dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah...
namaMu ku sebut..
sesungguhnya...
walauku siram dengan air hujan..
dari tujuh langitMu..
sesungguhnya..
walauku kutip semua permata..
di dasar lautan..
namun cinta..
takkan hadir..
namun rindu..
tak akan berbunga..
jika tidak..
kerana rahmatMu..
jika tidak..
kerana simpati..
apabila diri terasa lemah..
aku masih tersenyum kepada orang yang tidak mengerti isi hati...
apabila diri tidak mampu melakukannya...
adakah aku masih mampu bertahan untuk membuat orang lain puas hati....?
apabila diri dianggap sebagai pencetus inovasi..
aku mula menangisi..
apabila diri tidak memegang prinsip yang sebelumnya..
aku mula hilang arah dan bukan menjadi diriku yang sebenarnya..
apabila matlamatku disalah erti..
adakah masih punya insan yang mempercayai....?
apabila diri dirundung pilu....
aku berbisik dan terus diam membisu...
apabila hati terasa disakiti...
ingatlah Allah sedang menguji...
apabila dugaan datang silih berganti..
ingatlah ini untuk mematangkan diri..
aku.....
tak mampu menghadapi keseorangan..
aku tersangatlah lemah..
Ya Allah..
berikan aku kekuatanMu..
kesabaranMu..
rahmatMu..
petunjukMu..
sesungguhnya, Engkau lebih Maha Mengetahui isi hati..
Firman Allah SWT yg bermaksud, " Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)". Surah Al-Mukminun 23:62.
0 org berkongsi rasa:
Post a Comment