Salam kawan-kawan! ^^
Emm korang mesti pernah rasa lonely kan?
<lagu Mr. Lonely kedengaran>
wakakaka~
Takdelah. terdetik bercerita hal ini. Sebab, aku lihat, bila orang yang sedang kesunyian ini, ingin mendambakan teman dalam hidupnya, macam-macam hal yang dilakukan.
Kalau benda baik, alhamdulillah. Tapi........
Ok.
Selalunya, bila ditanya kenapa rasa sunyi,
"tiada pakwe la. Bosan!"
Ok. Serius terkedu. Tak sangka pula kalau takda pakwe itu bosan.
Jadi, jika ada sesiapa yang ingin berkawan dengannya, (yang berlawanan jenis terutamanya) cepat benar dia melayan. Cara layanan juga kadang-kadang berlainan. Aku terasa sayang. Kalau dia menyimpan sedikit untuk yang halal baginya, mesti dia akan kelihatan paling cantik.
Ahhh! memandai je aku ni. Ok. Itu hanya pandangan aku. Harap maklum. ;p
Sebenarnya, banyak lagi benda lain yang korang boleh buat dari melayan kesunyian tiada pakwe/makwe.
haisyhh...Siapa kata takda pakwe/makwe tak bahagia? Ketuk kepala karang! Haha.
(Aeh3...Kalau sudah bersuami/beristeri itu lain ye. Tak da kaitan. Jangan salah faham.)
Apa yang korang boleh buat:
1. Keluar bersama kawan-kawan sejenis. Perempuan, keluar dengan perempuan. Lelaki keluar dengan lelaki. Comel tu. :)
2. Cari aktiviti di masa lapang dengan kawan sekepala. Kalau tiada, buat sorang-sorang pun boleh. Contoh, melihat pemandangan yang cantik. Tengok laut ke main badminton ke ape ke. Jangan gatal-gatal tengok anak dara/teruna orang ye. ;p
3. Baca buku-buku ilmiah/kartun/apa-apa yang dekat di hati. Alaaa...tapi, jangan yang tak senonoh pula tau. (garu-garu kepala)
4. Berkawan dengan kawan yang baru. Ohh. Yang ni, mungkin susah sikit bagi yang pendiam (macam aku. uhuk3). Jadi, masa nilah nak asah soft skill. <Poyo!>
5. Rajin-rajinlah tangan tu hantar mesej ke telefon ke video call ke kepada kaum keluarga. Macam mana nak mencari bahagia di tempat lain jika di rumah sendiri tidak memupuk bahagia? Huhu. Takpe, buat perlahan-perlahan. Baru boleh muncul keluarga bahagia, mawaddah dan rahmah. ^^
Waaahh! Impian aku, tinggi kan? Tapi, aku sendiri pun kadang-kadang alpa. (ketuk kepala sendiri). Dush!
Ok. Mungkinlah. Mungkin ye. Ada yang rasa jeles jika nampak kawan sebilik, sekelas, sekoridor duk gayut-gayut kat tepi-tepi tangga, berbual lewat malam, ketawa kecil-kecil, cakap halus-halus, keluar jalan-jalan dengan pakwe/makwe mereka.
Ohh. Wake up friend! Wake up!
Kamu juga boleh buat begitu dengan kawan kamu yang sejenis terutamanya. Dengan cara yang fitrah bukan fitnah. Berbeza ye antara fitrah dan fitnah. Hehe. ^^
Nak gayut, nak ketawa comel-comel, nak keluar jalan-jalan, dipersilakan. Tapi....kalau dah berkeluarga tu lain. Jangan salah faham lagi. Haha. :D
Apa-apapun, kata orang dan para cendekiawan,
Carilah cinta Illahi, pasti cinta manusia akan datang kepadamu.
Jadi kawan-kawan, jangan cepat rasa sunyi, jangan cepat rasa bosan. Keluarlah. Carilah kebahagiaan yang kamu impikan.
Jika kamu tinggalkan yang haram kerana Allah, nescaya yang halal akan datang kepadamu dengan cara yang lebih baik.
(Kakak A)
:)
0 org berkongsi rasa:
Post a Comment