"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Salam. :)
Apa-apa ikatan, baik pertunangan mahupun perkahwinan, tidak menjamin seseorang itu milik kita. Apatah lagi, pasangan couple.
Apa yang perlu ditekankan di sini, "dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita kembali".
Yakinlah, bahawa setiap yang ada di bumi, adalah milikNya yang Satu. Kita sebagai hamba, hanya meminjam seseorang itu untuk menyandarkan kasih sayang kita kepada makhluk ciptaanNya. Bukan untuk memuja dan dipuja. Bukan untuk menjauhkan diri dariNya, malah mendekatkan lagi hati ini terus kepadaNya.
Itulah ikatan yang suci dan diredhai. InsyaAllah.
Apa gunanya ikatan jika hanya untuk bermegah-megah dan tidak mahu nampak seperti orang yang tak laku, jika akhirnya keseorangan kembali?
Ikatan akan lebih utuh jika ada 3 prinsip dalam hidup seseorang itu.
1. melakukan itu semata-mata kerana Allah SWT
2. bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.
3. memenuhi tanggungjawab masing-masing dengan disulami sifat jujur, percaya antara pasangan dan menjaga diri dengan baik.
Boleh jadi, pasangan berkahwin, bercerai. Pasangan tunang, putus tunang. Pasangan bercinta, putus kasih.
Kerana apa????
Semuanya disebabkan fitnah wanita yang melebihi fitnah lelaki. Kerana silap dan salahnya seorang perempuan itu. Memang tidak dinafikan, lelaki juga salah kerana tertarik dengan PEREMPUAN yang lain. Tapi, still perempuan juga menjadi fitnah terbesar untuk seorang lelaki itu.
Lelaki takkan tergoda jika PEREMPUAN tidak menggoda.
Lelaki curang disebabkan wujudnya PEREMPUAN yang lain.
Semuanya berkenaan PEREMPUAN. Jika kita tidak menjadi PEREMPUAN yang membawa fitnah, kita menjadi mangsa kepada PEREMPUAN yang membawa fitnah. Itulah lumrah kehidupan.
Menjadi perempuan, banyak perkara yang perlu dijaga. Bukan setakat luarannya supaya nampak molek, malah dalaman juga harus diambil kira.
Perempuan yang tak baik dan tak elok dipandang enteng. Tetapi, lelaki yang tak baik dan tak elok, orang tak kisah mana. Ada juga disebut, untuk melahirkan anak-anak yang soleh/solehah dan cerdik pandai, haruslah dilihat kepada ibunya. Jika ibunya baik, insyaAllah, pasti anaknya juga baik. Itu hanyalah salah satu faktor sahaja. Tetapi, janganlah terus menuding jari kepada ibu jika anak tidak pandai, anak itu biadap. Mungkin ada faktor lain juga yang menyumbang kepada perkara tersebut. Si bapa juga harus melaksanakan amanah yang sama.
Tugas bapa:
1. mencari pasangan (ibu kepada si anak) yang solehah.
2. menamakan anak dengan nama yang baik.
3. memberi keperluan makanan, pakaian dan sesemua itu dengan menggunakan rezeki yang halal.
Yang penting, jangan cepat melatah.
Perempuan.......
Apabila kecantikannya dipuja, bau wanginya ditegur, auratnya kelihatan
semuanya mengundang fitnah kepada lelaki dan diri mereka sendiri.
Lihat! Terlalu banyak perkara perlu dijaga oleh seorang yang bergelar PEREMPUAN/WANITA.
"Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
Surah An-Nur 24: 26
Ya Allah. Diri ini tersangatlah tidak sempurna.
9 org berkongsi rasa:
tepat sekali Nur. moga kita tak tergolong dalam kalangan perempuan yang membawa fitnah.
btw, this is Hana. dah tukar nama n url blog. hehe :)
salam...
wanita dan fitnah mmg sukar utk dipisahkan..
krn maruah wanita lbh payah dijaga nk banding lelaki yg selalu hanya memerlukan wanita utk mendampingnya..
pesal wanita yg menggoda itu saye stuju,klu wanita mnjaga adab yg digariskan dlm islam..payah skit org lain nk fitnah,tp lg byk godaan..
so hidup ni yg terbaek hanya krn Allah SWT..
semuanya dah tertulis,kita je yg lalai dan leka kpdNya..
seindah hiasan adalah wanita solehah.. :)
Tulip:
Amiin. InsyaAllah kita semua bukan dari golongan itu. :)
p/s: hehe. thanx Hana gtau. Rindu pada tulisan Hana. Tulislah apa2pun. Yang baik, kita ambil, yg tak elok kita pandang tepi. (n_n)
Hysman:
haa. betul3. doakan kami2 yg perempuan ni menjaga adab yang baik dalam Islam k. Thanx atas pendapat itu.
tapi, lelaki pun kena jaga mata juga ye. :)
perempuan...golongan yg mudah masuk syurga..dan juga...gologan yg mudah masuk neraka...
jom ke APA KATA HATI pulak,
OK LELAKI IDAMAN
Kak Nabilah:
aah. betul3. huhu takut. semoga amalan kita semua diterima. dan mudah2an, kita semua menjadi golongan yg masuk syurga. Amiiin. :)
berkasih sayang hanya krn Allah dan utk mencari keredhaanNya semata2..Insya Allah berkekalan sampai bila2...thanks 4 this entry.. ^_^
Nadia:
u're welcome. (n_n)
kasih sayang itu milik Allah. kita hanya pinjam. Yup. insyaAllah berkekalan. Semoga kita jumpa dengan yang selayaknya untuk kita k. ;)
wanita itu diibaratkan seperti senjata syaitan yang akan mengaburi mata dengan kelalaian dunia..
jga la kehormatan diri kita wanita..insyaalah selamat dunia akhirat..
Azana:
yezza. semoga kita semua selamat dan terhindar dari anasir2 jahat yang bermaharajalela di luar sana tuh. Amiin. :)
Post a Comment