KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, August 6, 2010

tak lama je lagi...

Salam Ukhwah.. =)

Ehe dah lama jari-jari ini tak exercise kat blog ini. Em bukan takda benda nak cite, tapi kesibukan telah menyerang. Hoho.

Ok2.. Lupakan benda yang dah lepas. hehe.. Tak lama lagi, kita da nak menyambut bulan yang berkat, bulan Ramadhan. Bulan yang sepatutnya kita raikan dengan penuh kesyukuran dan keramaian. Bulan yang menyimpan pelbagai rahsia dari Pencipta.

Antaranya, malam Lailatulqadar. Malam yang penuh rahsia. Malam yang memberikan kemuliaan kepada sesiapa yang terpilih. Semoga kita semua berada di antara orang-orang yang terpilih itu.

Sedih. Siapa yang tak sedih. Bila Ramadhan disambut tanpa keluarga di sisi. Sudah 3 kali berturut-turut aku menyambut Ramadhan di Unisains. Mungkin ini merupakan dugaan untukku. Mungkin bagi sesetengah pihak, benda ni nampak simple. Tapi aku rasa "something is not complete" or "something is going wrong somewhere". Mungkin sebab aku dah terbiasa menyambut dengan Puan Ummi dan Incek Abah pada tiap-tiap 1 Ramadhan. Masa mula-mula dulu, kekok kot. Sambut dengan roommate. Memanglah seronok juga sambut bersama kawan-kawan, tapi tetap ada rasa kelainan. Ingat lagi. Masa berbuka, roommate pandang aku, aku pandang roommate. Hahaha.

Nak tahu tak ape yang aku rasa best sambut kat rumah??
Camni:
Sebelum berbuka ituh, aku ngan Puan Ummi akan bertungkus lumus menyiapkan santapan berbuka nanti. Pastuh, tugas aku bermula! Delivery makanan ke rumah jiran-jiran terdekat. itu dulu lah..masa aku duk kat sana..masih kanak-kanak ribena lagi. Pastuh, aku terus pulang untuk duduk kat atas kerusi yang depannye meja dipenuhi dengan makanan. Hehe

Pastuh, Incek Abah turun untuk memulakan tahlil ringkas. Masa mula-mula Incek Abah buat macam itu, aku cam tak suka gak. Ehe sebab nak tengok tv. Isyh3 teruk kan? Tapi, bila dah hari-hari Incek Abah buat, aku lak yang panggil Incek Abah untuk turun cepat buat tahlil. Hahahaha. Alhamdulillah. =)

Pastu kitorang pun berbuka puasa. Kemudian diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah dan bersiap-siap untuk ke surau atau masjid. Balik umah je, selalunye, aku pergi cari makanan kat dapo. Pastuh bawa mkanan tu kat depan tv dan tgk cite yang best2. Dulu..ingat tv je kejenye. Aisyhhh! =_='

Papepun, tak kisahlah Ramadhan ini kita sambut kat mana, asalkan kita dapat keberkatan dan keampunan dalam  menjalani 30 hari untuk mengawal nafsu, meningkatkan iman dan memperbaharui diri ke arah yang lebih baik.

Ada kawan post kat FB,
"Nama sy Syaa'ban. Sy ingin mengingatkan anda bahwa jiran sy iaitu Ramadhan akn dtg mengunjungi anda x lama lagi bersama isterinya iaitu rezeki & kedua-dua anaknya iaitu sahur & iftar. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dgn menaiki Eidul Airlines. Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yg berlipat ganda!"

Ok. Kalau ada kesempatan, aku cerita lagi pasal Ramadhan ok. Wallahua'lam.

Wassalam.. =)

p/s: semoga semua orang bahagia!

p/s/s: baju raya dibelanja oleh kakak lagi.


3 org berkongsi rasa:

nabilah_2908 [REPLY]said...

ms belajar dulu..merasa gak berpuasa tnpa family...dekt nk hari raya baru balik...

ingt lagi masa tu 1dy puasa..pergi bazar ramadan naik bus...

bila dh dkt time nk berbuka baru nak balik..tgk2 xde bus mcm biasa..

dh la tkde bus stop kt situ..so...duduk dgn kwn2 kt bahu jalan...buka puasa kt situ...padang rumah2 yg ada kat situ...time tu ya Allah...terbayg2 keseronokkn berbuka dgn family...mengalir air mata ni...bila kawan tegur..cepat2 kesat air mata..hehehe...

tp sekrag ni..dh kembali bersama keluarga.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
YASSIN UNTUK SI PEROKOK

Fuz [REPLY]said...

Selamat meyambut bulan ramdhan.

nunama [REPLY]said...

salam.. =)

cik Nabilah_2908: ehehe kenangan yg dulu tidak akan dilupa.. at least, leh sengih sorg2 bile teringat bende2 itu. Selalunye, bende yg pahit waktu dulu, akn menjadi kenangan yg indah pada masa sekarang.. hehehe..

Incek Fuz: op! ehehe.. terima kasih..

peace! (n_n)V