KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, October 22, 2010

Budak-budak sekarang perlu diingatkan.

Salam Ceria sekalian alam! =D

Alhamdulillah. Perasaan hati saat ini pelbagai. Sedih, marah, gembira, menangis, sakit, dan macam-macam lagi. Tapi, apabila ingin menaip entry ini, aku berasa sangat bersyukur kepadaNya. Entahla. Mungkin dapat mengurangkan sedikit tekanan. Haaa. Salah satu terapi untuk awet muda. Jangan stress-stress. Haha. Senyum dan syukur. =D

Hehe. Petang semalam, aku bersama rakan sekelasku mendengar taklimat yang mungkin terakhir sebelum kami pergi ke Latihan Industri Januari nanti. Serasanya aku dah beritahu kat dalam entry-entry sebelum ini berkenaan aku mudah menerima kata-kata orang itu untuk dijadikan sebagai motivasi secara rahsia. Haha. Korang cakaplah apa pun, mungkin antara banyak-banyak itu, aku akan renung diri aku dan meletakkan diri aku ke dalam kasut itu. Haha.

Baiklah. Aku nak berkongsi apa yang dikatakan oleh Dr Cheng tadi:
  • Budak sekarang ini asyik perlu diingatkan. Bila aku berfikir semula, betul juga itu. Contohnya, kalau bab-bab yang x sepatutnya, cepat sahaja faham. Tapi, dari tatasusila, jaga kelakuan, aisyhh amat kurang. Bukan takda yang baik, aku tahu, ramai lagi yang baik kat luar itu. Tapi, biasalah kan, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".
  • Behave! You are nobody!! Haa. Aku suka dengan cara dia explainkan hal ini. Budak-budak sekarang ini, perasan yang dorang lebih hebat dan lebih berpengetahuan. Mendabik dada. Tapi, aku tahu, tidak semua yang macam itu kan? Bila kita sedar yang kita ni 'nobody' kita akan humble. Takda la nak meninggi diri je. Kita pun mudah nak menerima ilmu baru. Kan?
  • Challenge yourself!! Haa. This part. Aku sendiri tiada keyakinan dalam bab nak cabar diri ini. Pernah je cuba nak ambil risiko, tapi takut la. Masih kurang keyakinan diri. Tapi sebenarnya, cabaran ini membantu kita ke arah pengislahan. 'Perubahan ke arah kebaikan'.
  • Moderately talking. Yes it is! We should do this. Jangan la jadi pendiam sangat. Orang lain nak beramah mesra pun susah. Kalau nak menggatal itu lain cerita. Bukan beramah mesra lagi ye. Jangan salah faham pulak. Haha. Aku sendiri? Emm banyak cakap. Slow-slow ok. Huhe.
  • Build a friendship. Emm biasa dengar kan? Hidup kat dunia ini, jangan sombong sangat. Nanti nak mati pun, tiada siapa yang nak kafankan. (T_T) Jadi kawan-kawan, sebarkan salam, hadiahkan senyuman. Jangan bagi muka itu ketat sangat. Tak kesian ke pada otot-otot di wajah? Isyh3. Seyum ye. =D
  • Don't say directly but suggest it. Betul la itu. Kadang-kadang tak semua orang boleh terima teguran kan? So, pandailah membawa diri ye. Hehe.
  • Respect others, others will respect you. Agree with this. Kalau diri dah tak hormat orang lain, pastu duk canang dan merungut (complain). Macam manala orang nak hormat kita kan? Ya Allah. Takutnya.
  • Prepare your psychology. Inilah dunia. Kalau kita dapat nak menangkis anasir-anasir jahat, kita akan jatuh. Sakit tau jatuh ini. Kalah kesakitan kalau kita terjun bangunan KLCC itu. Haha. Hyperbola. =p
  • As usual, think positive! Benda ini, nak cakap, sangat mudah. Senang je. Tapi, nak lakukan itu, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Susah oooo kalau takda istiqamah dalam diri. Tapi, kita masih boleh cuba kan? Hilangkan syakwasangka itu. Not nice~~
Haa! Banyak kan amanah dia? I adore her. =D Beliau seorang chinese. Tapi, beliau juga mengagumi salah seorang lecturer kami yang Muslim. Muslim ok. Pakai tudung labuh segala. Sweet giler. Kamu nak tahu sebab apa? Sebab Muslim itu menjaga adab-adab dan tingkahlaku. Beliau (Muslim) sentiasa dengan senyuman. Dr Cheng jadikan beliau role model. Hebat kan? Aku pun tak sangka.

Sebenarnya, kalau kita pandai membawa diri dan mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT, insyaAllah, semua akan menjadi mudah. Maknanya, Muslim like us pun pon boleh dikagumi oleh kaum-kaum yang lain.

Haa. Dr Cheng ada pesan lagi. Cuba jadikan diri anda seperti 'spongebob'. Ok. Yang 'bob' itu aku tambah. Haha. Boleh serap air, dan boleh dipicit-picit. Maksudnya, mudah menerima ajaran dan teguran serta fleksibel. Orang pun tak teragak-agak untuk mendekati. Semua orang akan menyenangi. Eceeewwaaah! Hehe.

Jadi kawan-kawan, behave ok! Senyum. =D

p/s: ayat tunggang langgang dengan campuran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Maaf ye.
p/s/s: kalau ada ayat Inggeris yang salah itu, jangan segan untuk tegur. Terima kasih. =D

0 org berkongsi rasa: