KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.
Showing posts with label Abah. Show all posts
Showing posts with label Abah. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Hari Lahir

Sampai satu tahap, tak teringin nak sambut besday.

Tak tahu kenapa. 2 3 tahun ni, mesti pada malam besday aku, aku adalah orang yang tido awal. Bukan sengaja, tapi ter. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi itulah realitinya.

pernah sahaja kawan aku nak buat surprise tapi, aku tertido dengan lena. Last-last bangun jam 3 pagi. Huahaha. Berterima kasih kepada Dia kerana memanjangkan umur aku. Alhamdulillah. :)

Ada peristiwa sedih yang aku dapat semasa menyambut besday seseorang.

Abah...
1/10/2008
Abah tiba-tiba sakit dada. Waktu ini adalah first day raya bagi tahun itu. Sedih! Hari berikutnya, kami dapat tahu abah ada sakit jantung.
Sejak itu, abah buat medical check-up every 3 months kat IJN sampai sekarang.

Ummi...
22/4/2011
Bangun pagi keesokannya, Ummi tiba-tiba tidak boleh mengeluarkan suara. Kaki juga terasa berat. Ummi kena strok! Padahal, kami adik-beradik sudah merancang untuk menyediakan sedikit jamuan makan-makan untuk beliau. Kebetulan, abang aku ada di rumah. Dengan segera, Ummi diurut. Petang itu juga, Ummi dibawa untuk berurut.

Apa-apapun, sekarang ini, kesihatan diorang baik sedikit. Alhamdulillah. :)

******

Ini entry yang aku buat 23 hari sebelum kehilangan Abah. Entah kenapa, aku tak publish.

Bukti:


Lagu yang aku tengah layan sekarang ini:

PATAH SERIBU by Shila Amzah

Seriously, bila dengar lagu ini, memang teringat kat Abah. :)

Oklah. Selamat menjalani hidup ini dengan bahagianya. Disamping tidak lupa mengingatiNYA. =)

Saturday, October 1, 2011

Sebulan Berlalu..

Salam Semua. :)

1 September lalu, abah pergi tinggalkan kami.

1 Oktober ini, merupakan hari kelahiran abah.

Angka yang mudah. Senang nak ingat.

:)

Bila tengok handphone, nombor pertama dalam list aku, "Abah".

Selalunya, bila jauh, masa besday abah, aku akan call dan nyanyi. Nanti mesti abah ketawa dengar aku nyanyi.

"kekekekeke"

So sweet!
Abah... Selamat Hari Jadi! :)
Semoga Abah punya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dulu, keluarga yang lebih baik daripada keluarga yang dulu, isteri yang lebih baik daripada isteri yang dulu. Dimasukkan di dalam syurga dan dihindari daripada azab kubur dan ujiannya serta daripada azab neraka. (sebahagian terjemahan Doa Tahlil)

p/s: Kalau dulu, bila telefon nak cakap dengan Ummi, mesti Abah sengaja lengah-lengahkan waktu. Nak cakap dengan aku. Nak borak dengan aku.
Rindu betul!

Sebulan. Terasa macam bertahun.

Ya! Aku akan cuba dengar nasihat kawan aku. Jangan bersedih terlalu lama. Aku cuba. Tapi, bila teringat, memang tak boleh nak berhenti.

People never dies...really. Death only a transition, from this life to another. Goodbye is not forever. Goodbye is not the end. Goodbye is just another word to say I'll miss you. After all, in the end, we all will go through the transition and meet the one we missed on the other life.
(NIS, 2011)


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."
(Surah Al-Hadid 57: 22-23)

Maka, sudahlah! Janganlah kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Terima kasih ya Allah kerana pernah meminjamkan Abah dalam hidupku. Abah yang baik. Abah yang memahami. Abah yang cukup segalanya. Terima kasih banyak-banyak. :')

I am proud to have you as my Abah even just for a while.
I am proud to put your name behind mine.
Love you so much! :D



1 OKTOBER 2011.
Genaplah umur Abah 73 tahun. Abah... We will miss you. Always. :)

Oh ye..
1 OKTOBER 2008.
Abah disahkan menghidap penyakit jantung.
Sempat juga aku dan kakak aku 'menginap' di IJN.

"Kelahirannya disambut dengan penuh kesyukuran. Perginya ditangisi kerana kehilangan"

Abah.. Damailah dikau di sana. :)

Monday, September 5, 2011

Abah... Pergimu Tiada kembali

Bismillahirrahmanirrahim....

Semuanya secara tiba-tiba. Biasa bagi kita sebagai manusia yang khilaf, terleka. Tanda-tanda sudah diberi. Tapi, menganggap ianya tiada apa-apa. Perkara biasa.

#1 Duit Raya
Biasanya, kami adik beradik mengumpul duit untuk diberikan kepada budak-budak yang datang beraya di rumah. Abah dan Ummi takkan keluarkan sesen pun. Tapi, entah kenapa, sebelum raya (dalam 10 hari terakhir Ramadhan), Abah masuk ke bilik aku....

"Adik...Ni RMsekiansekian. Bagilah kat budak-budak nanti."

"Aeh, betulke Abah? hehe"

"Lah..ape pulak tak betul. Tapi, diam-diam je. Hihihi"

"Haha. Beres!"

#2 Mandi
Kalau dahulu, Abah cukup pantang kalau aku mandi sebelum berbuka. Katanya, makruh. Tapi, Ramadhan kali ini, beliau yang mandi sebelum berbuka. Katanya, panas. Aku tegur juga. Tapi, beliau diam sahaja.

#3 Berak-berak
2 Syawal, Abah asyik pergi membuang air besar. Katanya sakit perut. Aku pun macam pelik. Tapi, mungkin sebab perubahan badan. Yelah. Dari berpuasa selama 29 hari tiba-tiba makan macam-macam kan..

#4 Pergi Kubur
Sepatutnya, kami pergi pagi 3 Syawal. Tapi, Abah kata...

"Tak payahlah. Kita pergi esok (Jumaat, 4Syawal) je. Boleh pergi beramai-ramai. Baru meriah. Kemudian, boleh kita beraya bersama-sama."

Rupanya untuk menghantar Abah.

Itu semua petanda. Badan panas. Mencuci perut. Kita je tak perasan. Tapi, apa-apapun, semuanya mudah. Cukup mudah. Alhamdulillah.

Semoga Allahyarham Mahabar bin Abdullah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh, beriman dan mendapat keampunan dariNya. Amiin. 

Al-Fatihah.


Arwah pergi meninggalkan kami pada 3 Syawal 1432H bersamaan 1 September 2011 (Khamis) jam 10 malam. Arwah selamat dikebumikan pada 4 Syawal 1432H bersamaan 2 September 2011 (Jumaat) jam 10 pagi.

Sangat terasa kehilangan.

p/s: Mohon maaf kepada semua yang membaca entry sebelum ini. Tadi, lihat surat nikah Abah dan Ummi. Rupanya, Ulangtahun perkahwinan mereka ialah pada 3 Syawal. Bukannya 1 Syawal. Semuanya sudah ditakdirkan. InsyaAllah, buat masa sekarang, kami sekeluarga redha dengan pemergian arwah. Semoga semuanya baik.