KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, January 7, 2011

USRAH: Rezeki

hai-hai-hai!!!!

Salam semua!! :)

Oh! Sepatutnya, hari ini dah kena buat projek saya itu, tetapi, keadaan bilik yang tak elok lagi, terpaksa membersihkan dahulu. Bersih-bersih sampai jam 9 pagi. Adoiii! mana sempat nak prepare barang semua. Sebab, tetiba ada panggilan usrah jam 10 pagi. Kesimpulannya, projek ditunda minggu hadapan.

Usrah? Masa dengar tu, terkejut. Macam tak sangka. Sounds good kan? Sebelum usrah, ada bacaan Yassiiinn terlebih dahulu. Alhamdulillah. Semoga semua orang mendapat manfaat. InsyaAllah.

Usrah hari ini bertajuk rezeki.

Penceramah jemputan itu tak perkenalkan pula diri beliau. Panggil Ustaz sahaja lah ye? heehe. Takpe. Yang penting isinya. Kan?

Hidup didunia ini, jangan sering bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang, Allah sudah tetapkan rezeki masing-masing. Takkan bertambah apabila melakukan kebaikan, dan tidak pula berkurang apabila melakukan  kejahatan. Langsung tiada kaitan dengan dosa dan pahala.

Rezeki merupakan anugerah daripada Allah.

Pekerjaan yang dilakukan adalah ibadah jika disulamkan dengan sabar, tabah dan redha. Perbuatan ini secara tidak langsung dapat mendidik hati untuk sentiasa dekat kepadaNya.

Kalau masih tidak cukup, bermohonlah kepada Allah. Pasti, Dia mendengar segala luahan hati dan keinginan kita. InsyaAllah. Jangan putus asa. Jangan buruk sangka.

Tetapi sekiranya kita mendapat rezeki yang bukan kita pinta, 2 tindakan perlu dilakukan.

  1. manfaatkan rezeki tersebut untuk keperluan peribadi.
  2. sedekahkan sebahagian rezeki tersebut untuk mendapat redha Illahi
Apa-apapun, sentiasa beringatlah, semua yang kita miliki, hanya pinjaman semata-mata.

Hehe. Ok. Itu sahaja. Ustaz ini kelakar juga orangnya. Ada diselitkan lawak-lawak yang sempoi. Terhibur mendengarnya.

p/s: Pekerja kerajaan memang adakan usrah ea? Ke depends? *curious=ingin tahu*

4 org berkongsi rasa:

nabilah_2908 [REPLY]said...

bagusnya..usrah ni.. :)

sesetgh jabatan ada buat..sesetgh lagi tak.. ;)

swasta mcm akk ni..? hmm...jgn harap.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
GiveAway EdY : Awak Busuk!

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
Aah kan...bagus. saya pun x sangka. :)

pssstt...my sis pun keje kat swasta. tapi kan, masa puasa ritu dorg buat tadarus. hehe kalo nak, akak la kena jd initiator dia. :)

NuSaNa NoSa 91 [REPLY]said...

wooo~ terkena atas btg idung.. thanx ye sbb ingatkn keen.. xpe, pasni kita bljr jd manusia yg lebih bersyukur~~ ^_^

nunama [REPLY]said...

keen:
Yup3!! Sama lah. haha.
InsyaAllah. Semoga Allah redha. :)