KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.
Showing posts with label KMJ. Show all posts
Showing posts with label KMJ. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

KMJ: request dari Adik Nina. :)

Salam Ceria kawan-kawan dan adik-adikku sekalian. :)

Oh. Tak sangka pula ramai yang tengok entry yang lepas pasal KMJ. hehe dan bertambahlah kenalan blogger aku. Tapi, dari kalangan remaja la kan. Takpe. Asalkan korang dapat input yang baik.

Ingat ye. Yang baik, jadikan sebagai tauladan. Mana yang buruk, sila tinggalkan. :)

Ok. Adik Nina ni tanya di shoutbox chat.


Oh. Dapat PDT. Kalau tak silap akak, dapat aliran sains kan? Alhamdulillah dan tahniah ye akak ucapkan. :)

Em facilities ape ye lagi. Rasanye sume dah diceritakan kat entry ini. Kalau akak cerita pasal PDT's life pula ok tak? Tapi, sikit jelah. Itupun, apa yang akak dengar-dengar dari kawan-kawan dan roommate akak sendiri.  ok x? Jangan marah ea kalau tak sama macam yang akak ceritakan ni. Peace! :)

Kalau Adik dapat PDT, tak la susah mana. Akan dapat biasakan diri dengan bestnye. Hehe.

Contoh yang paling jelas akak nampak (even akak hanyalah budak PST) ialah Kak Ika (roommate), Kak Ju dan Kak Fateh (classmates). Dorang ni semua adalah PDT. Tapi, bila batch akak masuk, kitorang sama-sama jadi PST. Nice huh? ;)

Aeh? Pening tak? Huhe.

Contoh:
Adik Nina ialah seorang pelajar PDT pada 2011/2012. Tapi, bila batch 2012/2013 masuk, Nina akan jadi PST sama macam dorang yang dapat PST waktu tuh (yakni batch 2012/2013). Haaa...Clear tak? Hehe.

PDT ini, banyak kelebihan juga tau. Antaranya:

1. Dapat ulang kaji pelajaran. Yelah. Sebabnye, korang akan belajar benda yang sama untuk 2 tahun pengajian di sana. So, peluang untuk fahami soalan dan ritma pengajaran juga lebih sedikit daripada budak PST yang kena jadi fast learner dan mungkin stressed bagi yang terlalu fikirkan stressed. Haha.

2. Belajar dalam keadaan relax. Kalau tak silap akak, masa batch 07/08 dulu, dorang banyak buat aktiviti. Ada pameran sains la. Hiking la. Macam-macam. Jeles juga kitorang yang budak PST ini tengok. Haha. Kalau tak silap akak juga, budak PDT akan belajar separuh daripada syllabus budak PST. So, bila Nina jadi budak PST tahun 12/13, mesti Nina dapat score banyak bagi quiz dan test. InsyaAllah. hehe.

3. Dapat menandingi pelajar PST. Inipun, bergantung pada diri juga. Kalau malas, tak dapat lah best. Tapi, kalau rajin, dan rezeki itu milik anda, insyaAllah, ok punya. Macam Kak Ju. Dia budak PDT. Dan sekarang sambung degree of Pharmacy di UPM. Best tak? So, rajin-rajinkan diri k. Hehe.

4. Dapat mengenali ramai guru. Disebabkan korang belajar selama 2 tahun, so, peluang untuk kenal ramai tenaga pengajar juga tinggi. Kalau ada benda yang tak faham, boleh tanya guru yang anda senangi. Haa... Kan bagus tuh. :)

5. Dapat mengetahui selok belok KMJ terlebih dahulu. Mana taknye, korang dah masuk setahun dari budak PST batch 12/13. So, of course la korang lebih tahu kan? Tapi, takmo sombong-sombong tau. Orang bertanya, kita jawab dengan baik kalau tahu. (n_n)

Oh ye. KMJ tidak menyediakan lift tau. Makanya, kalau dapat tingkat 4, sila sediakan stok makanan yang banyak. Huehehehe. Akak dapat tingkat 2. Just nice. ^_^ (saje nak bagi jeles. Haha.)

Perasan tak kenapa tulis, ninakim a.k.a nignagger? Sebab ini.


Ok. Itu jelah kot.


Akak dah update. Hehe. Hope u like it dan berpuas hati dengan entry yang tak seberapa ini. Semoga lebih berjaya di masa hadapan. Chaiyok2!! :)

p/s: kk tu ape ye? Huhu. Nanti akak update later kalau akak tahu. Hehe. Sory yup. :)
p/s/s: kalau tak faham dan ada sesuatu nak tanya, boleh je tanya di formspring akak. :)

Friday, April 29, 2011

KMJ: special dedication for Adik Hummairah. :)

Salam Ceria Kawan2! :)

Selepas hari itu orang duk cerita pasal result SPM, sekarang ni, adik-adik yang mengambil SPM pasti berdebar-debar nak tunggu tawaran pula kan? Hehe. Relax je. *padahal, masa aku dulu pun, berdebar2 juge. hehe*

Ok. Entry ni special untuk Adik Hummairah. Dia tanya kat shoutmix.


#1 Life at KMJ

Life dia sama je macam kolej-kolej lain. Biasanya, start kul 8am - 5pm. Ikut timetable masing-masing. Kalau dulu, akak dapat KH3P21 (baca: Kuliah Hayat 3 Praktikum 21). Pening? Hehe. Relax.

Maksud dia macam ni. Hayat utk pelajar yang ambil Biologi, Kimia dan Math (bukan hanya ada math mode sahaja, tapi, add math sekali).

Kalau dapat KF3P18 (baca: Kuliah Fizikal 3 Praktikum 18). Fizikal pula dorang ambil subjek Fizik, Kimia dan Math.

....Akak dapat Fizikal instead of Hayat. Tapi, akak tukar. Pertukaran hanya boleh dilakukan masa minggu orentasi sahaja. Kalau nak tukar dari PST (Program Satu Tahun) ke PDT (Program Dua Tahun) pon boleh. Tapi, akak tak pasti prosedur macam mana. Hehe...

Kuliah ni, campuran beberapa praktikum yang lain. Praktikum pula, macam kelas. Selalunya, praktikum hanya mempunyai 18-24 orang pelajar. Sikit kan? senang sikit nak faham. :)

Kuliah macam belajar beramai-ramai yang kita tgk dalam drama tuh sume. Dalam lecture hall. Selalunya, lecturer hanya mengajar. Tapi, dorang still akan tanya di akhir slot, "Ada sesiapa yang tak faham?" atau "Ada sesiapa nak tanya soalan?". hehe. Common things. Dan pelajar selalunya diam. Hahaha. Kan? Tapi, masa KH3 batch 07/08, ada juga yg rajin bertanya. Depends la pada zaman dan perangai pelajar waktu tu. :)

Praktikum pula, perbincangan dengan lecturer. Masa ni adalah masa terbaik untuk bertanyakan soalan yang tidak difahami. Selalunya, tutorial dah diberi siap-siap selepas habis satu bab takpun, selepas beberapa kuliah. It depends on lecturer yang mengajar kuliah. So, kena alert masa last kuliah. *Masa awal-awal, kalo ngantuk, nak tido pon boleh.* Hahaha. Aeh? takmo2. Jangan buat macam tu tau. ;p

Subjek lain yang kena belajar selain 3 basics di atas ialah Dinamika, Sains Komputer, Pengajian Islam dan English.

Dinamika.
Subjek yang ajar protokol2 ketika di majlis-majlis besar. Eceh! hehe. Ajar cara makan, pegang sudu, dress-up, dan protokol-protokol lain. Nanti, akan ada Malam Dinamika a.k.a dinner. Masa ni, nak nasihatkan adik-adik supaya jangan berlebihan ketika berbelanja. Ada orang, sanggup beli baju mahal-mahal untul majlis ini. Padahal, kalau pakaian itu kemas dan bersesuaian, ok je. Kalau mampu, takpela kan. Markah pun bukan bergantung pada betapa mahalnya baju tuh. Tiada hypothesis yg menyatakan, "semakin mahal baju yang dipakai, semakin banyak markah". Takda2. hehe.

Sains Komputer.
Ajar kita guna microsoft excel, adobe photoshop, dan macam-macam lagi. Subjek ni cross ngan Dinamika selalunya. Kalau Dinamika kena ambil semasa sem1, Sains Komputer kena ambil semasa sem2. Macam itulah jikalau sebaliknya.

Pengajian Islam.
Subjek ini kita perlu lulus. Nanti, kuar result, tak cantik. *Aeh, untuk result je? Actually, untu makanan rohani juga. Hehe. Penting2.* Ada ujian hafazan dan bacaan Al-Quran. Masa akak dulu, Ujian Hafazan dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas. Mudah kan? hehe.

English.
Haa. Ada presentation. Kalau macam kawan akak di KMPP (Fiera, Ida dan lain-lain), dorang buat sketsa lakonan. Kalau macam kitorang, buat Forum, Debate dll. Depends pada lecturer. Subjek ini sebenarnya preparation untuk kita ambil MUET di matric. MUET selalunya semasa semester 2. Buat betul-betul tau. :)

Laboratory.
Hanya ada untuk subjek Biologi, Kimia dan Fizik. Pelajar Akaun tiada lab. Huhe. Lab coat pun diberi...........pinjam. Huahaha. Ok la kan. Kalau di U, lab coat sendiri. Busuk sebab sendiri, kotor sebab sendiri. Hehe.

zaman akak: suka giler pergi Lab. Terutama lab kimia. Seronok. Alatan dia lengkap. hehe. (n_n)

#2 Dress code

Hehe. Yang ni, bagi yang ingin cepat membesar, tak berapa suka sangat kot. Sebab, kena pakai baju kurung bagi perempuan dan kemeja ber-tie dan tuck-in bagi lelaki. Kalau non-muslim, kena pakai skirt/seluar bawah lutut.

Bahagian kaki, of course la kena pakai kasut bertutup. Warna apa-apa tak kisah. Dulu, akak pakai warna putih dan hitam je. Haha. Selebet je.

Tudung pun tak kisah warna apa-apa. Nak pakai selendang, lilit kepala, suka hati. Asalkan bertudung. Tapi, kalau yang free hair, WAJIB pakai masa kelas Pengajian Islam. Nanti kena hentam dengan ustazah. Tapi kan, kalau bertudung terus, lagi comel. Seyes tak tipu. :)

Dalam library pun kena pakai yang kemas-kemas. TIDAK DIBENARKAN memakai selipar. Selipar Jepun ke Korea ke Perancis ke. Tak boleh. At least, pakai sandal.

.....Akak pernah kena tenung ngan librarian sebab pakai selipar masuk library. Masa tu nak ambil reference yang akak pinjam je pun. Hihihihi. Tak perasan tersarung selipar. Dah sampai library baru perasan. Tak sempat (malas sebanrnya) nak patah balik. Pujuk kakak tu kejap, cepat2 ambil reference, terus blah. Hahaha.......

Kalau setakat nak pergi masjid, ko-op (kedai runcit), cafe, pakai selipar je ok. Ikutlah. Kalau nak pakai baju kurung dan berkasut tutup pun boleh. Manala tahu tetibe nak pakai baju kurung malam-malam kan. Haha. ;p

Haaa! kalau kelas malam pun (selalunya kelas ganti atau nak kejar silibus), kena pakai baju kurung dan berkasut tutup tau. Tapi, pandai-pandailah korang pujuk lecturer eah? hehe. Lecturer akak best2 waktu tu. Dia benarkan kitorang pakai track suit dan t-shirt. Cuma kena pakai sandal. Takleh selipar. Hehe. Jangan jeles.

#3 Pros and cons

Pros. 
1. Ada cyber cafe. Library. Dalam library pon ada internet. Tapi, satu jam seorang kalau tak silap. Tak tahulah sistem sekarang macam mana. Entah-entah dah tak laku cyber cafe dan library tuh. Sebab, masing-masing ada laptop sendiri.

Aeh. Kitorang dulu, buat report, guna tangan. Memang season. Tapi, cantik. Hehe perasan! Cuma coursework English kena guna type-written. Ikut lecturer juga sebenarnya.

2. 1 bilik, ada 4 katil untuk 4 orang. Best! Lagi-lagi masa bulan puasa. Kitorang bangun sahur dan berbuka bersama. Kalau nak meriah lagi, ajak budak bilik depan, kiri dan kanan join sekali. Hehe. Tapi, korang tak sempat rasa kot. Sebab kali ni, daftar semasa raya kan? Hahaha.

3. Setiap orang ada meja study, kerusi, dan almari. Tilam pun disediakan. Bantal pun disediakan. Cuma kena pulangkan masa hari terakhir di situ. Bawa cadar dan sarung bantal je.

...Akak bawa bantal lebih, sebab suka peluk bantal masa tidur. Hehe. Depends pada korang....

4. Ampaian pun selesa. Ada mesin basuh. RM2 setiap kali basuhan.

5. Bilik pantry, iron, iron board, mesin air panas sejuk pun ada.

6. KMJ ni, pada akak, kedudukan dia sistematik. Masjid, library, ko-op, bilik tutor, kuliah, bilik lecturer, ada di tengah-tengah. Sekeliling tu, kolej kediaman.

7. Ada basikal, court badminton, tennis, squash, futsal, sepak takraw, playground (kat kawasan kediaman lecturer. wahaha).

8. kalau jogging masa pagi-pagi atau petang-petang pun seronok. Suasana yang nyaman. Sebab berdekatan dengan hutan. So, dapat sedut banyak oksigen yang fresh. Tapi, tak tahulah keadaan cuaca sekarang ni, suasana kat sana masih sama atau tidak.

9. Pakcik penjual Aiskrim depan pintu masuk KMJ. Haa!! Best. Try la rasa. Hehe. Murah. But again, tak tahulah masih sama ke tidak penjualnya.

.....Rindu nak makan Aiskrim bersama 'Aieen dan Su....

10. Tasik Buatan. Dalam ni, ada ikan-ikan yang sentiasa lapar. Kalau bosan, stress, berdating, bawa la roti-roti yang expired bagi makan kat ikan tu. Hehe.

......Berdating ngan Kak Ika. Hahaha......

11. Outing. Boleh naik "kereta sapu" macam teksi jugala ni. Tapi, kena charge RM1 seorang. Ada disediakan bas juga. RM1 seorang. Ntah ada ke tidak Uncle Raja. hehe. Pergi bandar Tangkak selalunya. Haaa... Boleh la membeli kain. Dorang kata murah-murah.

12. Yang paling penting, lecturer semua sporting dan best-best!! Hehe.

13. Kedua terpenting. Tomyam cafe C menjadi favourite akak dan roommate2 akak. Aeh? ;p

.....Kak Ika yang perkenalkan. Kongsi-kongsi.......

14. Akan ada sesi photography. Pakai coat. Smart. Macam kat UiTM kalau tak silap. U akak sekarang ni, sempoi je. Suka hati nak pakai apa-apa. Hehe.

Haiiihhh! Banyak lagi. Nanti akak top-up. Takpun, kawan-kawan akak yang top-upkan di komen. Itupun, kalau dorang komen. Hehe. (n_n)

Cons.
1. Lab coat pinjam. Bukan hak milik peribadi.
2. Penat sikit bila jadual full dan non-stop.
3. Bagi perempuan, takleh pergi makan kat cafe lelaki. Tapi, lelaki boleh makan kat cafe perempuan.
4. Kena bawa kunci selalu, even dalam toilet. Kalau tidak, nak tunggu roommate habis makan atau balik dari kelas, berjanggut jugalah.

.....Aeh. Su. Awak kan yang tertinggal kunci masa tu? Hahahaha......

5. Tutorial banyak. (Itu sebab sifat bertangguh.)
6. ntahlah.. tak tahu dah nak cakap apa. yang 5 di atas ni pun, lama berfikir. macam dah takda. Hehe. ;p

Oklah. Kepada Adik Hummairah. Kalau ada sebarang pertanyaan lagi, bolehlah diutarakan (jangan diselatankan) ye. Hehe. Jangan segan-segan. Kalau tahu, akak beritahu. Yang mana akak leh tolong, akak tolong. Begitulah sebaliknya. kuikuikui.

Semoga bahagia dan terus berjaya!! All the best to you and your friends! (n_n)

Thursday, January 27, 2011

Happy Birthday Roommate!!! :)

Salam Ceria! :)

Yeayhh! kali ini bersiaran secara tak langsung sambutan hari jadi 2 orang room mate saya. 'Aieen pada 17 Januari hari itu dan Kak Ika pada 27 Januari. Kenapa tak langsung?? Sebab, saya da siapkan awal-awal dan publish secara scheduled. Hehe.

Hey kamu! Mungkin kamu terasa jauh, tetapi, kenangan itu cukup dekat dalam hati ini. (n_n)

wahaha~~

Aeh??!! Kenapakah post pada 27 Januari pula? 'Aieen tak kecil hati ke? Hehe.

Seharusnya ada special day pada hari ini.

Korang ingat lagi tak? Tak ingat pun takpe. Tak kecil hati pun. :P

27 Januari 2008 nilah aku dan Suliza Sumari plan surprisekan dorang berdua. Aku tak ingat la cuti seminggu ataupun sebulan before tu. Tapi yang pasti, naik cuti lah. Actually, plan kitorang sebelum cuti lagi. Dorang tak tahu pun. Nasib baik menjadi jugak kan Su? hehe.

Kitorang dah plan, buat-buat tak ingat besday 'Aieen dan wish Kak Ika gitu-gitu je. Wish pun sebab Kak Ika ingatkan. wahaha~ Kemudiannya, plan itu makin cantik pula apabila 'Aieen dan kak Ika pergi mandi pada waktu yang sama. Selalunya, 'Aieen suka mandi lambat. Mungkin dia letih sangat kot. Takpun, kecewa hentak-hentak kaki tengok aku dan Su wish dan ingat besday Kak Ika tapi konon-konon besday dia kitorang tak ingat. keh3. Jangan marah haa! Senyum-senyum. :)

Aku dah mandi awal-awal waktu tuh. Ape lagi, lekas-lekas kitorang prepare makanan, tempat duduk dan hidang-hidang semua. Kek dibawa khas dari Bukit Gambir, Muar. Bukan Bukit Gambir, Pulau Pinang ye. Haha. Kek coklat. Sangat comel ok! Yang paling penting, sedap. Pandai Su pilih.

Pastu kan, tetibe pintu diketuk dari luar. Aku jerit je dari dalam.

Aku: "Sape?"
'Aieen: "Bell. Bukala pintu. 'Aieen nih."
Aku: "jap-jap." Sambil aku gelabah dalam tu dengan Su.

Call Hajar, Sida, Syaza (budak-budak bilik depan) suruh dorang borak-borak dengan 'Aieen.

'Aieen: "bell!! Su!! Bukalah pintu nih!"

Pastu sokseksoksek aku dengar Hajar dan Syaza panggil 'Aieen masuk bilik dorang. wahaha~ Lakonan yang mantap. Terima kasih! hehe.

Dah nak siap kemas....Tiba-tiba pintu diketuk lagi. Kali ini, aku tak tanya, aku terus buka pintu. tengok-tengok Kak Ika di luar bilik. Mata kami bertembung dan muka aku terkejut. Tanpa kata, aku terus tutup pintu semula. Kak Ika keep knock the door sambil jerit-jerit nak nangis. hehe.

Perghh!! Kak Ika mesti sure-sure terasa punya. Mana taknye, aku tutup pintu tanpa signal papepun. Hahahaha. And yes! She was. Huhu. Maafkan saya. :'(

Su call Hajar ajak 'Aieen kembali ke bilik kami semula.

Pastu, aku dan Su get ready kat depan pintu sambil pasang telinga dengar suara 'Aieen dah keluar dari bilik depan. Dengar je suara 'Aieen, kitorang buka pintu dan jerit.........

SURPRISE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

happy birthday to 'Aieen dan Kak Ika
happy birthday to 'Aieen dan Kak Ika
happy birthday to both of you
happy birthday to 'Aieen dan Kak Ika

hehehe. Pastu kitorang pun makan sama-sama. Bercerita itu dan ini. Takde ye adegan baling-baling tepung segala. Kitorang kan budak baik. Hak3. Gambar masa tuh, sangat happening giler. Gambar terpaksa dicensored sebab aurat antara wanita sahaja. hahaha. Rindu lah kat korang. Huhu. Semoga ukhwah kita kekal selamanya. InsyaAllah. :)

My Memories. :)

Sunday, October 17, 2010

kenangan lalu.

Salam Ceria! =D

Alhamdulillah. Macam best pula nak kenang kisah silam sebentar. Haha.

Semalam kat FB, seorang kawan sekolah menengah sedang mencari seorang gadis yang dia berkenan semasa 2003 (rasanya kitorang baru Form 2), tapi dia pendamkan sebab pemikiran dia waktu itu, fikir study. Great eh? Haa antara ciri-ciri lelaki idaman dalam senarai aku itu. Nak ber'kawan rapat' bukan untuk main-main. Sweet. (Cik Fiera yang suruh saya tulis. ;p). Zaman sekolah memang banyak kenangan. Rindu!

Bukan nak cerita pasal itu. Ok sebenarnya, aku nak bercerita *possibilities* faktor-faktor result aku gempaq waktu sekolah dan emmm kurang memuaskan waktu kat U. Aiseyh!

Waktu sekolah:

Aku duduk bilik sorang-sorang. Sebab semua kakak-kakak aku dah keluar dari rumah. Aeh! Bukan lari dari rumah. Tapi, keluar berumahtangga, bekerja dan belajar. So, bilik itu aku yang punya. Haha. Kejam giler ayat aku.

Semua homework aku siapkan. Adala tiru sedikit-sedikit terutamanya Bahasa Inggeris. Err pelik eah? Ntah. Aku pun rasa pelik. Biarlah.

Walaupun mempunyai handphone masa Form4, tak tergugat lagi. Maintain je. Bagus2!!

Selalu study depan televisyen terutamanya subjek Math. Haa. I like Math!! Ex-roommate kat Matric aku marah bila dia tahu aku tak ambil Math kat U. Dia bebel macam-macam. Haha. Takpe. Aku suka dengar dia bebel. Bebelan sayang + caring gitu. Suke! Thanx yup! =D

Selalu buat study group kat sekolah. Cikgu tak masuk kelas je, kitorang berkumpul ramai-ramai, bincang soalan yang susah-susah. Tapi, ada gak tengah pening-pening kepala waktu itu kawan lelaki dan perempuan aku meminta pandangan berkenaan CINTA. Haha. Lawak! Bukan untuk dorang lawak itu. Tapi untuk aku la. Budak mentah bercerita cinta. Ape la agaknya tips yang aku bagi kat dorang eah? (=_=")

Rajin tanya cikgu-cikgu sampai Bilik Guru itu dah jadi tempat kedua aku selepas kelas. Haha. Hebat tak? Kekadang itu, tolong cikgu-cikgu stapler soalan lah, tolong angkut barang pindah ke perpustakaan la. Haha. Makan bekal cikgu pun pernah. Perghh! Memang enjoy dan heaven waktu itu. Best!

Kat Matric:

Ex-rommate aku kaki study. Haha segan lah kalau orang study kita tido. So, rajin jugakla study. Walaupon fakta sebenarnya, memang banyak tido dari belajar. Haha. Roommate aku pun da biasa. Terima kasih ye roommate-roommate ku sekalian.  Hehe. =D Ada gak waktu-waktu dorang tergugat tengok aku tido, so, dorang pun join sama. Haih! Aku telah ajar dorang buat jahat. Maaf. Huhe.

Selalu jugak berbincang dengan Cikgu di Matric. Dorang memang sporting habis. Terutamanya subjek Kimia dan Math. Bio? Emm aku tak suka sangat. Alaaa.. Mr Bio jangan kecil hati pula ya. Senyum. =D

Takda laptop lagi.

Di Universiti:

Tahun pertama masih maintain tiada laptop. Boleh jugak la belajar-belajar. Masuk Tahun kedua, penggunaan laptop bermula. Lab report, assignment BI dan apa-apa jelah. Baru aku berjinak-jinak dengan laptop. Result aku pun dah merundum. Leka. (T_T)

Masa banyak dihabiskan di bilik. Bersama internet.

Malu nak jumpa Pensyarah-pensyarah. Jumpa pun untuk berbincang hal lain. Takda pun nak tanya subjek yang tak faham. (T_T)

Tak buat langsung study group. Aku sendiri yang tak nak join. Subjek aku dah banyak kena hafal. (T_T)

Semua sebab aku dah leka dan lalai dengan internet. Tengok movie. Online FB. Hurrmmmm.. Apa-apapun, semua itu salah aku. Bukan salah orang lain.

Ok. Takpe. Masih ada masa. 2 years to go. Chaiyok2!! =D

Pesanan: Emm kamu tahu? Sehebat mana pun kita dahulu, tapi apabila kita mensia-siakan masa yang kita ada sekarang, tak ada guna nya juga. Worthless. Jadi, kalau mahu berjaya, ingat waktu ini, buat sesuatu yang baik untuk masa hadapan. Bukan untuk mengenang kenangan silam yang mungkin hebat dan memang membanggakan. Tapi, itu tinggalan sejarah. Manis untuk dikenang. Tapi, tak boleh diguna untuk masa hadapan. Hanya untuk KENANGAN yang tersemat kukuh dalam ingatan.

Kepada semua terima kasih ya! Hehe. Dengan kasih sayang yang mencurah-curah dari ladang gandum, aku menyayangi mu. Tanpa kalian semua, aku mungkin bukan aku sekarang. =D