KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Wednesday, October 20, 2010

Bukan gembira sahaja. Sedih pun boleh.

Salam untuk semua! =D

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Jangan letih mengucapkan syukur kepada Dia yang Maha Kuasa. :)

Kamu gembira.
Aku juga gembira.
Kamu berduka.
Aku akan turut merasa tempiasnya.

Kamu tahu? Setiap kali kamu menceritakan bahawa kamu gembira tentang itu dan ini, aku gembira. Sangat gembira. Sebab disebalik kegembiraan kamu, sebenarnya, di ketika itu aku sedang berduka. Kegembiraanmu mampu membuatkan aku tersenyum dalam tangisan.

Kamu tahu? Ketika kamu bersedih dan berduka, aku turut juga terluka. Sangat terluka. Seumpamanya, musuhmu itu musuhku juga. Seumpamanya, sakit hatimu itu, hati aku turut sakit juga. Aku bisa berasa marah. Aku bisa berasa benci. Padahal, aku tiada sebab untuk memarahi orang tersebut kerana mungkin tidak mengenali.

Kamu...
Waktu kamu gembira, kamu melonjak kegembiraan. Aku juga turut tersenyum kelebaran.
Waktu kamu lara, kamu terhinjut-hinjut menahan tangisan. Aku juga turut merasa kesakitan hati itu.

Kamu bisa mendapatkan aku di mana-mana waktu sahaja kamu suka. Aku sudah tersangat gembira bila kamu bercerita kepada aku tentang kamu. Walaupun, benda yang remeh.

I will be there! (n_n)

Tapi, aku teramat sedih dan bertambah sedih, apabila kamu memerlukan aku, tetapi aku tiada di situ. Maafkan aku yar! (T_T)

2 org berkongsi rasa:

nabilah_2908 [REPLY]said...

lagi sedih...

bila aku memerlukan kamu...tapi kamu tak pernah ada... (^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
KERANA SEGUGUS KUNCI

nunama [REPLY]said...

huhe.
sedih jugak kalau macam itu. (T_T)