KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, February 27, 2018

Kisah Pakcik Brim

Yeke brim masuk tadi?

Kebetulan semalam ada sedikit urusan di bank.
Seorang pakcik tua, termenung lama dihadapan skrin atm.

Aku pon tegur la pakcik tu.

Rupanya, dia tak tahu nak tekan apa.
Ahhh... tolong sajela, bisik hati.

Dia nak lihat duit da masuk ke belum.
Aku takdela pulak tanya duit brim ke ape ke.

Lepastu, bila resit da keluar, pakcik tu masih di hadapan skrin atm dan melihat-lihat resit tu.
Orang ramai da panjang beratur. Dan bila aku ngintai resit pakcik tu, pakcik tu baca terbalik.

Ahh! Sudah.
Dia perasan aku duk ngintai dia. Dia tanya padaku,
"Ni makna, duit pakcik da masuk ke belum?"

Aku pon melihat resit di tangan pakcik tu.

Terus menyentap jantung hati.
"Maaf pakcik. Belum masuk lagi"

***

Ada lagi orang yang lebih susah.
Ada lagi orang yang menyukat-nyukat makanannya.
Ada lagi orang yang mengharapkan duit hujung bulan untuk mengisi perut di rumah.

Bila lihat pakcik tua ni,
Aku bayangkan arwah abah dan arwah umi yang mengikat perut hantar aku ke universiti.
Wang pencen arwah abah tu takdela banyak mana.
Nak sara abanglong nye keperluan setiap bulan da makan ratus.

Ingat dulu,
Abah n umi buka warong.
Jual belacan.
Jual pisang goreng, kopok goreng.
Jaga anak orang.
Bulan puasa, jual kuih muih untuk berbuka.
Menitik air mata.

Peristiwa aku pergi utp pon aku masih ingat lagi.
Dorang sanggup beri'tikaf di surau berdekatan utp.
Dahla abah drive jauh-jauh.

Dulu, ingat da susah dah.
Tapi, ada orang yang lebih susah.

Maafkan adik, umi.
Maafkan adik, abah.
Rasa tak terbalas segala budi, jasa dan kasih sayang yang umi dan abah dah berikan pada adik.
Bila teringat, rasa nak pecah dada.

I've planned something.
Allah has His plan too.

Ya Allah.
Tempatkanlah ummi dan abah dikalangan orang orang yang Beriman dan Beramal soleh.
Jadikanlah kubur kubur mereka seperti taman di antara taman-taman syurgaMu.
Aku jadi saksi mereka menjagaku dengan penuh kasih sayang dan baik dengan orang sekelilingnya.

Terima kasih ya Allah.
Terima kasih beri pinjam mereka kepadaku.
:')

1 org berkongsi rasa:

Tentahati [REPLY]said...

Allah.. Kita ingat kite dah susah sgt dah, ramai lagi yg hidup menghitung2 :(

Semoga umi dan abah bella bahagia dan tenang disana berkat doa anak soleh solehah mereka.

Jangan putus doa dik :)