Sudah agak lama tidak mencoretkan kata hati atau luahan jiwa.
Heh.
Bila kawan kau mesej dia kata dia follow blog kau since university lagi, perghhh! Terharu rasa. Walau kadang-kadang tu, banyak merepek je. :p
Ok. Kembali ke tajuk.
Semalam Allah hantarkan perkataan SYUKUR dan SABAR untuk aku HARGAI apa yang aku miliki.
Dari pagi sampai ke malam, perkataan tu asyik berlegar-legar dalam minda dan jiwa.
Kadang-kadang lelah.
Sangat lelah.
Bila kita terlalu melihat kekurangan diri.
Terlalu sedih hingga di setiap sujud berjuraian air mata turun tanpa ditahan-tahan.
Terlalu kecewa sehingga rasa nak pecah dada.
Pernah rasa tak?
Kalau tak pernah, SYUKURlah.
Itu tanda hati kita cukup BAHAGIA.
Kalau pernah, SYUKUR jugalah.
Itu tanda Allah nak kita makin BAHAGIA.
Bahagia ni,
Bila kita rasa cukup dengan apa yang kita ada.
Bila kita rasa kita redha dengan apa yang kita punya.
Bila kita semakin percaya, Dia aturkan jalan yang indah untuk kita di depan sana.
Bila kata nasihat pasal SABAR dan SYUKUR menerjah, terasa diri hina.
Aku tak cukup sabar ke?
Aku tak cukup syukur ke?
Jahat betul kan bisikan nafsu jahat?
Suka nak bagi kita dalam dilema.
Tapi, pasakkan dalam hati dan akal,
Bukan kita tak cukup sabar,
Cuma kena TERUS SABAR.
Bukan kita tak cukup syukur,
Cuma kena TERUS BERSYUKUR.
Terus.
Continuous.
Istiqamah.
Senang tulis.
Senang cakap.
Tapi, selalu tergelincir.
Jadi, apa kaitannya dengan tajuk?
Ada orang menunggu didatangkan jodoh.
Ada orang menunggu didatangkan rezeki.
Ada orang menunggu dikurniakan anak.
Ada orang menunggu bayaran hutang.
Ada orang menunggu kasih sayang ibu bapa.
Ada orang menunggu cuti mahu travel bersama.
Orang menunggu macam-macam.
Orang mahukan macam-macam.
Kat sinilah SYUKUR dan SABAR bertindak.
Kita menunggu benda yang kita tak dapat lagi.
Dan kadang-kadang terlupa hargai benda yang kita sudah dapat kini.
Siapa yang taknak kawen?
Siapa yang taknak rezeki melimpah?
Siapa yang taknak anak?
Siapa yang taknak travel?
Siapa yang taknak kasih sayang?
Semua orang nak!
Tapi, ketahuilah,
Kita merancang.
ALLAH juga merancang.
Dan Allah sebaik-baik perancang.
Kita mungkin tak dapat apa yang kita inginkan.
Tapi Allah tetap beri apa yang kita perlukan.
Dia mencukupkan kita.
Tanpa kita sedar.
Benda ni, susah sangat nak cakap.
Sebab kalau kita cakap,
Orang akan balas kat kita balik.
Alaaaaa.....kau bolehlah la cakap.
Kau da kahwin.
Kau bakal ada anak.
Kau ada kerja.
Kau leh travel.
Kau disayangi.
The list will never ending words.
Aku ni, da lama kahwin. Anak pon tak dapat lagi.
Aku ni, tak kahwin lagi.
Aku ni itu, aku ni ini.
Suka betul kan nak menang?
Realitinya, ada perkara yang kita tahu tapi kita suka, buat tak tahu.
Kita faham, tapi kita buat buat tak faham.
Kita cakna, tapi kita buat buat tak cakna.
Dengki.
Ada orang kata dengki yang baik ialah bersaing untuk sesuatu yang baik.
Tapi, ia tetap dengki.
Buat kita makin sakit hati.
Aku lebih di sini.
Kau lebih di sana.
Sebab tu, kau jeles aku.
Aku jeles kau.
Haha. Sounds cliche.
Tapi, itulah kenyataan pahit yang perlu ditelan.
Walau apapun yang kita mahukan,
Teruskanlah syukur
Teruskanlah sabar
Jangan pupuk dengki untuk bermaharajalela dalam diri
Saya tetap akan tunggu 'awak'.
Bila waktu yang sesuai.
Bila tempat yang sesuai.
Bila tiba masanya.
Yang paling penting,
Bila ALLAH izinkan.
Kun fa ya kun.
:)
0 org berkongsi rasa:
Post a Comment