KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Wednesday, November 17, 2010

Raya di Perantauan.

Salam Kawan-kawan! :)

Macam mana hari ini? Bahagia? Berduka? Dirundung sedih?

Emm iye. Memang sangat sedih pagi tadi. Sayu yang teramat. Tak tahulah kenapa. Perasaan bercampur baur.

DihilangkanNya matahari yang menyinar, diturunkanNya hujan yang mencurah-curah dari langit.
Bukan apa, sengaja Dia nak berikan Pelangi yang lebih indah untuk kita.

Bersyukurlah.

Ya! Bersyukurlah atas setiap nikmat yang kamu ada sekarang ini walaupun sedikit. Jangan mengharapkan yang lebih-lebih jika kamu sendiri tak mampu nak beri lebih kepadaNya.

Walaupun hiba yang amat di pagi raya. Ditambah pula khutbah yang meruntun jiwa. Perghh! Lagi hujan kat pipi tak dapat nak dibendung. Kemudiannya, tiada tempat untuk menjamu selera. Sedih kan? Restoran-restoran dan kedai-kedai makan itu tahu tidak yang hari ini diharamkan berpuasa?

Tapi, sesungguhnya rahmat Dia itu sangat luas.

Ketika aku menyeberangi jalan bersama teman untuk mencari sesuap nasi, rupanya kami diperhatikan oleh sepasang suami isteri. Suami isteri?? Waah! Macam saspens je kan. Emm takdalah. Suami isteri itu merupakan pensyarah aku. Si suami sahaja. Si isteri menyokong kerjaya si suami. Hehe. Haruslah begitu kan?

Pensyarah aku tupun terus telefon. Aeh! Dia simpan nofon aku lah. Haha.

Dr.   : Awak beraya kat Khalel je ke?
Aku : Macam tu la Dr. Nak buat macam mana. Aeh, mana Dr. nampak saya?
Dr.   : Tadi saya nampak ada budak melintas jalan. Saya rasa itu awak.
Aku : Ye la tu kot. Tapi, Khalel tak buka. Ni tengah beratur kat Marry Brown.
Dr.   : Oh. Datang jelah rumah saya. Isteri saya ada masak sikit. Muka pun nampak lapar tadi.
Aku : *blushing* Ok. Saya datang pukul 2 petang boleh?
Dr.   : Datang pagi ini pun takpe.

Aku lari laju-laju jumpa kawan aku minta pendapat. Kesimpulannya, kitorang pergi beraya pagi itu!!! Yeaaayyhh! Memang beraya la lagaknya kami bertiga dengan tidak membawa payung. Habis sunburn muka. Eceh! Ada orang lain kisah la pulak kan? Haha. Dah macam pergi beraya AidilFitri untuk mendapatkan duit raya sahaja. Cuma, kitorang beraya ingin mendapatkan makanan. Haha.

Korang nak tahu? Pensyarah aku tu kata, rumah dia depan sikit sahaja dari MB tuh. Jap-jap g, aku tengok bangunan yang dimaksudkan oleh beliau itu nampak nun jauh disana. Hahahaha. Tapi, bila perut lapar, tak terasa sangat kejauhan itu.

Aku, U'u dan I'i pun berjalan kaki pergi rumah pensyarah aku tuh. Berbaloi perjalanan kitorang. Memang sedap giler lah makanan-makanan yang disajikan. Dibawa khas dari seberang. Antaranya, pempek (rasa dia macam keropok. Sedap!), lontong cara mereka (kita guna sambal kacang kan? Dorang guna serunding. Sedap!), kuah kacang juga berbeda, dan salami (sosej ikan dimakan dengan mee kuning dan kuah kacang tadi.). Aihh! Sedap bangat. Air yang disajikan pula ialah bandung cincau. Terliur tak? Hehe. ;)

Ops! Rupanya, kami orang pertama beraya di rumah Beliau. Hahaha. Malu pun ada. Selepas itu, senior aku datang (mereka pun tak sangka kami datang dengan berjalan kaki. Haha) dan kami beransur pulang.

Oh ye. Cik Saidatul Nur juga mengirimkan pulut dan kari ayam ketika aku beraya tadi. Jadi, dia titipkan pesanan kepada teman bilikku. Hehe. Dapat jugalah teman bilikku merasa lauk raya. Kalau tidak, makan nasi bungkus sahaja. Alhamdulillah. Rezeki beliau. Hehe. Aku rasa juga kari ayam itu. Aeh? Masakan ibu memang sedap belaka kan? (T_T)

Tengah hari tu pula, kakak senior dalam persatuanku membuat sedikit sajian. Beliau masak sendiri. Dia orang Kelantan. Kalau di tempat aku, macam masak lemak ikan je. Tapi, beliau menegaskan makanan itu dinamakan Nasi Berlauk. Haha. Tak kisahlah nama apapun. Asalkan perut terisi. Dan alhamdulillah. Memang sedap masakannya. :)

Berbaloi-baloi kan? Alhamdulillah.

Ok. Itu sahaja untuk hari ini.

Pesanan penaja : Memang sedih beraya di perantauan. Tapi, tidak sangka pula mendapat pengalaman yang berharga untuk dikenang di kemudian hari.

Kawan... Aku ada untuk kamu. Kamu ada tak di saat aku perlukan kamu? (n_n)

4 org berkongsi rasa:

harifa [REPLY]said...

wahhh, byk btol makanan...da mcm raya btol2 da..alhamdulillah..bryukur la..skrg2nya xmcm sy n syikin..nak makan pagi pon xde.makan roti jek..da la tu bdua jek raya ne..sedey kot..skrg2nya sai ad kasi makanan, kami xde sape2 kot nak ntar kan mknan...uwaaaaaaaaaaaa

'kawan..aku ad untuk kamu.kamu ad tak di saat aku perlukan kamu???'
kwn itu ad, mgkin kita yg tperasan kehadirannya...

maaf pasal kluar tu,btol2 ingtkan kamu ad plan pas smyg ry.sbb kita ad tnyekan time tu.kmu ckp 'oo, kita ad plan..'time tu kita risau,sbb xjdi la plan nak kuar sm2..terkulat2 kat bilik sorg2.pastu kuar p mall sbb nak cari makan semata2.

serius, kita btol2 ingt kamu ad plan ng dorg.bkn sngaja xnak ajak kuar..

nunama [REPLY]said...

hahahaha.
komen terpanjang setakat nih.
hehe.

emm betul tuh..
pertanyaan tuh ingtkan diri kita nih. kawan sentiasa ada. hargai kawan anda. :)

oh. pasal korg kuar tu, kita x terasa pun.

nabilah_2908 [REPLY]said...

Allah sentiasa bersama kamu...

dia tau apa yg sedang bergolak dalam hati... ;)

tul tu...masakkan ibu mmg tiada tndingannya..even masakan itu simple jer kan..? (^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
AIDILADHA 1431H - PART 2

nunama [REPLY]said...

hehe.
terima kasih kak Nabilah. :)
Aah. Memang sedap walaupun ikan goreng, sambal belacan dan ulam.
Yummy...!! Tak sabar nak balik.