KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Saturday, October 16, 2010

Diam. Kadang-kadang membahayakan juga.

Salam Ceria! =D

Segmen motivasi ala-ala tak motivasi gitu untuk diri kembali lagi bersama Nur. Eceewaah!

Pertama-tamanya, aku ingin memohon maaf kerana ketidakstabilan diri berlaku pada minggu lepas. Daya pengawalan emosi berkurangan. Perasaan sedih yang tak sepatutnya dilayan. Maaf ya.

Baiklah. Cakap pasal diam ini. Emm. Frankly speaking, antara ciri-ciri lelaki idaman aku ialah seorang yang pendiam tapi at certain place (kalau tak dapat pun takpe. Aku terima seadanya kamu. Hehe). Bukan semua tempat dia diam sampai orang nak beramah mesra pon buat tak tahu. Itu parah. Biar diam-diam ubi berisi. Jangan diam-diam kumpul benci. I don't like this. Sedih hati ini. Kamu bukan tahu kan? Haha.

Aku tak kisah kalau diam dia itu membawa kepada kebaikan ummah. Contohnya, tidak menyebarkan fitnah. Bagus itu. Tapi, kalau diam yang boleh mengecewakan hati orang lain, aku bisa terguris. Contohnya, kamu tidak ingin terlibat dalam perkara itu, tetapi kamu membenarkan perkara itu terjadi. Katamu, takut mengecewakan hati orang itu. Tetapi, tiba-tiba kamu menghilangkan diri, diam seribu bahasa. Mengelak itu, mengelak ini. Tetapi, tahukah kamu, disebabkan permulaan yang kamu kata taknak kecewakan orang lain itu, akhirnya, telah mengecewakan ramai pihak yang lain. Sedarlah. Bangkitlah. Kalau kamu beritahu hal sebenar, tidak ada apa-apa pun. Mungkinlah, permulaannya, orang itu sedih, tapi, dah lama-lama nanti pasti akan terubat punya.

But, I admit it. Sometimes, when we lost, sad, some of us need a place to be alone. Itu lumrah lah kawan. Nak kawal kemarahan pun, kita bisa diam kan? It's ok. Aku faham. Dan aku tak pernah marah kalau dah sifat seseorang itu pendiam. Tapi, satu sahaja pintaku, diam pun ada tempatnya.

Hey kawan. Aku pun ada juga diam tau. Tapi, rata-rata kawan aku cakap pada aku, "Emm diam-diam pun ada la dalam 5 minit." Aigooooo~~

Tapi, banyak cakap pun tak elok juga. Huhu (T_T)

So, jom kita bersederhana. Diam sikit. Cakap sikit. Ketawa sikit. Sedih sikit. Semoga semua orang bahagia, aman dan sentosa. Selepas ini, dah takda dah sakit hati.

Hati kan ada satu je. So, hargailah hati yang satu itu. Haihh! Ada kaitan ke? ;)

0 org berkongsi rasa: