KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Monday, March 12, 2012

Tisu.

Di pejabat pos.

Pinjam gam pejabat pos.
Gamkan setem.

Dengan harapan, semoga hadiah yang tak seberapa ni, menggembirakan lagi perasaan Pengantin Baru. Ehem. ;)

Tiba-tiba, penutup gam terjatuh.
Arghhhh!!! Basah.

Sudahnya, aku meminta simpati ihsan kaum hawa yang berhampiran di situ. Kot-kot la ada simpan tisu dalam beg. Kehkehkeh. Kalau minta kat lelaki, ada ke? Uhuk3. ;p

Tapi, rupanya, mereka juga tidak mempunyai tisu.
Kecewa di situ.

Aku bergegas ke cafe siswa.
Perut berkeroncong.
Kawan menunggu.

Emmm macam nak makan mee kuah.
Ok. Dah ambil pun satu.
Haha.

Jom bayaaaarrrrrrrr!!!

Tiba-tiba, seorang lelaki berbangsa cina terlanggar mangkuk mee kuah yang sedang ku pegang.
Argh! Sedikit panas badanku.
Riaknya, kelihatan bersalah.
Tapi, aku senyum.
Padahal, ramai gila kot orang kat cafe time tu.
Entah kenapa aku senyum.
Sebab dia comel kot. Aeh takde-takde.
Haha.
Patutnya, malu lah kan. Marah ke. Aisyhh.

Entah. Aku macam tak rasa marah.
Mungkin silap aku juga.
Kikikiki.

Terus aku pergi ke sinki.
Bersihkan.
Tapi, tak bersih juga.
Takpelah.
Sayang pula nak tinggalkan mee kuah aku sorang-sorang.
Makan dulu la.
Nanti baru balik bilik tukar baju semua.

Aku kembali ke kaunter.
Dengan niat, membayar harga mee kuah.

Tiba-tiba.........
Lelaki itu, memberikan aku TISU!

Aeh???
TISU la......!

Aku tersenyum lagi.
Sambil mengucapkan terima kasih.
Tapi, dia menggelengkan kepala.
Mungkin kerana rasa bersalah kot pada aku.

Aku senyum sahaja.
:)

Nampak tak?

Tadi kat pejabat pos, beria aku meminta tisu.
Tapi, tiada. Tak dapat.

Ni, aku tak terfikir langsung pasal tisu.
Tapi.............Aku dapat TISU!

Tersengih aku sorang-sorang.

Hari yang tidak disangka-sangka.

Naahhh! Dia bagi sebiji kat aku.
Pengajaran yang nampak jelas. Takyah suluh-suluh.

Tak semua yang kita minta, Dia akan beri. Kerana, Dia memberi sesuai mengikut keperluan kita. Bukan kehendak kita.

seperti FirmanNya,
“…..Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah 2 : 216)

Terima kasih Allah! ^^

Tersenyum lagi.
:)

0 org berkongsi rasa: