KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.
Showing posts with label rumah sewa. Show all posts
Showing posts with label rumah sewa. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Ada Yang Masih Sayang.

Di update laju-laju. Haha.

Salam Ceria untuk semua!!! :)

Tiba-tiba teringat satu kisah ini.

Kak Y: Em kenapa tak pakai stokin?

.................. (Diam jap. Malu.) Aeh, akak perasan ea kita pakai stokin hari-hari? Hehehe. Stokin basuh kak. Yang lain kat tempat baju kotor. Pastu, ada satu lagi patutnya. Tapi, hilang sebelah. Ntah kat mana ntah. (Walaupun fakta, tapi ini semua alasan bukan? Huhuhu)

Kak Y: Em macam pelik bila tengok Bella tak pakai stokin. Carilah lagi sebelah tuh. Akak rasa macam nampak ritu.

Hehe ok. (still dalam mood malu. Hoho.)

Kak M: A'ah la Bella. Akak pun macam nampak ritu.

Hohoho. Tak sangka ada yang memerhatikan tindak tanduk aku (dan sayang aku). Padahal, aku baru je kenal beberapa bulan.

Apa-apapun, istiqamah harus ada walaupun untuk benda yang simple tapi ke arah kebaikan.

Kalaulah aku tidak ditegur, mungkin aku buat tak tahu je kot. Tambahan pula, masa ritu, musim hujan. Sangat malas nak basuh hari-hari. Oh. Aku ada banyak stokin. Cuma dah koyak. Tinggal tiga. Itu yang kena basuh hari-hari. Ntah. Tak berbelanja pun untuk itu. Huhu. Nampak sangat iman aku senipis bawang (mungkin lebih nipis dari itu).

Terima kasih Ya Allah kerana tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa menasihati aku, menyayangi aku dan mengingatkan aku terhadap suruhan dan laranganMu.

Alhamdulillah. :)

p/s: Mungkin sebab itulah Allah timpakan ujian dan dugaan kepada kita. Itu mungkin cara Dia menegur kita betapa alpanya diri kita dalam mengingatiNya kan? Itu juga tanda Dia ingat dan sayang kat kita. Sebab itu jangan mudah lupa untuk ucapkan alhamdulillah kepada Dia. InsyaAllah. (n_n)

Thursday, March 10, 2011

Kegilaan Di Malam Hari

Salam di awal pagi! :)

Oh! badan penat sangat. Mata ngantuk giler. Tapi, takleh nak tido. Terkebil-kebil mata ini. Haha. Sebenarnya, tadi, aku bermain congkak dengan housemate aku. Perghh! Hebat gila Kak Yam main. Sampai ter'buta' 3 mata aku. Dush3!! Even game yang last aku menang, tapi, Kak Yam still macm menang besar. Sebab selalu dapat memulakan game dan kalau 'buta' pun, hanya 1 atau 2  mata je. Huhe.

Kami start main kul 10 tadi. Padahal, mata masing-masing tahap nak terpejam dah waktu tuh. Kalau disorongkan bantal nih, confirm tido. Main je congkak, terus segar bugar. Ceeh!

Aeh? Korang mesti pernah dengar punya, mak-mak kita dulu selalu cakap, "jangan main congkak malam-malam, nanti.........". Alamak! Aku terlupa lah reason dia apa. Kalau ada sesiapa yang tahu, let me know yar. Hehe.

Tapi, aku ngan Kak Yam fikir mungkin sebab akan lambat tido. Haha. Macam kami ni lah. memang gila. Padahal, esok nak kena pergi kerja nih.

>>projek on going. Walaupun nak dalam 1600g untuk laboratory test, nak menghasilkannya sedikit sangat rumit. Oh! Bila balik, baju mesti bau oven. Haha. Cepatlah siap. Please be nice to me ok. (n_n)