Pagi sampai ke petang.
Disambung pula keesokan paginya.
Kadang-kadang sampai lewat pagi.
Disambung terus sampai ke petang.
Hidup tiada pengiraan hari.
Terus melangkah menyiapkan suatu tugasan.
Kadang-kadang penat. Letih. Malas. Silih berganti hadir.
Kerana tanggungjawab dan amanah, harus bangkit.
Tanpa menyerah.
Walau terkadang tewas.
"Hujan" tetap turun membasahi bumi.
Tapi, tidak mengapa.
Dia Maha Mengetahui segalanya.
Hinggakan terlupa.
Lupa ada kelas lain yang perlu hadir.
Lupa hari apa.
Lupa ada perjumpaan lain.
Lupa sudah buat atau belum suatu perkara.
Lupa untuk makan.
Lupa untuk minum.
Kerana itu, pernah 'pengsan' selama 3 hari.
Kerana itu, emosi terkadang tak stabil.
Mungkin nampak bahagia.
Alhamdulillah jika itu pandangan manusia.
Setiap insan mempunyai pelbagai tafsiran.
Biarkan mereka menafsir.
Biarkan mereka menelaah.
Asalkan hati mereka puas.
Asalkan hati mereka bahagia.
Hidup,
Kadang-kadang di atas.
Kadang-kadang di bawah.
:)
4 org berkongsi rasa:
awak sabar ye...
jangan bersedih...T__T
Jangan tak makan selalu, nanti takda tenaga buat kerja.
Air masak selalu di sisi
sebarang pertolongan, sila inform. ok
jaga kesihatan baik2..
Allahumma yusahhil alaik, ;)
eh cantik pulak tarikh hari ni..ehem !
awak sabar ye...
jangan bersedih T___T
jangan lupa makan, nanti tak cukup tenaga buat kerja
air masak jangan lupa
sebarang pertolongan, sila inform k
solat dan doa....
semoga dimudakan urusan, amin :)
hehehehehe.
terima kasih Penulis Tegar. ^^
iye. saya takkan lupa lagi. InsyaAllah.
terima kasih bagi pinjam "kaki". hihi. :)
Post a Comment