KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.
Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Bercakap Bila Perlu

Salam Ceria Kawan-kawan!! :)

Alhamdulillah. Bertemu lagi dalam segmen memotivasikan diri. Eceh! Hehe.

Sebelum itu, saya dah tukar template dan warna yang baru. Saja je. Nak nampak lebih feminin. Ok tak? *malu*

Ok-ok. Kembali ke tajuk asal k. =)

Banyak bercakap memang tak digemari sejak berkurun dahulu lagi. Bukan sahaja memudaratkan diri sendiri, malahan orang di sekeliling turut merasa tempias.

Kadang-kadang bercakap terlalu lama boleh menyebabkan terjadinya mengumpat. Yelah. Nak mencari idea dan modal bercerita. Sudah habis perihal diri, perihal orang lain pula menjadi tajuk. Isyh3. Kan bahaya tuh. Not nice kan?

Lain halnya kalau sudah lama tidak bertemu dengan kawan sepermainan, kawan sekolej dan seumpamamnya. Masa tuh, memang banyak benda nak cerita. Dan tak jadi masalah bercerita berkenaan hal diri sendiri. Yang pasti, bukan duk mengata hal orang lain.

Kalau sudah di medan pekerjaan, benda ini harus dijaga dengan baik. Tak semua teman sepejabat boleh berkongsi rasa seperti zaman persekolahan, kolej, universiti. Semua akan berubah. Masa inilah, akan terjadinya, bodek terlebih, tikam belakang dan perkara-perkara lain. So, be careful ok.

Sebab itulah, "bercakap bila perlu" ini perlu diamalkan demi kesejahteraan bersama.

Ok. Itu sahaja. Tak cukup masa nak olah. Semuanya, apa yang terlintas di fikiran sahaja. Bertemu lagi di lain waktu.

Tatatititutu~~~~ (n_n)

Oh! Hari ini, saya kurang bercakap. Senyum sahaja. Waaah! Saya pasti, mesti ramai yang tak percaya. Hehe. Tapi itulah kenyataannya. Yeaaayyhhh!!

p/s: bercakap memang kurang. Menaip je banyak.

Tuesday, March 22, 2011

Tak Mengenali, Tidak Semestinya Tak Memahami

Salam Bahagia kepada Semua!! :)

Alhamdulillah. Terasa ingin mencoretkan sesuatu di sini hari ini. Banyak peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini membuatkan pemikiran semakin terbuka. Rasanyalah. Hehe.

Maaf juga pada Kak Nabilah (pengunjung dan pengomen tegar blog ini. hehe). Huhu. Takda story la kak. Plus, takda masa nak menaip. Papepun, terima kasih kak! (n_n) Entry ini pun terhasil sebab akak dan ilham dariNya. hehe.

Emmm ok. Jom story mory sikit.

Ada kawan yang kata memahami kita, tetapi, dia hanya mendengar luahan hati kita. Ada juga yang hanya mendengar dan membaca cerita kita melalui telefon atau jalur wayar tanpa lebar, tetapi, menyelami hati kita. Banyak orang. Banyak juga ragamnya. Pening ke? Jangan pening-pening. Normal lah tu.

Tapi, ini bukan untuk mencari siapa salah, siapa betul, siapa faham, siapa tidak.

Orang disekeliling kamu ialah apa yang kamu fikirkan walaupun kamu hanya dapat menatap namanya sahaja.

Aku rasa ini. Orang yang mengenali kita, kadang-kadang tak betul-betul memahami kita. Sama ada kita yang tak memahamkan mereka atau mereka yang cuba nak faham kita tapi tak membuka minda secara jelas dan terang. Jadi, tak dapatlah nak faham kita.

Oleh kerana itu, bersederhanalah dalam membenci seseorang. Mungkin, orang yang anda tak kenali itu, memahami anda lebih daripada orang yang mengenali anda.

p/s: saya seorang yang ganas dan tak romantik. Percaya? haha.

Monday, January 10, 2011

Institusi Pengajian Tinggi

Salam Semua! :)

Apa khabar? Kalau sihat, alhamdulillah. Itu adalah nikmat. Kalau sakit pun alhamdulillah. Itu adalah tarbiyah.

Ok-ok. Back to mauduk kita pada hari ini. IPT.

Setinggi manapun kamu belajar, tanpa pengalaman dan bahasa yang baik, tiada gunanya.

Seperti yang diberitahu pada entry lepas bahawa pengalaman itu merupakan hadiah yang paling berharga di dalam kehidupan. Iye. Dari segi theory, mungkin kamu taico, sifu dan segala gelaran yang hebat-hebat semua untuk kamu. But, in practically, you are so worst.

Oleh itu, jangan takut untuk menghadapi pengalaman-pengalaman dalam kehidupan. Teruskan dengan cabaran. Berani mengambil risiko. Baru kamu nampak dunia ini macam mana sifatnya.

Kalau kamu masih di takuk yang lama, takut diketawakan, takut dipandang rendah, baik kamu duduk sahaja di rumah. Di kawasan yang orang menghormati kamu. Di kawasan yang orang rasa kamu ialah terhebat. Tapi,  tunggulah di saat kamu terjatuh, ditinggalkan dan terkeluar dari zon selamat dan selesa itu, kamu akan merasai keperitan yang terlalu pahit.

Pilih. Nak sakit teruk atau sakit biasa?

Bahasa juga memainkan peranan yang penting. Communication is the basic thing that you should master it. Gilo ke ape ko nak bersosial tapi tak reti berkomunikasi? Memang jadi kera sumbang la ko. Boleh tension pale hotak nih. (ops! jangan tiru tulisan macam ini. Haha)

Perkara yang nak ditekankan disini, Institusi Pengajian Tinggi merupakan satu medan untuk kamu memperbaiki kelemahan diri, meningkatkan keyakinan dan meluaskan jaringan sosial. Manala tahu kan, tup-tup jiran sebelah bilik kamu merupakan Menteri Besar ke, Perdana Menteri ke, Menteri Kewangan ke kan. Boleh minta tolong pape nanti. Wahahaha~~

Pastu, aku macam nak suggestkan semua orang amek practical/internship/latihan industri la. Korang akan tahu suasana alam pekerjaan macam mana nanti. InsyaAllah, selepas itu, korang bersedia untuk menempuhi bidang pekerjaan yang akan datang.

Sesuai ke tajuk aku dengan entry ini? Ah! Hentam sahajalah. Hehe. Jangan marah haa. Senyum. :)

Institusi Pengajian Tinggi mengikut kamus nunama:
Kolej Awam, Kolej Swasta, Politeknik, IPTA, IPTS. In other words, apa-apa pusat pembelajaran selepas tamat SPM.