Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Salam sahabat yang dirahmati Allah sekalian. :)
Aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas segala nikmat dan rahmatMu Ya Allah.
Sungguh. Aku berterima kasih kepadaMu kerana mengurniakan sepasang ibu bapa iaitu Puan Ummi dan Incek Abah kerana telah berjaya menyatukan sperma dan ovum, membentuk zigot, embryo dan seterusnya fetus. Lalu terhasillah aku atas buah cinta mereka berdua. Alhamdulillah kerana telah memberi aku peluang melihat teriknya mentari dan indahnya bulan.
Aku yang sekarang ini amat bersyukur kerana punya kamu sebagai salah satu talian dan hubungan cintaku kepada Dia. Anugerah cinta teragung.
Terima kasihku kepada kalian kerana telah menjaga dan mendidik diriku sedari rohku belum ditiupkan lagi. Sentiasa mendoakan anak yang kecil ini supaya tidak lari dari jalan yang lurus dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Air mata kalian yang tumpah sepanjang umurku, ku mohon ampun. Air mata kerinduan, air mata kegembiraan, air mata kesedihan, air mata yang membesarkan. Ku mohon ampun duhai Puan Ummi dan Incek Abah. Ingin ku peluk ciummu di kejauhan. Sesungguhnya, tiada kasih sayang yang lebih ternilai yang Dia tetapkan untuk aku yang bergelar anak.
Ya. Genaplah sudah umurku 21 tahun pada hari ini. Mengikut surat beranakku yang bernombor I 2**78*, aku dilahirkan pada jam 7.59am dengan ke'berat'an ku pada ketika itu 3.4kg. Berat juga bagi seorang bayi. Alhamdulillah. Puan Ummi bercerita Incek Abah yang melaungkan Iqamat ke telingaku. Syukur. Sesungguhnya, kelahiran aku ketika itu tidak terduga oleh Puan Ummi dan Incek Abah kerana faktor umur. Tetapi, kuasa Dia, tiada siapa yang boleh menidakkan.
"Kun fayakun" - Jadilah, maka jadilah. Terima kasih Ya Allah.
Umur 21 ini, ku rasakan umur yang masih mentah. Oleh itu kawan-kawan, tegurlah akan kesilapan diri yang kerdil ini. InsyaAllah, aku bersedia untuk mengajar dan diajar juga. Sesuai dengan status aku sebagai seorang pelajar untuk belajar.
Oh. Doaku, supaya mampu menjadi anak yang solehah, isteri dan ibu mithali (jika diizinkan), kawan yang sentiasa bersedia, hamba yang taat, pelajar yang cemerlang, dan mempunyai hati yang penuh dengan kesyukuran.
Oh. Doaku, supaya mampu menjadi anak yang solehah, isteri dan ibu mithali (jika diizinkan), kawan yang sentiasa bersedia, hamba yang taat, pelajar yang cemerlang, dan mempunyai hati yang penuh dengan kesyukuran.
Sesungguhnya, Dia lebih tahu.
Selamat Hari Jadi NUNAMA!! :)
p/s: Da boleh mengundi untuk memilih tampuk pemerintahan. ;p
4 org berkongsi rasa:
HAPPY BIRTHDAY NUR..!!! (^_^)
semoga sentiasa dimurahkan rezeki...dikurniakan kesihatan yg berpanjangan...and success selalu.. :)
p/s : ha...kebetulan lak kan...dpt coklat dr akk..hehe.. :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
APA KATA HATI GIVEAWAY
thanx akak! :)
insyaAllah amiin. Same goes to you.
Harap akak selalu berbahagia dan semoga Allah rahmati. ^^
haha tau xpa. Da macam diawang-awangan dah nih. hehe.
oh! i love chocolate. XOXO
Salam..
saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..
semua org pun masih blaja lg..byk perkara kene blaja lg...
Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.
regards,
BLADE EDGE
Wassalam.
Tidak apa. Diam-diam sahaja.
Betul3. Banyak lagi perlu belajar.
Alhamdulillah.
Perkongsian yang baik.
Terima kasih ye. :)
Post a Comment