KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Sunday, October 17, 2010

kenangan lalu.

Salam Ceria! =D

Alhamdulillah. Macam best pula nak kenang kisah silam sebentar. Haha.

Semalam kat FB, seorang kawan sekolah menengah sedang mencari seorang gadis yang dia berkenan semasa 2003 (rasanya kitorang baru Form 2), tapi dia pendamkan sebab pemikiran dia waktu itu, fikir study. Great eh? Haa antara ciri-ciri lelaki idaman dalam senarai aku itu. Nak ber'kawan rapat' bukan untuk main-main. Sweet. (Cik Fiera yang suruh saya tulis. ;p). Zaman sekolah memang banyak kenangan. Rindu!

Bukan nak cerita pasal itu. Ok sebenarnya, aku nak bercerita *possibilities* faktor-faktor result aku gempaq waktu sekolah dan emmm kurang memuaskan waktu kat U. Aiseyh!

Waktu sekolah:

Aku duduk bilik sorang-sorang. Sebab semua kakak-kakak aku dah keluar dari rumah. Aeh! Bukan lari dari rumah. Tapi, keluar berumahtangga, bekerja dan belajar. So, bilik itu aku yang punya. Haha. Kejam giler ayat aku.

Semua homework aku siapkan. Adala tiru sedikit-sedikit terutamanya Bahasa Inggeris. Err pelik eah? Ntah. Aku pun rasa pelik. Biarlah.

Walaupun mempunyai handphone masa Form4, tak tergugat lagi. Maintain je. Bagus2!!

Selalu study depan televisyen terutamanya subjek Math. Haa. I like Math!! Ex-roommate kat Matric aku marah bila dia tahu aku tak ambil Math kat U. Dia bebel macam-macam. Haha. Takpe. Aku suka dengar dia bebel. Bebelan sayang + caring gitu. Suke! Thanx yup! =D

Selalu buat study group kat sekolah. Cikgu tak masuk kelas je, kitorang berkumpul ramai-ramai, bincang soalan yang susah-susah. Tapi, ada gak tengah pening-pening kepala waktu itu kawan lelaki dan perempuan aku meminta pandangan berkenaan CINTA. Haha. Lawak! Bukan untuk dorang lawak itu. Tapi untuk aku la. Budak mentah bercerita cinta. Ape la agaknya tips yang aku bagi kat dorang eah? (=_=")

Rajin tanya cikgu-cikgu sampai Bilik Guru itu dah jadi tempat kedua aku selepas kelas. Haha. Hebat tak? Kekadang itu, tolong cikgu-cikgu stapler soalan lah, tolong angkut barang pindah ke perpustakaan la. Haha. Makan bekal cikgu pun pernah. Perghh! Memang enjoy dan heaven waktu itu. Best!

Kat Matric:

Ex-rommate aku kaki study. Haha segan lah kalau orang study kita tido. So, rajin jugakla study. Walaupon fakta sebenarnya, memang banyak tido dari belajar. Haha. Roommate aku pun da biasa. Terima kasih ye roommate-roommate ku sekalian.  Hehe. =D Ada gak waktu-waktu dorang tergugat tengok aku tido, so, dorang pun join sama. Haih! Aku telah ajar dorang buat jahat. Maaf. Huhe.

Selalu jugak berbincang dengan Cikgu di Matric. Dorang memang sporting habis. Terutamanya subjek Kimia dan Math. Bio? Emm aku tak suka sangat. Alaaa.. Mr Bio jangan kecil hati pula ya. Senyum. =D

Takda laptop lagi.

Di Universiti:

Tahun pertama masih maintain tiada laptop. Boleh jugak la belajar-belajar. Masuk Tahun kedua, penggunaan laptop bermula. Lab report, assignment BI dan apa-apa jelah. Baru aku berjinak-jinak dengan laptop. Result aku pun dah merundum. Leka. (T_T)

Masa banyak dihabiskan di bilik. Bersama internet.

Malu nak jumpa Pensyarah-pensyarah. Jumpa pun untuk berbincang hal lain. Takda pun nak tanya subjek yang tak faham. (T_T)

Tak buat langsung study group. Aku sendiri yang tak nak join. Subjek aku dah banyak kena hafal. (T_T)

Semua sebab aku dah leka dan lalai dengan internet. Tengok movie. Online FB. Hurrmmmm.. Apa-apapun, semua itu salah aku. Bukan salah orang lain.

Ok. Takpe. Masih ada masa. 2 years to go. Chaiyok2!! =D

Pesanan: Emm kamu tahu? Sehebat mana pun kita dahulu, tapi apabila kita mensia-siakan masa yang kita ada sekarang, tak ada guna nya juga. Worthless. Jadi, kalau mahu berjaya, ingat waktu ini, buat sesuatu yang baik untuk masa hadapan. Bukan untuk mengenang kenangan silam yang mungkin hebat dan memang membanggakan. Tapi, itu tinggalan sejarah. Manis untuk dikenang. Tapi, tak boleh diguna untuk masa hadapan. Hanya untuk KENANGAN yang tersemat kukuh dalam ingatan.

Kepada semua terima kasih ya! Hehe. Dengan kasih sayang yang mencurah-curah dari ladang gandum, aku menyayangi mu. Tanpa kalian semua, aku mungkin bukan aku sekarang. =D

0 org berkongsi rasa: