KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Saturday, November 20, 2010

Pejabat Pos dan Hari Jumaat.

Selamat Pagi dan Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. :)

Semalam kan hari Jumaat. Ada antara kaum Adam yang tak pergi solat Jumaat? Harap-harap takda la ye. Hehe. 

"Wahai orang-orang beriman! Apabila diseru untuk solat jumaat maka pergilah untuk mengingati Allah (solat jumaat), dan tinggalkan lah jual beli"
(Surah Al-Jum'ah 62 : 9)

Sabda Nabi Muhammad SAW: Solat jumaat wajib ke atas setiap orang Islam kecuali empat golongan yakni hamba, wanita, kanak-kanak dan orang sakit.
(Riwayat Abu Dawud)

Dalam riwayat Ahmad, dan kitab-kitab Sunan Empat, dan Tirmizi menganngapnya hasan, dan dianggap sahih oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, dan Hakim mengatakan di atas syarat Muslim, hadis bermaksud:
"Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat jumaat kerana meringan-ringankannya, akan ditutup hatinya."

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali maka ia adalah munafiq"
(Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Amacam? Tak takut lagi ke? Hehehe. Takpelah. Kalau yang tak pergi tu, next Jumaat, pergilah ye. Jangan menyesal tak sudah pula lepas tu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, buruk padahnya. Sumber hadis di sini

Sebenarnye, semalam aku menguruskan penghantaran buku dan nota-nota ke rumah. Ya Allah! Tak sangka berat kedua-dua kotak ialah

24.82kg + 10.10kg = 34. 92kg

Patutlah berat semacam. Hohoho.

Aku pergi ke pejabat Pos dalam jam 9.30pagi dengan bantuan Pakcik Aziz. Terima kasih Pakcik. :)

Sampai-sampai je kat sana, abang yang jaga kaunter taknak terima kotak kitorang sebab tak berbalut dengan sampul coklat.

What????

Takkan nak patah balik kot. Adeeeh! Pakcik Aziz pun da balik.

Dah alang-alang sangat dekat pejabat post itu. Tinggal nak timbang dan isi borang sahaja. Huhu. Apa lagi, aku dan Z (yang pastinya perempuan) pergi Bakti cari sampul coklat dan salotep.

Gunting, kitorang malas tak beli. Makanya, kenalah meminta ihsan dari orang dalam pejabat pos tu untuk meminjamkan gunting. Alahaaaiii! Gunting yang ada tak setajam yang disangka. Tapi, terima kasih juga ye. :) Masih membantu proses pembalutan secara "Ultraman". Aeh?

Nak taknak, kena gak balut depan pejabat pos itu. Haha. Kami ini betul-betul serupa perantau. (T_T) 

Kami bungkus pun ala kadar. Haha. Asalkan, kotak itu berbalut dengan sampul coklat. Lagi satu sebab nak cepat. Takut pejabat tutup dan terserempak dengan kaum Adam yang pergi menunaikan solat Jumaat. Abang tu senyum je tengok kotak kami. Mesti dia ketawa terkekek dalam hati tengok balutan kitorang. Haha. Ah! Peduli apa? Yang penting barang dan buku itu selamat sampai sudah cukup syukur bagi kami.

haihh! Kami tak tahu sebenarnye kena balut dengan sampul coklat. Ingatkan sama macam sistem "Bagasi Kampung" yang setiap akhir sidang akan berlangsung.

Takpelah. Pengajaran dan pengalaman. Alhamdulillah. :)

Kami siap membalut 4 kotak selama 1jam setengah (lebih kurang jam 11am) dengan menggunakan sepenuhnya sampul coklat yang dibeli tadi. Haha. Boleh masuk pertandingan "penjimatan terhebat" nih. ;p

Jadi, bagi sesiapa yang ingin mengirimkan barang, kena balut dengan sampul coklat ye. Tak mahulah jadi macam kami berkhemah kat bawah bumbung pejabat pos membalut kotak-kotak.

Kikiki. Satu lagi kenangan untuk dikenang. (n_n)

4 org berkongsi rasa:

IMANSHAH [REPLY]said...

salam saya ada buat entry tentang khutbah jumaat semalam,,jenguklah

nunama [REPLY]said...

Cikgu Imanshah: wassalam. ok. terima kasih. :)

sekamar rindu [REPLY]said...

34.92kg...?? berat tu...pasti mahal juga bayaran pos tu kan..

nunama [REPLY]said...

Cikgu Sekamar Rindu: aah. haha agak mahal lah. Lebih RM50, tapi masih bawah RM100. :)