KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Wednesday, October 31, 2018

Request Entry : KeyPoint Untuk Seseorang.

Assalamualaikum.
Semoga semua dalam keadaan sihat.
:)

Post ini khas untuk seseorang.
Dah lama aku hutang dengan beliau.
Harap beliau tak marah aku.
Ke marah? Huhu.
Kalau masih marah, gitau ea. :'(

Wishlist.
Impian.
Keinginan.

Aku harap beliau masih menulis impian tanpa ragu.
Susah sebenarnya nak berimpian untuk orang lain.
Sedangkan diri sendiri punya impian masih mencari hala.

Aku cadangkan beberapa perkara supaya dia terus berimpian tanpa jemu.

Keypoint #1 DOA.

Kalau pasal jodoh, aku juga masih tidak menyangka yang aku sudah berumahtangga.
Kekadang, terpanggil nama anak sedara, padahal di depan mata, anak sendiri.

Tapi, satu yang aku perasan ketika jodoh itu hadir.

Aku melepaskan dan menyerahkan sepenuh hatiku kepada Dia.
TOTAL.

"Allah...bantu aku. Kalau benar dialah jodohku, dekatkan hatinya dengan hatiku. Kalau tidak, kau kirimkanlah jodoh yang terbaik buatku. Kau kirimkan seorang je ya Allah. Supaya aku tidak perlu memilih-milih dan membanding-banding."

Doa yang sangat terkesan buat aku.
Doa yang aku sangat ingati.
Doa yang mengisi setiap perjalananku.

Haha.
Kenapa perjalanan?
Sebab masa tu, aku ada baca doa orang musafir ni, Allah makbulkan.

Jadi, setiap perjalanan tak kiralah pergi pulang tempat kerja waima pergi ke kedai, aku berdoa.
Banyak lagi aku doa.
Tamak.
huhu.

Keypoint #2 WishList.

Buat wishlist yang awak selesa.
Paling mudah, wishlist yang tidak membebankan jiwa.

Wishlist ni boleh ditulis atau dibisikkan terus dalam hati.
Bagi aku, kalau aku tulis tu, kira aku berbisik dengan hati sendiri.
Hehe. Itu aku la.

"Ya Allah. Aku harap sangat jodohku ialah orang yang tidak merokok. Berbuat baik pada orang tuanya. Aku harap juga dia dapat menerima baik buruk keluarga aku."

Simple but meaningful.
At least untuk diri sendiri.
kiki.

Kalau terlihat perkara yang tidak diingini, cepat-cepat istighfar dalam hati mohon dijauhkan daripada sekian-sekian.

Keypoint #3 Don't Give up & Cherish The Moments.

Yang ni, sangat crucial.
Lagi-lagi bila macam-macam usaha tapi, tak berhasil.

Kekadang, bila aku takde keje, aku godek album instagram dan baca caption sendiri.
Kah!

Apa yang aku perasan, aku cherish all the moments.
Without holding what i do not have.
Without holding other's words.
It seems like, aku dengan duniaku.

Tapi, sebenarnya tak.
Aku ambil peduli juga apa orang kata.
Bohong kalau aku tak ambil peduli.
Aku bukan robot.

Apa yang aku buat, I kill those hurt's words with positive vibes.
Aku twist cerita mereka untuk aku bahagia.
Well, people akan selalu judge why why why.
Ah! aku anggap saje mereka tengah nak balas dendam pada masa lalu mereka la tu.
Hikhikhik.

Try.
Please try.
Try Harder keluarkan sisi ceria dalam dirimu.

Kill them with your sweet smile.
Kill them with your best attitude in the world.
So, stay strong.
Don't give up.

Hehe.
Ok. Harap keypoint ni membantu merawat hati yang luka.
Kerana aku juga pernah melalui saat itu.
Berat lagi bahu yang memikul.
Aku tahu tu.

Tapi, ingatlah janji Allah.

"Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, Allah akan mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Thallaq 65 : 3)

Have faith.
Semoga bertemu jodoh yang terbaik buatmu.
:)

"Ya Allah, kirimkan jodoh yang terbaik buatnya. Semoga dia makin dengan denganMu. Janganlah Kau bolak balikkan hatinya selain daripadaMu. Bantulah dirinya Ya Allah.
Kabulkan permintaannya.
Ceriakan hari-harinya.
Semoga dia mendapat redha Mu di setiap langkah kakinya.
Terima kasih ya Allah."

ps: harap tertunai sudah hutangku kepadanya. :)

0 org berkongsi rasa: