KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, February 22, 2011

Mungkin Ada Kesilapan Di Mana-mana

Salam Ceria! :)

How's ur day? Senyum jangan dilupakan ok. Kunci untuk bahagia. :)

For me, i think, there is something going wrong somewhere in myself. Is it true? I don't know, why this feeling keep haunting me. Sometimes, i can bear it. In other way round, it will make me crying.

I know. I just a human like. Like you and other people in this world. I am just a person who keep doing some mistakes in their life. But, for sure, this mistake (I hope) i will never and ever do it again.

Pernah terjah blog Hilal Asyraf? Tapi, sekarang ni, blog dia, kena jadi ahli berdaftar. Papepun, he has something with his written. Ayat yang biasa, tapi mampu menusuk tangkai jantung aku. Dia ada kata,

"Bila ada masalah dengan manusia, biasanya ada kena mengena dengan hubungan kita kepada Allah SWT. Sama ada hubungan kita dengan Allah SWT bermasalah, maka Allah menurunkan masalah antara kita dengan manusia agar kita merasakan bahawa Allah sahajalah tempat yang kita ada, ataupun sama ada hubungan kita dengan Allah SWT amat baik, maka masalah kita dengan manusia adalah untuk meningkatkan darjat kita di sisiNya."

Ya. Mungkin aku ada lakukan apa-apa kesilapan di masa lalu. Ya Allah. Ampunilah hambaMu ini.

Mungkin juga kesilapan yang kita tak sedar kan? Isyh.

Friday, February 18, 2011

Orang Hebat pun Banyak Kali Gagal

"Ko buat apa pun, pasti takkan jadi punya!"

Itu mungkinlah kata-kata yang dilontarkan kepada Thomas Edison sewaktu beliau mula-mula nak buat lampu dulu. Tak support langsung kan? Orang kata macam-macam lagi. Tapi, beliau tetap dengan semangat kental teruskan perjuangan. Hebat dan kuat kan?

Kalau saya pula??

Ops! Entahla. Sekarang nipun, project masih tak jadi lagi. Bukan tak jadi sangat pun. Cuma nak syncronized dan ada masih yang kurang. Baru 8 kali trials. Belum 99 kan? Oh oh oh! rasa macam sesak nafas projek asyik tak menjadi seperti yang diharapkan. Tak tahu sempat ke tak, nak siapkan dalam masa berpraktikal ini.

Orang yang genius pun pernah gagal. Inikan aku yang masih banyak tak tahu dan dalam proses belajar. Standard kan tu semua?

Huhuhu. Semoga diberi kekuatan dan kesabaran untuk menyiapkannya. Itupun, kalau diizinkan olehNya.

If we change our views, we can see things differently
-Bestie-

Salam~

Wednesday, February 16, 2011

Cik Yon!! Kamu Tua Dulu. =P

Cik Yon! Kamu Semakin Dewasa. Kamu tahu tak? Hahaha. ;p

Salam Ceria! :)

Hehe. Kamu tahu hari ini hari apa? Hari ini besday one of My bestie!! =D 

Ok2. Firstly, kita nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR CIK YON!! 

Thanx tau menjadi kawan kita selama di USM. 

Thanx juga menjadi pendengar yang setia. Even, masalah yang sama. 

Thanx sentiasa memberi support dan teguran di saat diri ini terleka. 

Thanx sebab ada bila saya tengah down. 

Thanx sebab sudi jadi peneman makan-makan dan shopping-shopping. Wehehe. 

Bila kitorang buka cerita lama, rupanya, dia paling takut dengan saya. Katanya, saya garang. Wahaha. Tak sangka kan? Kita jadi kawan yang baik selepas itu. Kita dah pun berkawan selama hampir 3 tahun. Sekejap sungguh waktu berlalu. Awak pernah nampak kita nangis. Kita pun pernah nampak awak nangis. Awak marah, kita pun marah. Even, orang itu takda pun buat salah kat kita. Tapi, taklah sampai kita serang orang itu kan… Haha. 

Kadang-kadang, benda yang simple pun kita share together. Key chain nak sama la. Baju nak sama la. Aksesori kat hp pun beli kat kedai yang sama. Awak tahu, saya sedang pakai baju last yang kita beli sama-sama tu. Yang kat Ladylike tuh. Hehe. Baju ini sangat sejuk. Besh ooo.

Satu lagi, perkara yang kita buat bersama ialah. Tengok movie. Dah lama kan kita tak tengok movie sama-sama. Emm. takpela. Kalau ada peluang nanti, kita pergi ye. Hehe.

Awak ingat lagi kerja kursus saya untuk LAC100? Saya tahu awak gembira saya cerita pasal awak. Hik3. Awak jaga leklok ye bende itu. Rasanya, itu last hadiah saya bagi kat awak kan? Saya pun tak sangka dapat markah yang banyak untuk kerja kursus itu. Hehe. 

And last, saya nak minta maaf. Saya tahu awak pasti terluka masa 12.00am 16 Feb 2011 kan? Yelah. Saya langsung tak wish awak. Saya sengaja. Maafkan saya. Saya nak buat surprise. Hehe. Kejam sangat ke saya? ;p 

Saya juga nak minta maaf jika ada buat awak geram, sakit hati, marah kat saya. Biasalah di dalam persahabatan ini. Banyak di uji. Tapi, saya harap, ukhwah ini akan kekal hingga ke akhirnya. Saya tahu, even awak marah kat saya, awak pasti ada bila saya perlukan awak. Awak tetap layan saya. Thanx ye Cik Yon!! 

HAPPY BIRTHDAY!! 
Semoga awak sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungannya. InsyaAllah. 
Uhibbukafillah. (n_n) 
pssstt. kamu jadi tua dulu ye. Harus ingat itu. ;p

Addition: Tadi, saya tengah down, saya mesej dia. Dia pompampompam bagi kata-kata pada saya. Hehe. Dia telah mengkantoikan diri ini. Baru nak buat surprise konon2, taknak ingat besday dia. Hampeh!

Monday, February 14, 2011

Bekas-bekas Luka

Salam Kawan-kawan!! :)

Aku terasa nak ketawa pula hari ini. Lagi-lagi bila tengok luka-luka kecil dan parut kat tangan aku ni. Haha. Aisyh. Tiba-tiba je banyak sangat luka aku. Mula-mula itu, kena minyak panas. Terkepit kat mangga. Tersentuh cerek panas. (Ni memang saja sentuh sebab nak tahu panas ke tidak). Pastu, tergoret sebab almari pula. Wahahaha~~

Dah tak comel. Macam mana ni? Eleh. Macam tak biasa kan. Nanti dia molek la tu. Take time sikit je. Aku buat treatment sendiri. Guna aloe vera. Yeeeehaaa! InsyaAllah. Sembuhla nanti. Hehe.

Isyh. Apekehal ntah. Macam-macam. Clumsy sangat kot. Padahal cool giler weiyh p sentuh cerek tu. Budget macam kebal sangat la kan. Haha. Poooodaah! :P

Aaah kan. Luka kat luar ni, kita nampak, bolehlah buat treatment bagai. Luka kat dalam itu, kita tak nampak. Tetibe terasa sakit je. Luka macam ini, lagi perit kan? Tak molah!

Pesanan ustazah dan ustaz dulu, serta kawan2 dulu:
Sembuhkanlah dengan membanyakkan zikir Astaghfirullahala'dzim dan bacaan Al-Quran supaya luka yang tak nampak itu, reda sedikit demi sedikit. Jangan lupa memohon pertolongan dengan berdoa kepadaNya.

InsyaAllah.

Luka, cepat sembuh ye. (n_n)

Thursday, February 10, 2011

Bila Hati Rasa Tak Besh.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Hati ini sumber kekuatan aku. Kalau bahagia, terpancar di muka. Kalau derita, nampak jua riaknya. Kalau sakit, badan terasa tak mampu menanggungnya.

Ah hati! Bak kata kawan aku dulu,

"Hati ialah raja. Dan akal merupakan bendaharanya."

Iya. Memang betul. Aku tak nafikannya. Jika hati kita memikirkan yang indah-indah, pastinya terlahir di fikiran kita perkara yang indah-indah. Muka pun bertambah manisnya. Perlakuan pun ternampak kesopanannya. tetapi, jika fikiran pun tak seindah biasa, perkara sebaliknya yang akan berlaku.

Malangnya lagi, bila hati mula membisikkan perkara yang tidak elok, tidak besh, tidak baik, tingkahlaku juga menjadi sumbang. Tidak seperti yang biasa. Oh! Sungguh bahaya. Tersangat bahaya.

Aikkk?? Nape tingkahlaku juga turut terlibat? Pelik?

Sebenarnya, tak pelik mana. Iyalah. Kalau dah akal itu bendahara kepada hati, tingkahlaku itu panglimanya. Sebab itulah, kerajaan yang hebat, bergantung kepada panglimanya yang hebat juga. Aeh? Tetibe teringat pada kisah Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq:
“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Munasabah tak tingkah laku juga akan menjadi burukkalau hati tak cantik dan akal tak sihat? Hehe.

Makanya, kenalah selalu meng'cantik'kan hati ini. Barulah akal mampu menjalankan fungsi dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Kan?

Oleh itu, kawan-kawan sekalian, marilah kita bersama-sama membahagiakan dan menceriakan hati supaya hidup kita sentiasa diredhai dan dirahmati oleh Allah SWT.

Renung-renungkan dan selamat beramal. (n_n)

Monday, February 7, 2011

Kenapa Tak Letak Gambar

Salam Ceria! :)

Hari ini sahaja nak bercerita kenapa aku dah tak letak gambar aku kat FB, blog ini dan mana2 tempat lain. Dulu, bukan aku tak pernah letak gambar, pernah aje. Bukan sikit. Banyak pula tu. Tapi, selepas beberapa kejadian yang akan aku ceritakan jap lagi, aku terus macam malas nak letak gambar.

#1 Semua Gambar Yang Comel Sahaja
Iyelah kan. Mestilah aku akan pilih dan publish gambar-gambar aku yang comel je untuk 'tatapan' korang semua. Takkanla gambar aku tengah korek hidung (contoh), aku publish. Tak munasabah tu. Melainkan memang aku suka orang kutuk dan keji aku. Kan?

Plus, aku bukanlah seorang fotogenik. So, gambar tak mencerminkan aku. Dalam gambar, mungkinlah nampak, comel (part gaya), cantik (sebab baju), ayu (sebab perempuan), putih (flash camera padahal) dan sebagainya. In real life, aku manis, kulit lak sawo matang (maklumlah, ada darah jawa sikit), dan gigi senget. Tak seperti yang terdapat dalam gambar.

Tak ke haru, apabila, korang TERjumpa aku kat pasar tani dalam keadaan aku yang biasa-biasa. Menyesal pula kalau ada kaum adam yang tergoda dengan gambar aku tuh. Haha. Kalau ada ye. Kalau. Haip! Baca betul-betul.

#2 Tuntutan Agama
Aku pernah ulas pasal hal ini dulu dalam entry aku yang lepas-lepas. Malas lah aku nak cari dan link semula. Kalau yang ada terbaca tu, tahu lah kan. Untuk apa aku nak tayang muka aku nih? Untuk mendapat pujian atau kerana agama? Aeh? Gilo ape untuk agama. Sah-sah merepek!

Aku pun tak reti nak ulas panjang-panjang. Kalau dah di suruh menjaga diri dan batas-batas itu, jaga sudahlah. Diam-diam.

#3 Blog Perempuan Comel
Hal ini pun aku dah cerita dulu. Sangat bahaya ooo letak gambar kat dalam internet. Ada pihak yang menyalahgunakannya. Mereka telah memanipulasi gambar perempuan untuk naikkan trafik blog dorang. Menakutkan.

Haha. Even, aku tak comel, tapi aku takut juga. ;p

#4 Taknak Bakal Suami Aku (kalau ada) Cemburu
Lelaki, kalau dia nak seorang perempuan itu, mestilah dia seorang sahaja yang tengok perempuan itu. Tak mau kongsi-kongsi. (Tapi, kalau dia 'cuci mata' takpe pulak ek?) Itupun, kalau dia mahu menjaga perempuan itu la kan. Aku memang respectlah kalau ada lelaki yang sanggup cakap macam ni kat kaum hawa.

"Boleh tak awak delete semua gambar awak dalam FB?"

"Kan best kalau gambar awak itu, awak simpan untuk suami nanti."

Ini teguran berlapis. Takpun, teguran makan hati ayam macam ni.

"Buang lah gambar ko tu. Bukan cantik mana pun."
(padahal, dia jealous ada orang puji perempuan ini)

Haha. Korang ada tak jumpa lelaki-lelaki yang cakap macam ini? Kalau ada, kirim salam kat dia eh. Aeh? Terlari tajuk pula. Huahaha. =D

Kadang-kadang itu, bila tengok gambar perempuan yang lawa-lawa, cun-cun, comel-comel, cantik-cantik upload gambar diorang, timbul jealous juga di hati ini. Weiyh! Aku nak upload juga gambar aku yang comel ni. Gambar aku pakai selendang (aeh? Ada ke?). Gambar aku posing comel. Gambar aku pergi beriadah. Gambar aku yang tengah happy. Gambar candid yang menarik dan tertarik. Aku nak dipuji.

Tapi................................

Perlu ke? Huhuhu. Aku nak pujian dari Dia. Aku nak jadi bidadari di Sana. Tetapi, layakkah aku?

p/s: Ya Allah. Aku nak lelaki yang ditakdirkan untuk aku, (itupun kalau ada) bersifat yang sederhana. Yang dapat menerima baik buruknya aku.

Macam Mana Nak Kuat?

Salam Semua! :)

Entah ye. Rasanya, bila kita berpura-pura kita kuat, kita sebenarnya semakin terluka. Sangat. Itu betul. Aku rasa ini. Semakin positifkan diri aku mampu lakukan, semakin banyak ujian datang melanda. Terasa lemah semangat.

Kuatkah diri?

Kuat sehingga air mata menitis?
Kuat sehingga hati terluka habis?
Kuat sampai diri terasa sadis?

Oh oh oh!

Bangun wahai diri yang sedang terluka. Bangkitlah. Tekadkan semangat. Tanamkan impian. Semoga dikabulkan. InsyaAllah.

Macam mana nak betul-betul kuat?

Iya. Kalau nak kuat dari segi fizikal, makan sahaja ubat kuat. Vitamin segala bagai. dapat elak dari penyakit.

Kalau nak kuat dari segi emosi bagaimana pula ya? (0_o")

I am not strong but just pretending to be strong.