salam beserta senyuman.. =)
sesi muhasabah kembali!! ehehe..saje nak ngengada.. :p
ok kawan-kawan. Selalu kita dengar, "forgive and forget". Tapi, biasalah kan. "cakap senang, nak buat?". Take it easy my friend. Benda yang dah berlalu, biarlah berlalu. Mengapa harus dikenang dan merobek kembali luka yang lama? Tidak perlu ye. Tidak elok. Tidak Chumel. ehe....
why not, kita bina hidup baru yang lebih menceriakan, menenteramkan, dan merawat kembali luka itu. Kita tak sakit hati, tak da nak dendam-dendam, pastu, kita takda nak sedih-sedih dan nangis-nangis. *ops! kalau sbb nangis rindu kat rumah,family,kwn2 tu, lain cerita ye..harap maklum*.
mungkinlah kita akan mengambil masa yang lama. Tapi, tidak mengapa. Itu lebih baik. Take your time ok? Jangan rush-rush. Kita buat slow and steady. Takkan lari gunung dikejar. Just go with the flow. Ye dak?
Tahu tak betapa bagus dan baiknya jika kita mengawal kemarahan??
- InsyaAllah, kita tak tergolong dikalangan kawan-kawan syaitan. Op! direct sgt ke?
- Muka kita akan berseri-seri.
- Hati kita tak sakit.
- Hidup kita bahagia.
- Orang lain buleh buli kita. Aeh ini da lain dah ni.. :p Gurau je. Jangan marah haa..ehehe
Camne nak kawal marah ni??
- Bila rasa nak marah je, cepat2 kita ubah posisi kita. Cth: kalau tengah duduk, kita berdiri etc.
- Bila rasa nak meletup je, g bilik air. Ambil wudu' bagi yang Islam. Mandi bagi yang non-Muslim. Sebab marah kan = api. Api kan buleh terpadam bila disimbah dengan air. Ehehe..tapi, kalau nak tambahkan kemarahan lagi, leh mandi ngan alcohol..xda hal lah! :P
- Bila nak marah lagi, kita tarik nafas dalam-dalam supaya oksigen akan meresapi ke seluruh urat saraf dalam badan kita. Pastu, fikirkanlah kebaikan yang dia dah buat dulu-dulu. Kalau takda pon, fikirkanlah yang korang pernah buat kesalahan kat dia. Cth: cakap-cakap kat belakang dia. Isyhhh..Not Nice~~ Lain kali cakap kat depan-depan ye.
- Korang juga buleh makan dengan banyak. Sebab makan itu kan satu nikmat. Bila perut kenyang, kita ngantuk. Bila ngantuk, rasa nak tidur. So, bila tidur, korang buleh lah mimpi yang indah2. Cth: ada orang sponsor korang g round dunia dan mengerjakan haji. Perghhh!! Mantop lah!
Yang paling penting, kita harus ingat bahawa, kita semua ini manusia. Yang tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. So, fikir-fikirkanlah. Kalau kita tak maafkan dia, one day, mungkin orang lain pon akan melakukan perkara yang sama kat kita iaitu tak maafkan kesalahan kita. Mahu ke? Tak takut ke mati dalam keaadaan diri tak mendapat kemaafan?? Uisyhhh....Na'uzubillah hi min zalik.
Semoga kita semua mampu mengawal kemarahan kita.
Sentiasalah berdoa, supaya Allah memberikan ketenangan dalam diri setiap insan.
Sekadar perkongsian.
Wallahua'lam.. (n_n)V
p/s: sumber-sumber cerita motivasi Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah. Ada gak yang dibaca sendiri dan dinasihati oleh teman-teman yang lain.
0 org berkongsi rasa:
Post a Comment