya rumput di sana penuh dengan ulat yang busuk. Na'uzubillah.
Syukur dan hargai diri anda kerana dirimu begitu berharga. =D
Jangan cemburu dan dengki pada aku lagi yang serba kurang sempurna ini. Semoga kita semua sentiasa bersyukur dan redha dengan setiap yang Allah telah tetapkan pada kita. Amiin.
0 org berkongsi rasa:
Post a Comment