KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Monday, April 12, 2010

berdebar

salam alaik sahabat sekalian.. =)

emm agak lama juga ya saya tidak menghantar sebarang post di blog ini. Hal ini demikian kerana, EXAM sudah hampir benar.
Takut sebab banyak lagi subjek yg belum cover.
Seram sebab banyak tak tahu ape yg akan jadi waktu exam nanti.
Gementar lihat rakan-rakan mula menbincangkan tajuk-tajuk tertentu.
Risau kalau tidak mampu membahagiakan ummi dan abah.



This sem, aku amek 7 subjek.
1. Industrial Quality management. Subjek ni, masa kuliah dulu, aku asyik nak tertidur jer. Pastu pas baca notes Prof, perghhhh! terasa sgt rugi sebab x dengar betul2. Besh ooo!! Subjek ini menceritakan perkaitan untuk membina satu system dalam sesebuah organization supaya lebih teratur dan sistematik. Subjek ini juga menerapkan nilai2 team work and communication skills antara unit-unit dalam system. Terdapat juga kaedah untuk mengawal product supaya menjadi under control. Not out-of-control.

2. Instrumental Analysis in Food. Aisyhhhh...... Subjek ni, memang killer la.. Sebabnye, Dr. yang mengajar subjek ni, slalu unpredictable. Soalan2 dia pula mmg x terjangkau oleh akalku. Banyak lagi yang perlu diselidiki sebelum aku melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan. Fuuuh!!

3. Experimental Design with Computer Application. Subjek ini, aku x bosan untuk belajar. Seriously! Best giler sebab melibatkan soalan mathemathic yang biasa2 jer iaitu tambah, tolak, bahagi dan darab. Tapi, yang theorynye itulah membuatkan aku sesak nafas. Sebab kita x boleh guna semberono je design yang kita da belajar tuh. Semua aplikasi dalam ANOVA. Aisyhhh..... Berdebar sungguh! Kena faham konsep dengan jelas, terang, dan mantop! uhu menyeramkan sbb carry mark aku untuk subjek ini agak sedikit.

4. Food Microbiology II. Subjek ni, memang xleh cakap lebih2 la. Takut sesangat. Mana taknyer, dalam 6 eksperimen yang kitorg lakukan (means, exp by group), hanya 2 sahaja daripadanye dapat memuaskan hati kami. Giler! Test lab ritu, sangat teruk. Unexpected tau soalan dia. Rasa nak balik bilik je time tuh. wawawa :(( Terkejut giler. Ingtkan tanya fakta, rupanye, calculation pasal colony forming units. Waah! terkedu! Speechless. Adoiiiyaaiii....

5. Process Fluid Mechanics. hohohoho... Subjek ini amat mendebarkan saya. Soalan dia agak berbelit2. Kena duduk dengan bertenang, fikir elok2, renung kertas tuh dalam2.... But, kamu belum tentu dapat gambar rajah pump dia. Hohohoho... Tapi, saya merindui Prof yang mengajar subjek ini. Dia sangat baik. Macam ayah. Ehehehe.. Cara dia mengajar macam bercerita. Seronok! Macam Bedtime Story.. Ehehehe.. Rindu!

6. Bahasa MElayu. Eekekekeke... Kawan saya cakap, 'aisyhhh x penat2 ke amek bahasa melayu?' HAhahahaha nak buat macam mana. Subjek ini WAJIB amek. Untuk mendapatkan pengijazahan.. Uhuhu takut gak tau. Sebab ramai budak melayu yang kena repeat. Takut!

7. Bahasa Inggeris. hehehe ini pon sama. Dari sekolah rendah sampai ke universiti. Subjek ini sangat diutamakan. TApi, aku x pernah2 nak score. Uhuhuhu.. Kena belajar dengan lebih gigih. Caiyok2!!

ahahahaha.... memang luahan ketakutan sebelum menjelang hari peperiksaan. Doakan saya yer. Kawan saya ada cakap,
'BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKAL, PASTI BERJAYA'.

all the best to kawan2 saya yang akan mengambil peperiksaan. Semoga kita semua berjaya mendapatkan CGPA yang diidam2kan.

AJA AJA!! FIGHTING!!
(p/s: terpengaruh dengan cite Full House..ekeke)

SALAM IMTIHAN  (^_^)V

0 org berkongsi rasa: