salam sekalian... =)
Bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara dan melihat keindahan alam ciptaan Pencipta yang Maha Agung..
okeyh.. Entry kali ini, xnak formal sangat.. (errr before nih, formal ek? ) hahaha.. Apa-apalah. cuma nak cakap, tetibe perasaan kurang enak telah menjelma dalam diri.. Perasaan ini aku tidak berapa suka sangat sebenarnya. Perasaan hilang kepercayaan kepada seseorang. isyh3.. Tidak patut begitu. Tetapi inilah kenyataannya. Mana mungkin aku menidakkan perasaan ini.
Unexpected in expected! Masa memang bisa mengubah prinsip seseorang itu. Bisa membuatkan seseorang tetap teguh dan sabar dalam menghadapi dugaan hidup. Bisa melenyapkan segala kekusutan dan walangnya hati apabila ditimpa sesuatu musibah. Aku agak terkejut sebenarnya!
Susah senang untuk kuluahkan. Sangat tertarik dengan shout dari cik Hiro. "Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara". Antara lainnya, "jangan memulakan sesuatu tindakan jika anda tidak mampu mengakhirinya". Santai tapi begitu mendalam dan tersirat kata-kata yang tersurat.
Berkenaan dengan shoutout yang pertama itu, aku sangat suka kerana hal ini dapat menggalakkan aku supaya lebihkan berdiam daripada banyak berkata-kata. Biasalah. Aku terkenal dengan peramahnya banyak cakap. Jadi, aku bisa berbual dengan seseorang yang baru aku kenali. Mungkin disebabkan senyuman manis comel yang aku pamirkan kepada seseorang itu yang membuatkan kami terus kepada perbualan santai dan mesra berilmiah. Lihat! Dari senyuman terbinalah ukhwah. Tetapi, ada juga pendapat yang mengatakan "lebih banyak kamu berbicara, lebih banyak kelemahan dan kekurangan yang kamu tonjolkan". Nah! Sudah terbukti, bahawa diam itu lebih bagus dan ganteng sekali. (terpengaruh dengan sinetron Indon 'Bawang Putih Bawang Merah' masa sekolah2 dahulu.. =P) Tapi, aku harus memilih yang mana?
Dua-dua ada pro dan kontra nya. Memandangkan selama 4 sem aku berada di Penang ini, banyak ragam yang aku jumpa, Ada yang berkenan, dan ada juga yang menunjukkan ketidakselesaannya. Jadi, sedikit pengumuman untuk anda semua. Kepada yang berkenan, terima kasih banyak-banyak kat anda semua. Tanpa anda, aku tidak mampu tersenyum. Aku suka usik dorang di hari jadi mereka untuk menghadiahkan hadiah termahal iaitu 'senyumanku'. Ceewaaah! Perasan tul! hahaha.. Dan mungkin, hanya bersama anda sahaja saya akan banyak bicara. Kepada yang tidak berkenaan, maaf aku pohon. Ehehehe insyaAllah..ketika berjumpa dengan anda, saya akan cuba untuk berdiammembuat bising. keh3.. Tapi, tidak tahulah di hari kemudian. Jeng jeng jeng...!! rahasia itu hanya Kau yang tahu..
Dua-dua ada pro dan kontra nya. Memandangkan selama 4 sem aku berada di Penang ini, banyak ragam yang aku jumpa, Ada yang berkenan, dan ada juga yang menunjukkan ketidakselesaannya. Jadi, sedikit pengumuman untuk anda semua. Kepada yang berkenan, terima kasih banyak-banyak kat anda semua. Tanpa anda, aku tidak mampu tersenyum. Aku suka usik dorang di hari jadi mereka untuk menghadiahkan hadiah termahal iaitu 'senyumanku'. Ceewaaah! Perasan tul! hahaha.. Dan mungkin, hanya bersama anda sahaja saya akan banyak bicara. Kepada yang tidak berkenaan, maaf aku pohon. Ehehehe insyaAllah..ketika berjumpa dengan anda, saya akan cuba untuk berdiam
Okeyh.. Bagi shoutout yang kedua itu pula, dahulu, aku pernah berfikir begini sewaktu aku memanjat pokok ceri di rumah jiranku. Abangku ketika itu memarahiku sambil berkata, "pandai sangat panjat, pastu pandai-pandailah cari cara untuk turun!". Menangis meraung aku kat atas pokok itu. uhuhu.. tetapi, kata-katanya selepas berbelas tahun itu mengingatkan ku kepada shoutout yang ditulis temanku ini. Apabila aku sudah memanjat pokok itu (awal), aku wajib sunat mencari jalan penyelesaiannya yang selayaknya untuk aku turun dari pokok itu (pengakhiran kepada terjatuh dari pokok.. hik3.. emm gurau jer..). Oleh itu, jika aku ingin melakukan sesuatu perkara, perbuatan atau tindakan, aku harus 'brainstorming' dahulu kepada akibat yang akan aku tanggung selepasnya. Tetapi, pepatah Inggeris ada menyatakan, "Don't cross the bridge until you come to it". ( aku dah cross Penang Bridge pe... =P ) Bermaksud, tidak perlulah aku berfikir tentang akibat sesuatu tindakan itu sehingga aku sudah melakukannya. Haihhh.. Mana satu ni?
Apa-apalah diri. Isyhh3.. Tidak patut memeningkan diri dengan masalah perasaan perasan yang biasa terjadi kepada awal akhir remaja macam aku ini. Uhu~! (hello! cik nur...... Semua orang mengalami masalah sehingga roh dicabut dari badan la... ape daaa.. ). Emmm mungkin selepas ini, sebelum aku membuat apa-apa keputusan, aku harus solat istikharah dahulu. Menimbangkan yang mana baik dan yang mana buruk. Itu yang terbaik! Yeayhh!!
Baiklah. Jangan ada yang bilang saya sombong pula selepas ini. kuikuikui... Kita tidak mampu memuaskan hati semua orang. dan mungkin juga, orang itu tidak mampu memuaskan hati kita.
Peace no war! (^_^)V
p/s: perasan atau tidak dalam entry ada kekeliruan penggunaan kata ganti diri nama pertama antara 'aku' dengan 'saya'..hahahaha.. kalau dalam peperiksaan sebenar, habis markah aku ditolak dari segi kesalahan kata. adoiiiyaiii.. agaknya, bagaimanakah keputusan peperiksaan bahasa Melayu ku? *thinking, waiting and hoping*
0 org berkongsi rasa:
Post a Comment